Majlis Perasmian Public Silver dan Public Jewellery

Assalamualaikum pembaca blog sekalian..

Di sini saya ingin membuat pengumuman bahawa, Public Gold akan menganjurkan majlis pelancaran Public Silver dan Public Jewellery.

Anda semua adalah dijemput untuk menghadiri majlis tersebut.

  • Tarikh : 28/2/2010 (Ahad)
  • Tempat : Dewan Sri Seroja, Jalan Diplomatik 2, Presint 15, Presint Diplomatik, Putrajaya.
  • Masa : 2.00 petang – 6.00 petang
Masuk adalah PERCUMA. kalau dah percuma tu, biasanya ramai la orang datang. Jadi saya harap anda smua peminat emas ni boleh membuat tempahan tempat duduk dahulu sebelum menghadiri majlis perasmian tersebut. Tempat duduk adalah terhad.


Untuk tempahan sila hubungi:

1. Katrina/Carmen: 03-5634 8999
2. Denise/ Cyrene: 04-2619999
3. Cheryl / Kay: 04-6449999

Untuk makluman semua juga, harga pasaran bagi Public Silver juga boleh didapati di laman web mereka www.publicgold.com.my


Public Silver Price (24 Hours Live)





Haaaaa....nak tau tak sape duta Public Gold? orang kata kalau ade duta baru la diorang yakin sket dengan produk keluaran PG. Duta PG memang kompem cantekkkkkkkk punya..siapa lagi kalau bukan Diana Danielle ;)

ni ha kad jemputan rasmi..


So jangan lepaskan peluang untuk tengok Diana Danielle, oopss..maksud saya perasmian Public Silver dan Public Public Jewellery. Bawak adik-adik, abang-abang, kakak-kakak, suami isteri, anak-anak, kawan-kawan...ajak je sape2 pun..yang penting JANGAN LUPA BOOK TEMPAT ok ;)


eh...saya lupa nak bgtau..kalau ade member2 dari penang yang nak pergi..boleh la carpool..jimat minyak sket..hihihi..kalau nak join boleh contact saya 012-5853035 (amir)
Rasailah kehangatan dan aura EMAS...
Sekian dulu, Assalamualaikum...

Hukum Akaun Pelaburan Emas di Bank Malaysia

Soalan 1


Assalamualaikum UZAR, Saya nak kepastian dari UZAR mengenai masalah berikut:

Bagaimana pula pelaburan emas Kijang emas yang telah diperkenalkan oleh Maybank? Bagaimana cara selamat mengikut undang-undang Syariah untuk membeli dan melabur gold tersebut? Sila masuk ke maybank2u.com Terima kasih.

Akaun Pelaburan Emas di Maybank atau Public Bank - Pelaburan di Maybank jika mahu boleh dapatkan emasnya tapi di Public Bank tak pasti emasnya boleh dikeluarkan (Tiada yang sumber memastikan yang emas di PB boleh dikeluarkan). Jika mereka dagangkan hanya berdasarkan harga sahaja adakah ianya SAH disegi Islam?

Soalan 2

Saya telah membuat panggilan telefon (Public Bank customer service 1800883323) untuk mengetahui cara-cara urusniaga pelaburan akuan emas ini.

Dari maklumbalas yang diberikan ialah:

Jualbeli emas hanyalah berdasarkan harga semasa dan tidak mewakili emas fizikal.

Keuntungan pelaburan adalah dari perbezaan harga beli dan jual.

Setakat ini nilai pelaburan tidak mewakili emas fizikal dan tiada emas yang boleh dikeluarkan. Mereka ada rancangan perlaksanaan pembelian emas secara fizikal tetapi mungkin tahun depan.

Bagaimana pula Maybank yang Emasnya boleh diperolehi jika ada permintaan.

Minta komen ustaz kerana ramai pengguna-pengguna Islam terkeliru diatas pelaburan ini yang dianjurkan oleh institusi yang disahkan oleh kerajaan.

JAWAPAN

Tidak dinafikan, tatkala nilai matawang USD dan lain-lain semakin tidak menentu ketika ini, membeli emas dengan tujuan pelaburan adalah tindakan positif menurut banyak pendapat. Ini mungkin disebabkan emas yang mempunyai nilai lebih stabil berbanding matawang kertas ( paper or fiat money), ditambah pula dengan permintaan emas yang sentiasa ada.

Bagi mengulas isu yang ditanyakan, setelah merujuk dan melakukan pembacaan maklumat dari web bank yang terbabit, saya berpendapat seperti berikut :-

Apabila seseorang pelanggan ingin membuka akaun pelaburan emas, ia beerti ia bersetuju untuk membeli emas, simpan dan mungkin menjualnya apabila harga emas meningkat.

Oleh kerana itu, hukum bagi sebarang jenis akaun pelaburan jenis emas ini bergantung kepada beberapa keadaan, bagi memberikan sedikit kefahaman kepada pembaca berkenaan keadaan-keadaan berbeza ini, ia adalah seperti berikut :-

• HARAM DAN BATAL :

Jika emas itu belum berada dalam pemilikan bank dan hanya akan dibeli daripada pihak ketiga dalam majlis transaksi yang berasingan. Urusniaga pembukaan akaun itu telah menjadi HARAM dan tidak SAH, kerana pihak bank telah menjual emas yang tiada di dalam miliknya dan juga kerana riba telah berlaku apabila tiadanya elemen ‘Taqabud fil Majlis' (serah terima dalam satu masa), sebarang penangguhan membawa kepada Riba an-Nasiah.

Kesimpulan ; pastikan emas yang ingin dijual mestilah berada dalam pemilikan pihak bank tersebut.

• HARAM DAN BATAL :

Iaitu jika emas BELUM atau TIDAK diterima sertamerta ketika membuka akaun pelaburan emas itu.

Sebagai contohnya, pelanggan hanya yang membayar sejumlah wang untuk membeli emas 100 gram dan memulkana akaunnya, namun pihak bank tidak memberikan sebarang bukti pembelian telah termeterai dengan rasminya atau ‘concluded'. SERTA tiada sebarang jenis bukti bertulis yang menunjukkan pelanggan kini menerima ‘hak tasarruf' (hak kebebasan terhadap sejumlah emas yang telah dibelinya sama ada untuk menjualnya padabila-bila masa yang dikehendakinya).

• HALAL DAN SAH :

Setelah anda membaca dua bentuk yang jatuh haram, sudah tentu anda mampu memeastikan bagaimana bentuk akaun pelaburan emas yang halal dan sah. Iaitu :-

a. Bank memiliki emas yang dijual semasa menjual.

b. Bank memberikan bukti dan hak tasarruf kepada pelanggan sama ada dalam bentuk fizikal emas atau bentuk sijil hak ke atas sejumlah emas (yang telah dibeli), yang mana sijil itu melayakkan pelanggan itu menuntut emasnya secara fizikal pada bila-bila masa yang dikehendakinya. Ini bermakna sijil itu ibarat sebuah kad debit dan cek yang mewakili duit fizikal yang wujud. Penyerahan menggunakan sijil ha milik emas sebagai tanda pembeli dan pembukaan akaun sudah sempurna adalah SAH DAN HARUS di sisi Islam. Ia dianggap sebagai penyerahan tidak fizikal (al-Qabdhu Al-Ma'nawi) Demikian fatwa oleh Majlis Fiqh Antarabangsa dalam keputusan mereka nombor 84, 9/1 (Qararat Wa Tawsiat, hlm 191)


DALAM KES AKAUN PELABURAN EMAS DI BANK ?

Setelah melihat serba ringkas info akaun pelaburan emas di kedua-dua bank terbabit melalui web mereka. Saya kira Maybank menawarkan akaun pelaburan emas yang HALAL dengan TIGA lagi syarat tambahan lagi, iaitu :

1- JANGAN DIGUNAKAN UNTUK AKTIVTI RIBA : mestilah emas sebenar (fizikal) yang berada simpanannya bagi pihak pelanggan tadi TIDAK digunakan untuk kegunaan aktiviti ribawi mereka. Justeru, satu jaminan atau pengesahan dari pihak bank mestilah diperolehi sama ada secara lisan atau bertulis atau disahkan oleh Majlis Syariah bank berkenaan.

Apabila kita menyimpan emas fizikal yang telah kita beli di bank tersebut, aqad simpanan itu juga sepatutnya mesti dikenal pasti dengan jelas. Apakah jenis aqadnya? Adakah ia Wadiah? atau Qard dan sebagainya.

2- JUMLAH EMAS MENCUKUPI KETIKA TRANSAKSI :Mestilah dipastikan wujud jumlah emas mencukupi ketika proses jual beli dibuat pada satu-satu masa.

Maksud saya, sebagai contoh : Bank mempunyai 100 kilo emas sahaja, dalam masa yang sama (satu waktu), 100 kilo emas itu digunakan untuk dua atau lebih pelanggan yang berlainan.

Pelanggan Ahmad membeli 100 kilo emas pada jam 2.30 petang, demikian juga sdr Ah Chong tepat jam 2.30 petang juga membeli dan membuka akaun yang sama di kaunter berlainan, padahal bank hanya mempunyai 100 kilo emas sahaja. Tatkala itu, transaksi orang kedua tidak sah. Hanya yang pertama sahaja yang sah.

3- CARA PEMBAYARAN YANG HALAL :
Pembayaran yang dibuat oleh pihak pelanggan pula WAJIBLAH menggunakan sama ada tunai, debit akaun sertamerta, kad debit dan kad kredit Islam bank tempatan, cek tempatan.

Sebarang pembayaran menggunakan cek antarabangsa dan kad kredit Islam yang mengambil masa lebih 3 hari untuk settlement adalah TERLARANG menurut fatwa Majlis Fiqh Antarabangsa.

Mengapa 3 hari? ia adalah tempoh maksimum menurut ‘uruf bagi memastikan syarat ‘Taqabud fil hal' tercapai, ia adalah fatwa yang dipetik dari pandangan Mazhab Maliki dan juga fatwa kebanyakan ulama fiqh sedunia, termasuk Syeikh Dr Abd Sattar Abu Ghuddah.

4- PEMEGANG AKAUN PELABURAN EMAS MESTILAH MEMBAYAR ZAKAT : Apabila cukup hawl atau tempoh setahun bulan Islam dan apabila nisab simpanannya mencapai atau melebihi nisab wajib keluar zakat emas iaitu 85 gram.

Namun akaun pelaburan Public Bank saya kurang pasti kerana tidak dinyatakan sama ada sijil atau bukti pembelian itu boleh ditukarkan kepada emas fizikal pada bila-bila masa yang dikehendaki. Malah penyoal menyatakan beliau telah menelefon pihak bank dan terbukti sijil atau bukti pembelian itu tersebut TIDAK BOLEH ditukar kepada emas fizikal. Tatkala itu, bagi saya transaksi ini bermasalah dari sudut hukum Islam.

Jika sijil tersebut tidak boleh ditukar kepada emas fizikal, tatkala itu ia memberikan kesan kepada proses ‘Taqabud al-hukmi' yang disyaratkan dalam jual beli item ribawi dan merosakkan aqad ini, dalam kes ini antara emas dan wang Ringgit Malaysia.

KESIMPULAN

Bagi sesiapa yang ingin membuka akaun ini, saya nasihatkan menyemak terlebih dahulu perkara yang telah saya sebutkan di atas. Ditambah pula, akaun pelaburan emas dan kijang emas ini tidak diletakkan di bawah skim pelaburan Islam maybank dan public bank. Ia sekali lagi menimbulkan tandatanya. Saya tidak ada kemudahan untuk menyemak hal itu ketika ini kerana kesukaran komunikasi dengan pihak bank terbabit, terutamanya berada di perantauan.

Jika anda sudah punyai jawapan kepada syarat dan persoalan yang saya utarakan di atas. Baik jika dapat anda memaklumkan kepada saya dengan tepat dan jitu. Saya juga berminat untuk membuka akaun ini jika semua persoalan di atas telah LULUS.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

22 Oktober 2008

23 Syawal 1429 H

Wales, UK

sumber : zaharuddin.net

Bengkel Emas bersama pokli




Alhamdulillah, semalam 11hb Feb 2010, Khamis, Pokli Wealth Management telah dengan jayanya menganjurkan Bengkel Emas Pelaburan yang bertempat di

Alamat: Public Fine Gold Int S/B
Tingkat 3 (atas Royal Safe Deposit Box)
Nombor 42A, Jalan PJS 8/6
Mentari Business Park
Bandar Sunway
Petaling Jaya
Selangor

Sebenarnya bagus gak bengkel yang pokli buat semalam.Tambah-tambah untuk mereka yang
betul2 nak tau lebih mendalam kenapa perlu adanya emas dalam simpanan kita..

Sebenarnya, walaupun seminar tu pokli buat kat Bandar Sunway, tapi disebabkan nak sangat ilmu pokli ni..so terpaksa la saya turun KL dari Penang semata-mata nak tambah ilmu..

Bagi mereka yang tak kenal pokli lagi..ha ni kat bawah ni gambar dia



Bukan ape, kalau ade yang masih taktau..ilmu pokli ni memang la mantap..kalau x..xkan la sampai masuk tv3..hehe rancangan Bijak Wang tu; ha..bleh tengok promo bijak wang kat bawah nih;


Dlm video; Pokli, Eda
Sebenarnya, saya pun tercari cari jugak Bandar Sunway ni..maklum la bukan biasa sangat ngan KL nih..tapi..sebenarnya x susah mana pun..nak ke sini cari je signboard Subang Jaya,..confirm jumpa!Kalau x jupe gak..tanye je diorg kat mana sunway pyramid..


Lebih kurang pukul 2.40pm camtu..Sampai le saya kat Public Gold tu..



Disebabkan bengkel tu malam baru start..saya ronda-ronda, terjumpa hotel kecik belakang Public Gold, alhamdulillah..sewa je la 1 malam..murah je..dalam RM85 satu malam..Ok gak tuh..sekadar nak lepaskan penat

Then pukul 8 malam, bermula la bengkel tersebut..







Ramai gak otai-otai emas yang turun malam tu..yang saya sempat kenal Jeman (Master Agent)



Ade sorang lagi otai.. Pokya (Master Agent jugak)


dan x lupa juge..sorang lagi member..Fithrie..dia yang pakai baju biru yang tgh duduk depan tu..pakai spek..terlindung sket..hehe..




pendek kata, agen-agen emas ni smua mantap2 la..diorg punye ilmu emas ni..

hurm, antara slide pokli masa bengkel tu adalah seperti berikut;



dan yang ni..



HaHhaha..memang kelakar..tapi..kalau difikirkan betul2..memang betul jugak..cuba anda bayangkan..berapa harga emas 10 tahun lepas?dan berapa harga emas sekarang??fikir-fikirkan lah...hehe..dah fikir tu..jangan x bertindak pulak..
Nak senang cakap..mulalah simpanan emas anda dari sekarang..Saya sekadar ingin berkongsi ilmu dengan anda..nak beli emas ke nak tanya pasal emas ke..bleh call@sms saya 012-5853035 (amir)..InsyaAllah saya akan cuba membantu..

beli EMAS pastikan anda dapat EMAS :)

Keliru?pelaburan?skim cepat kaya?

Assalamualaikum semua..

Disebabkan terlalu banyak panggilan telefon..terlalu byk email..terlalu banyak sms yang saya terima..So kat sini saya nak menghuraikan segala kekeliruan semua orang...

berikut adalah keratan akhbar terkini yang bertarikh 10hb Februari 2010 - berita harian

jom kita selidik sket..kes ni..


Rugi RM30j akibat skim pelaburan jongkong emas


GEORGETOWN: Seorang pemilik kedai emas yang kerugian antara RM3 hingga RM4 juta, adalah antara 30 mangsa yang kehilangan RM30 juta selepas terpedaya dengan skim pelaburan jongkong emas di negeri ini.

Mangsa yang berusia 40-an mendakwa, segala titik peluhnya selama 20 tahun hilang sekelip mata selepas terjebak dalam skim itu tahun lalu.

Ketua Siasatan Jenayah Komersial Pulau Pinang, Asisten Komisioner Roslee Chik, berkata mangsa adalah seorang daripada 30 pelabur skim itu yang membuat laporan polis.

Kira-kira 30 lagi mangsa skim pelaburan itu di negeri ini belum membuat laporan polis. Syarikat yang mengendalikan skim pelaburan itu turut beroperasi di Kuala Lumpur dan Selangor.

"Kes berlaku tahun lalu tetapi dilaporkan tahun ini selepas mangsa menyedari mereka ditipu. Setakat ini, polis sudah menahan tiga orang bagi membantu siasatan tetapi sudah dibebaskan dengan jaminan polis.

"Polis juga sedang mengesan 10 lagi suspek," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri di sini, semalam.


Syarikat itu yang mempunyai cawangan di beberapa negeri, menawarkan pelaburan jual beli emas mengikut harga pasaran beserta pulangan tiga peratus.

Sebaik menandatangani kontrak pembelian, pelabur diberikan pulangan sebanyak tiga peratus selain jongkong emas sehingga menyebabkan ramai pelabur terpedaya.

Jika melabur dengan membeli satu kilogram emas, pelabur akan diberikan emas berkenaan untuk disimpan.

Pelabur mendapat pulangan pada bulan pertama hingga ketiga sebelum ditanya sama ada mahu meneruskan pelaburan atau tidak.

Selepas tiga bulan, pelabur diberi peluang sama ada meneruskan atau menghentikan pelaburan, tetapi perlu menyerahkan semula emas dalam simpanan mereka.

Pelabur yang menamatkan pelaburan juga dikenakan caj RM15,000. Jika pada masa itu, harga emas rendah berbanding harga belian pelabur perlu membuat bayaran tambahan kepada syarikat.

Syarikat memaklumkan mereka memerlukan masa seminggu untuk memeriksa emas yang diserahkan pelabur kononnya bagi memastikan emas itu cukup timbangan serta ketulenannya.

Roslee berkata, pelabur mula menghadapi masalah dan menyedari mereka terjebak dalam skim pelaburan itu selepas menyerahkan emas kepada syarikat berkenaan.

"Mereka yang menyerahkan semula emas itu gagal mendapatkan balik pelaburan masing-masing sebelum membuat laporan polis," katanya sambil menambah siasatan sedang dijalankan bersama Bukit Aman.

sumber : Bharian

Kenapa semua ni berlaku? saya juga berasa agak simpati kepada pelabur-pelabur tersebut.

So kat sini saya nak bagi sedikit tips kepada pelabur emas.. saya x nak setiap pelabur-pelabur emas terpedaya dengan tipu helah skim cepat kaya. Berdasarkan keratan akhbar di atas:

1. sebelum melabur, pastikan syarikat tersebut benar-benar berdaftar dengan Bank Negara Malaysia

contohnya macam syarikat Public Fine Gold International Sdn Bhd


keratan akhbar harian metro : 22 Oktober 2009

Syarikat Public Gold ini sememangnya telah mendapat kelulusan dari pihak Bank Negara untuk jual beli emas di Malaysia. untuk maklumat lebih lanjut berkaitan syarikat ini, anda buleh rujuk public gold atau public dinar



2. Pastikan syarikat tersebut berdaftar dengan suruhanjaya syarikat malaysia (SSM)

3. Emas yang dijual adalah mengikut harga emas pasaran semasa dunia. Emas Public Gold (PG) adalah berdasarkan emas di www.kitco.com yang mana harganya adalah lebih rendah berbanding Federation of Goldsmiths and Jewellers Associations of Malaysia

4. Beli Emas, pastikan anda dapat emas tu..mana ade orang beli emas x dapat emas..kalau x dpt tu mmg sah kena tipu ler..

5. Pastu, bila da beli emas, jangan mudah kelabu mata..atau terpedaya dengan pulangan 1%..2% ...3% la..hish,..mana ade org beli emas dpt pulangan camtu..pelik pelik

6. Kalau nak jual balik emas tu..hishh mana ade sampai seminggu nak cek ketulenan emas tu..arghhhh pening-pening..padahal kejap je..x sampai 5 minit pun nak cek ketulenan emas tu..

7. Kenapa pulak nak kena bayaran tambahan kalau harga emas tu jatuh?

8. hah..tips ke 8 ni, abeh susah sangat..kalau nak tau lebih lanjut..Call je saya 012-5853035 (amir) x pun bleh yahoo messenger saya di pharmacist_usm.

9. Last sekali..nak beli emas..beli la kat saya.. ;) atau rakan2 emas saya yang lain..

seluruh kawasan Petaling Jaya & Kelana Jaya, KL, Subang Jaya, USJ, Sunway, Puchong, Damansara, TTDI, Shah Alam, Ampang, Bangsar

Bleh Call eda : 012-6253023 www.eda-emas.blogspot.com

atau bleh rujuk www.pokli.com untuk nama2 agen di seluruh Malaysia.

p/s: Doa saya..supaya anda smua tidak terpedaya dengan skim pelaburan EMAS cepat kaya..melabur la emas dengan cara yang betul..InsyaAllah anda pasti berjaya.Amin..

Akhir kata..selalu saya ingatkan..BELI EMAS..PASTIKAN ANDA DAPAT EMAS ANDA...

Kesan HyperInflasi

Dalam topik sebelum ini, antara kebaikan emas yang telah kita bincangkan adalah EMAS TIDAK BOLEH DIMANIPULASIKAN. Berikut adalah petikan dari topik sebelum ini;

Salah satu keistimewaan emas ialah ia sukar diperoleh dan tidak boleh dicipta. Justeru itu ia tidak boleh dimanipulasikan. Kuantitinya tidak boleh ditambah dengan mudah. Ini menyebabkan emas sentiasa bernilai. Ini berbeza sekali dengan wang kertas. Ia boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah. Jika jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilainya akan menurun. Kenaikan harga barang yang menggila akan berlaku. Ia dipanggil hyperinflasi. Jika nilai wang kertas jatuh dengan teruk, wang kertas tersebut akan terus ditolak oleh rakyat. Sejarah telah membuktikan sistem wang kertas akan gagal. Terdapat banyak bukti kegagalan wang kertas di dalam sejarah tamadun manusia.

Di antara kisah kegagalan wang kertas yang pernah berlaku adalah:
1. Kerajaan Perancis –tahun 1715
2. Republik Weimer Jerman - 1922-1923
3. Hungary 1945-1946
4. Chile 1971-1981
5. Peru 1988-1991
6. Angola 1991 – 1999
7. Yugoslavia 1992-1995
8. Belarus 1994-2002
9. Kerajaan Mexico – pada tahun 1994
10. Kerajaan Argentina – pada tahun 2001
11. Zimbabwe 2000-2009



Dolar Zimbabwe adalah mata wang rasmi Zimbabwe antara 1980 dan 12 April 2009.

Walaupun dolar tersebut dianggap antara matawang yang bernilai (highest valued currency units) apabila ia mula diperkenalkan pada 1980 bagi menggantikan Dolar Rhodesia pada nisbah 1:1, kekacauan politik dan inflasi melampau dengan cepat menghakis nilai bagi dolar Zimbabwe yang akhirnya menyebabkan nilai matawang tersebut menjadi antara yang paling kurang bernilai di dunia(least valued currency units).

Walaupun terdapat beberapa cubaan untuk mengawal inflasi melalui perundangan dan redenominations pada 2006, 2008 dan 2009, tetapi penggunaan dollar sebagai matawang rasmi akhirnya hancur pada 12 April 2009 disebabkan oleh Reserve Bank of Zimbabwe telah mengesahkan penggunaan matawang asing untuk transaksi pada Januari 2009.

Kini, mata wang asing seperti Rand Afrika Selatan, Pula Botswana dan Dolar Amerika Syarikat telah digunakan dengan meluas bagi hampir kesemua transaksi di Zimbabwe,
Penggunaan dolar Zimbabwe hanya akan diperkenalkan semula sekiranya industri negara ini meningkat semula.


Sekadr Renungan....
Sekali pandang seolah-olah hanya orang kaya saja yang mampu miliki...


Kesan hyperinflasi sehingga menyebabkan wang terpaksa dibawa berbungkus-bungkus..pernahkah anda terbayang bagaimana mereka nak bawak balik gaji mereka?perlu sewa lori untuk bawak balik gaji?


Menu khas untuk jutawan??

5 Sebab kenapa perlu melabur dalam emas

1) Emas ialah kekayaan yang sebenar.
Emas menjadi pilihan manusia sebagai penyimpan kekayaan. Sejarah penggunaan emas sebagai wang boleh dilihat 6000 tahun yang lalu. Orang-orang Mesir telah menggunakan jongkong emas yang di cop nama firaun sebagai wang. Manusia memilih emas sebagai penyimpan kekayaan kerana:
1. Warna kuning keemasan yang sangat menarik dan tidak akan pudar selamanya.
2. Emas tidak boleh dibinasakan.
3. Tahan lasak.
4. Mudah dibahagikan kepada unit yang kecil tanpa menjejaskan nilainya.
5. Ia sukar diperoleh.

Pada zaman silam, emas digunakan sebagai simbol kekayaan. Sesiapa yang memiliki emas maka ia dianggap kaya. Jika kita memiliki banyak emas pada zaman ini. Kita juga dianggap kaya. Selain itu juga emas tidak boleh dibinasakan. Sesuatu benda yang menjadi penyimpan kekayaan mestilah mempunyai sifat tidak boleh dibinasakan. Sebab itu kereta, haiwan dan tumbuh-tumbuhan tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan. Ini kerana di dalam jangka masa panjang kesemua benda tersebut akan binasa.Sesuatu benda yang boleh dibinasakan dengan mudah tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan yang terunggul.

Emas sifatnya berbeza dengan benda lain.. ia tidak boleh dibinasakan. Emas akan tetap bernilai walaupun ianya patah, penyek, calar dan bengkok asalkan ianya emas ia tetap bernilai.

2) Harga sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.

Harga emas akan meningkat dalam jangka masa panjang. Cuba kita ingat kembali pernahkah datuk nenek ataupun emak kita sendiri yang pesan bahawa belilah emas sebab kalau beli emas kamu xkan rugi. Kita buat xendah pun sebab kita berjiwa muda.. kita lebih gemarkan membeli barangan untuk bergaya. Beli pakaian yang berjenama, kereta yang sporty, joli belanja awek dan sebagainya. Sebenarnya kita telah silap.. kita membuat pelaburan yang silap. Itu tidak akan menjadi aset kepada kita. Kita perlu membezakan antara aset dan liabiliti. Pengetahuan yang mendalam mengenai aset dan liabiliti, insyaAllah kita akan melalui financial freedom yang diidam-idamkan selama ini. Perbezaan antara aset dan liabiliti akan saya buat pada posting yang lain, panjang lebar jugak penerangannya. Di sini saya sertakan graf kenaikan harga emas sejak 10 tahun yang lepas.



. Low - USD 255.39
· High - USD 1214.80
· Kenaikan emas selama 10 tahun = 375.66%
· Purata kenaikan emas selama setahun = 37.57%


Jadi jelaskan bahawa emas adalah salah satu pelaburan yang menguntungkan dalam jangka masa panjang. Beli emas simpan… bila terdesak nak pakai duit baru jual. Nanti kita akan terkejut bila nak jual balik sebab nilainya dah jauh lebih tinggi berbanding masa kita beli dulu.

3) Nilai wang kertas semakin jatuh dalam jangka masa panjang.

Wang kertas (fiat money) adalah duit yang tiada nilai pada asalnya. Ia hanya berharga RM0.10 sen untuk kos membuatnya. Tetapi yang membuatkan ianya bernilai adalah kerana ia telah dijamin oleh pihak pemerintah (dalam konteks Malaysia, ianya dijamin oleh Kerajaan Malaysia). Jika tidak ianya tiada nilai dan hanyalah kertas semata-mata.

Wang kertas akan susut nilainya dalam jangka masa panjang. Ia adalah disebabkan wang kertas dikikis oleh kadar inflasi yang pada setiap tahun. Sebagai contoh, pada zaman persekolahan saya dahulu 18 tahun lepas 20 sen boleh membeli sepinggan nasi lemak. 10 sen boleh membeli segelas air sirap tetapi sekarang nasi lemak paling kurang berharga RM 1.50 (yang tiada lauk apa-apa kecuali sambal dan ¼ telur sahaja) dan air sirap pun berharga RM 1.00 segelas. Kadar susut nilai wang ringgit Malaysia hampir mencecah 700% selama 18 tahun.

Berbeza dengan nilai emas. Nilai emas hampir sama sejak zaman Rasulullah hinggalah sekarang. Pada zaman Nabi 1 Dinar (4.25g emas ketulenan 916) boleh membeli seekor kambing dan pada hari ini juga emas 1 Dinar boleh membeli seekor kambing (harga 1 dinar pada hari ini 1 Januari 2010 adalah lebih kurang RM 540).

4) Aset yang terunggul.

Salah satu keistimewaan emas ialah ia dianggap bernilai oleh seluruh umat manusia. Ia juga merupakan aset yang paling mudah ditukarkan kepada wang kertas. Tidak ada aset lain yang boleh menandingi kecairan emas. Ia bukan sahaja boleh dicairkan di Malaysia tetapi boleh dicairkan di seluruh dunia.

Orang kemboja datang ke Malaysia dengan membawa emas. Emas itu sangat senang untuk dicairkan berbanding dengan mata wangnya sendiri. Sekarang ni kita tengok orang Kemboja ramai yang dah kaya-kaya padahal masa datang dulu xde duit pun. Sebabnya emas yang dibawa tu boleh dicairkan diseluruh dunia. Boleh dapat duit balik untuk buat modal bisnes.

5) Tidak boleh dimanipulasikan.

Salah satu keistimewaan emas ialah ia sukar diperoleh dan tidak boleh dicipta. Justeru itu ia tidak boleh dimanipulasikan. Kuantitinya tidak boleh ditambah dengan mudah. Ini menyebabkan emas sentiasa bernilai. Ini berbeza sekali dengan wang kertas. Ia boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah. Jika jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilainya akan menurun. Kenaikan harga barang yang menggila akan berlaku. Ia dipanggil hyperinflasi. Jika nilai wang kertas jatuh dengan teruk, wang kertas tersebut akan terus ditolak oleh rakyat. Sejarah telah membuktikan sistem wang kertas akan gagal. Terdapat banyak bukti kegagalan wang kertas di dalam sejarah tamadun manusia.

Di antara kisah kegagalan wang kertas yang pernah berlaku adalah:
1. Kerajaan Perancis –tahun 1715
2. Republik Weimer Jerman - 1922-1923
3. Hungary 1945-1946
4. Chile 1971-1981
5. Peru 1988-1991
6. Angola 1991 – 1999
7. Yugoslavia 1992-1995
8. Belarus 1994-2002
9. Kerajaan Mexico – pada tahun 1994
10. Kerajaan Argentina – pada tahun 2001
11. Zimbabwe 2000-2009

Jadi berdasarkan kepada fakta di atas jelaslah bahawa emas adalah salah satu pelaburan yang sangat menguntungkan. Terpulanglah kepada kita untuk meneroka khazanah alam yang sangat bernilai ini untuk kebaikan kita bersama. Akhir kata penganglah sabda Nabi SAW

“Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah DINAR (EMAS) dan DIRHAM (PERAK)[untuk digunakan]” Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.

sumber : lygold.blogspot.com

Public Gold Coporate Video


Di sini anda boleh lihat video berkaitan Emas Public Gold.

Ketulenan Emas dan Perak

APA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG EMAS ?

APA ITU KARAT ( K ) ?
KARAT adalah standard atau ukuran lama ketulenan emas.
24 K (Karat) adalah dikenali sebagai Emas Tulen.

STANDARD KETULENAN EMAS BARU
( a ) 999 Emas Tulen 99.9% kandungan emas. Dikenali sebagai Emas Kertas / Emas Sepuluh / Chuk Kam 24K mengikut ukuran lama
( b ) 950 Emas Kelantan atau Emas 9½
( c ) 916.6 Emas Singapura 22K mengikut ukuran lama
( d ) 875
( e ) 835
( f ) 750 18K mengikut ukuran lama
( g ) 585 14K mengikut ukuran lama
( h ) 375 SUASA – 9K mengikut ukuran lama
Emas 900 ( atau Emas Sembilan ) dan Emas 800 ( atau Emas Paun ) tidak lagi wujud.

STANDARD KETULENAN PERAK
( a ) 958.4 ( b ) 925 ( c ) 830 ( d ) 800

STANDARD KETULENAN PLATINUM
( a ) 950 bermakna 95.0% kandungannya.



CARA MENGUKUR STANDARD KETULENAN
KARAT X 100 = STANDARD KETULENAN 24 CARA MENGUKUR KARAT
STANDARD KETULENAN X 24 = KARAT 1000
Contoh Pengiraan :
Standard Ketulenan Emas 750 ppt ( parts per thousand ) adalah bersamaan 18K (karat). 750 X 24 = 18K 1000

TAKRIF KETULENAN

Ketulenan ialah bahagaian logam berharga di dalam aloi ( campuran lebih daripada satu logam ). Ia mengambarkan tahap keaslian kandungan logam yang menjadi asas dalam pembuatan sesuatu barang samada daripada emas, perak atau platinum.

PENGUJIAN KETULENAN ( ASSAYING )
Pengujian ketulenan atau lebih biasa dikenali sebagai “ assaying “ adalah penentuan kandunganlogam berharga sebenar dalam aloi secara saintifik. Penentuan ini adalah dibuat oleh pihak ketiga yang tiada kepentingan dalam perniagaan barang-barang logam berharga. Dalam menjalankan penentuan secara saintifik ini, pejabat-pejabat pengujian ketulenan ini perlu mematuhi standard-standard Malaysia yang ditetapkan oleh SIRIM. Kandungan logam berharga sebenar yang ditetapkan kemudian ditanda sebagai STANDARD KETULENAN pada barang yang telah diuji.

STANDARD KETULENAN YANG DITETAPKAN OLEH KERAJAAN
Di bawah peraturan-peraturan Perihal Dagangan ( Artikel-artikel yang dibuat dari bahan berharga ) 1994, barangan yang diperbuat daripada logam berharga hendaklah diperbuat dengan mematuhi standard ketulenan yang telah ditetapkan. Standard ketulenan hendaklah dicap atau diukir di barangan berkenaan.Standard ketulenan bagi emas hendaklah dicap atau diukir dalam tiga angka seperti 950, 916 ataupun 870. Cap atau ukir boleh digunakan di dalam bentuk empat segi.Bagi perak boleh dicap atau diukir dalam bentuk bulatan. Bagi platinium dicap atau diukir dalam bentuk tiga segi.

PENANDAAN STANDARD KETULENAN
Barang-barang yang diwajibkan penandaanBarang-barang yang diperbuat daripada logam berharga wajib ditanda dengan standard-standard ketulenan seperti yang dinyatakan dengan SAIZ PENANDAAN TIDAK KURANG DARIPADA 0.6 mm.
Pengecualian diberi bagi 916.6 yang ditanda sebagai 916 sahaja. Disamping itu tanda-tanda lain seperti cap dagangan pembuat dan “ assaying office “ adalah dibenarkan. Walaupun penandaan standard ketulenan dengan nilai karat ( K ) tidak diperlukan di bawah peraturan-peraturan Perihal Dagangan 1994, tetapi penandaan tersebut dibolehkan bagi tujuan maklumat tambahan pembeli . Penandaan lambing pembuat, pejabat uji tulen dan tarikh dibenarkan walaupun tidak diwajibkan.

PENGGUNAAN SADURAN ( PLATING )

Apabila sesuatu barang disadurkan dengan emas, perak atau platinum perkatan disadur ( PLATED )perlu dinyatakan terang sekurang-kurangnya sama besar dengan perkataan emas, perak atau platinum yang dicap pada barangan tersebut. Penandaan standard ketulenan tidak dibenarkan dicap atau diukir pada mana-mana bahagian barang-barang yang disadur. Contohnya disadur emas ( gold plated ) adalah dibenarkan tetapi penandaan disadur emas 22K ( 22K gold plated ) TIDAK DIBENAR kan.

PENGECUALIAN DARI PENANDAAN

Pengecualian dari penandaan diberi kepada barang-barang yang terlalu kecil atau nipis dan berat yang kurang daripada 1.5 gram.

PENGECULIAN DARIPADA PERATURAN-PERATURAN INI
Duit syiling , barangan yang digunakan bagi keperluan perubatan, pergigian, vaterinar, saintifik atau perindustrian , benang emas ,bahan mentah ( termasuk jongkong, tali kelat, keranjang, plat ,wayar, kepingan atau tiub ) atau bullion dan barang-barang emas,perak dan platinum yang diperbuat sebelum 1hb.Ogos,1995.

Sejarah Emas Dinar

Pada awalnya umat Islam menggunakan dinar emas dan dirham perak yang dibuat oleh orang Parsi. Gambarnya seperti di bawah:

publicdinar_clip_image004.jpg

Gambar: Dinar Parsi Yazdgard (399 - 420 AD)

publicdinar_clip_image005.jpg publicdinar_clip_image006.jpg

Gambar: Wang perak Parsi Sasanian Yezdigird III

Siling pertama yang boleh dikaitkan dengan orang-orang Islam telah ditempa pada zaman Khalifah Uthman Radiallahu anhu. Syiling ini ditiru daripada dirham Sasanian Yezdigird III.

Perbezaan yang terdapat pada syiling ini ialah terdapatnya inskripsi Arab ‘Dengan Nama Allah’. Setelah itu, inskripsi ‘Dengan Nama Allah’dan penggunaan ayat-ayat suci Al-Quran telah menjadi tradisi ke atas dinar dan dirham yang dibuat oleh orang-orang Islam.

Ketika zaman Khalifah Umar Al-Khattab, beliau telah menetapkan standard bagi dinar emas seperti berikut:"7 dinar mesti bersamaan 10 dirham (dari segi beratnya)".

Di bawah pemerintahan Khalifah Abdul malik ibn Marwan (646AD - 705AD), beliau telah menyeragamkan penggunaan dinar dan dirham. Ketika itu, empayar Islam sangat luas meliputi kawasan Barat daripada Afrika Utara sehingga ke Sepanyol dan jauh ke bahagian Timur sehingga Pakistan.

Ketika kerajaan Anglo-Saxon England masih kekurangan dari segi penulisan, khalifah Abdul Malik telah pun mencipta mata wang yang seragam yang pertama di dunia - dinar.

publicdinar_clip_image008.jpg    publicdinar_clip_image010.jpg

Gambar: Dinar emas Abd al-Malik ibn Marwan

publicdinar_clip_image012.jpgpublicdinar_clip_image014.jpg

Gambar: Dirham perak Abd al-Malik ibn Marwan

Walaupun dinar dan dirham yang baru ini menyerupai berat dan bentuk syiling lama yang digantikan namun rupa bentuknya adalah satu revolusi. Pada 697AD, Khalifah Abdul Malik telah membuang gambar raja dan lambang-lambang binatang dan kota pada dinar dan dirham. Ia kini dihiasi dengan kalimah daripada ayat-ayat suci Al-Quran.

Khalifah Abdul Malik kemudiannya mengisytiharkan bahawa wang inilah yang akan digunakan di seluruh empayar Islam. Sesiapa yang tidak menyerahkan syiling lama mereka untuk ditempa semula kepada dinar berbentuk baru akan dikenakan hukuman mati.

Ini adalah kali pertama di mana sebuah negara mempunyai sistem yang begitu jitu dan stabil. Dinar emas ini telah dihasilkan oleh  sejauh Sepanyol, Tunisia, Azerbaijan sehingga ke Pakistan. Ini memberikan kelebihan yang ketara kepada pemerintah kerana ia membolehkan sistem cukai diseragamkan di seluruh wilayah Islam.

Dinar dan dirham yang dikeluarkan ini juga merupakan yang pertama dilabelkan tahun pengeluarannya - praktis yang tidak digunakan secara meluas sehinggalah kurun ke 15.

Inskripsi pada dinar dan dirham Abdul malik menyebut:

‘Tiada Tuhan Melainkan Allah; Muhammad itu Pesuruh Allah’

Dinar dan dirham menjadi mata wang rasmi kerajaan Islam sehinggalah kejatuhan Kerajaan Uthmaniyah. Selepas itu, penggunaan wang kertas telah mengambil alih dinar dan dirham sehinggalah sekarang.

Namun, sejarah telah berulang kali menunjukkan bahawa wang kertas menjadi alat untuk merampas kekayaan umat Islam dan ianya selalu gagal.

Di dalam undang-undang Islam, penggunaan wang kertas yang bersifat "Surat janji hutang" tidak boleh digunakan sebagai media pertukaran.

sumber: publicdinar.com

Berita Mengenai Emas Public Gold

Ok kat sini anda boleh lihat sendiri berita-berita mengenai Public Gold







Bagaimana Nak Mula?

Hai semua..

ok disebabkan ramai yang call saya tanya macam mana nak mula?macam mana nak beli emas ni? so x jadi masalah..kat sini saya nak cerita sikit..

Sebenarnya senang saja..seperti yang anda smua maklum..harga emas ni sentiasa dalam trend menaik..walaupun ada kala harga jatuh adakala harga naik..tapi secara keseluruhannya..harga emas tetap dalam trend menaik..
cuba tengok graf kat bawah ni..untuk jangka masa 10 tahun..



semua ni anda buleh rujuk dekat website http://www.kitco.com

ok..dah tengok? ok sekarang pulak..saya nak bagi tau macam mana nak mula?

anda semua buleh la rujuk web ni www.publicdinar.com untuk emas dinar, tak pun kalau ade yang berminat nak simpan emas bar (jongkong)bleh la rujuk www.publicgold.com.my

Harga terkini bagi Emas Public Gold, adalah seperti jadual dibawah.



yang kat bawah ni pulak harga terkini Emas Public Dinar


sebenarnya ramai juga yang tanya apa beza Emas Public Dinar(PD) dan Emas Public Gold(PG). PD dan PG adalah dibawah keluaran syarikat yang sama iatitu dari syarikat Public Fine Gold International Sdn Bhd atau lebih dikenali sebagai Public Gold.

Beza emas PG dan emas PD adalah ketulenannya

emas PG ketulenannya adalah 999 atau kalau bahasa kampung tu emas 10, terdapat dalam bentuk;

  • 20 gram
  • 50 gram (bentuk Bar)
  • 50 gram (bentuk syiling/coin)
  • 100 gram
  • 1 kilogram
emas PD ketulenannya adalah 916, terdapat dalam bentuk;

  • 1 Dinar
  • 5 Dinar
  • 10 Dinar


hurmm..emas bar dan emas dinar adalah seperti gambar di bawah ni..



lepas dah cek harga kat web public dinar atau public gold tadi...
so bleh la call saya 012-5853035 (amir) x pun ym saya kat pharmacist_usm (24jam online) untuk lock harga tu.. sebab kalau x lock takut harga tu naik pulak bila nak beli nanti..

kawasan2 yang boleh buat tempahan kat saya :

1. pulau pinang
2. perlis
3. kedah
4. Perak ( Ipoh dan kawasan2 dekat2 ipoh je)

so jangan tunggu lama-lama..lock price sekarang..harga naik ke harga turun ke..anda pasti x rugi..nak tau kenapa?nanti saya ajar caranya ok ;)

ingat BELI EMAS, PASTIKAN ANDA DAPAT EMAS ..ini la pelaburan yang sebenar..

Pengenalan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua..

Alhamdulillah..berkat dorongan pokli dan rakan2 lain, tercipta juga blog ni..

Sebagai permulaan, saya akan ceritakan serba sedikit hal berkaitan emas fizikal iaitu emas dinar & emas jongkong (gold coin & gold bar)

Contoh-contoh emas 1 dinar, 5 Dinar dan 10 Dinar;





Contoh-contoh emas 20gram, 50 gram dan 100gram;



Kegunaan emas dinar (Gold coin) / Emas Bar (Gold Bar)



Mungkin kita masih tertanya-tanya mengapa perlu simpan emas-emas ini? Sebenarnya terlalu banyak kegunaan emas-emas ini. Antaranya seperti berikut;

Simpanan

Masih ramai diantara kita yang tidak mengetahui akan keistimewaan emas dinar ni. Sebenarnya, simpanan dalam bentuk dinar adalah simpanan yang saya rasakan terbaik. Nak tau kenapa? Sebagai contoh,mungkin ada diantara kita yang nak pergi mengerjakan umrah.

Katakan pakej nak mengerjakan umrah = RM5000.00

Mungkin ada diantara kita yang menabung dan telah menetapkan target. Sampai 1 masa, simpanan kita pasti cukup RM 5000. Tapi cuba bayangkan, dengan peningkatan harga minyak yang tidak menentu ini, pakej umrah yang asalnya RM5000 tadi pasti akan meningkat juga, jadi terpaksalah kita tangguhkan sementara niat untuk mengerjakan umrah sebab apa?sebab kena simpan duit lagi..still x cukup.

Tapi, dengan emas Dinar, yang harga nya dalam trend menaik, pasti tiada masalah untuk kita meneruskan niat suci kita itu. InsyaAllah!

Macam mana nak buat? dengan penyimpanan 1 bulan 1 dinar atau mungkin 2 bulan 1 dinar..impian anda untuk mengerjakan umrah insyaAllah akan tercapai..

umrah = 10 dinar
haji = 20 dinar



Hantaran Kahwin

sumber : pokli.com

Pasti ramai yang x terfikir bahawa, emas dinar juga boleh dijadikan sebagai hantaran kahwin. Jadi bagi kawan-kawan kita yang nak kawin tu..inilah masanya..kumpul lah emas dinar dari sekarang :)Cukup saja 15-20 Dinar..hah dah boleh buat hantaran.. hihi



Pembayaran Zakat

Zakat merupakan kewajiban bagi umat islam yang telah memiliki harta dengan nisab dan waktu tertentu. Salah satu zakat yang diwajibkan bagi kaum muslim adalah zakat maal atau zakat harta. Nisab zakat harta adalah 20 dinar emas (85 gram emas 22 karat) zakatnya adalah 1/2 dinar (2.5%). Dan emas tersebut telah dimiliki dalam waktu satu tahun.

Firman Allah s.w.t.





Maksudnya

"Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat) supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk)." - Surah At Taubah (103).

Pelaburan (Investment)

Graf Emas sejak 10 tahun



Graf Emas sejak 5 tahun


Graf Emas sejak 6 Bulan




hurm..emas sebagai pelaburan? boleh ke? ha..sebenarnya..sebelum saya kenal dengan dinar emas ni saya pun tak berapa tau pasal benda ni..tapi ini lah sebenarnya cara terbaik untuk anda melabur..

tengok saja la nilai emas(dollar) per auns..saban tahun nilai emas pasti naik..memang bes betul.. sekarang saya melabur dengan mengumpul dinar-dinar emas keluaran Public Gold(PG) iaitu Public Dinar..bagus juga emas dinar keluaran PG ni..
sebab margin dia pun x jauh beza lebih kurang 5-6% saja.

kalau lihat contoh yang saya ambil pada 23/1/2010 seperti dibawah;

Harga Emas Dinar (Public Dinar)


kita dapat lihat bahawa harga jualan/belian sebagai contoh bagi 1 dinar

jualan : RM 545
belian : RM 512

iaitu perbezaan(margin) sebanyak : 6.06%

Atau, bagi pengumpul Emas Bar pula, nilai emas adalah seperti berikut

Harga Emas Public Gold




yang menariknya, harga emas ini sentiasa dikemaskini bagi setiap 20 minit mengikut harga pasaran antarabangsa.
sumber: www.publicgold.com.my & www.publicdinar.com.my

Hadiah

haa..selain tu emas-emas ini juga boleh digunakan untuk diberikan sebagai hadiah.. ;)
 

About Me

My photo
Untuk maklumat/info free mengenai emas. Anda hanya perlu sms@call saya 0125853035. Atau tinggalkan sebarang bentuk soalan di ruangan sembang(chat). Saya akan cuba reply secepat yang mungkin. Semoga kita semua beroleh kejayaan..
Inspirasi Emas Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template