Lebih mahal disimpan lama

Assalamualaikum...

Seperti biasa, saban hari semakin ramai yang tahu bahawa emas adalah pelaburan terbaik..Media massa juga memainkan peranan penting dalam hal ini. Hampir setiap hari kita disajikan dengan berita-berita mengenai emas didada akhbar. Kali ini, artikel yang ditulis oleh Aqmar Alladad dari akhbar kosmo juga agak menarik. Jadi, jom sambil bersantai, kita baca artikel tersebut..

Oleh AQMAR ALLADAD
aqmar.alladad@kosmo.com.my



DI SEBALIK bangunan tiga tingkat yang terletak di Bandar Sunway, Petaling Jaya sebenarnya tersimpan ragam kesibukan aktiviti jual beli emas.
Menariknya, situasi itu bukannya menyaksikan jual beli barang kemas seperti gelang tangan, rantai atau anting-anting.
Sebaliknya, mereka menjalankan proses mendapatkan kepingan kilauan emas tulen berharga.
Bagaimanapun, premis yang terletak di tingkat tiga itu tidak sewenang-wenangnya dikunjungi. Anda perlu membuat temu janji khas dengan kaki tangan Public Gold supaya pagar besi utama akan dibuka.
"Sebagai langkah keselamatan, tempat kami mempunyai pengawasan yang ketat. Mereka yang ingin mendapatkan kepingan emas perlu berhadapan dengan tiga rintangan pagar besi yang dibuka secara automatik.
"Di Public Gold, mereka boleh melihat skrin paparan harga emas dunia sebagai petunjuk untuk membeli atau menjual," terang Eksekutif Pemasaran Public Fine Gold International Sdn. Bhd., Wilson Tan.
Bercerita mengenai kehebatan emas, masyarakat masa kini mula membuka minda untuk membuat pelaburan baru. Tidak lagi memfokuskan kepada penyimpanan wang semata-mata, trend pembelian kepingan emas kian popular dan mendapat sambutan.
Bahkan segelintir bakal pengantin turut memilih dinar emas sebagai hantaran mas kahwin kerana barangan berharga itu merupakan komoditi yang mempunyai nilai yang tinggi.
Meskipun tertanam beribu-ribu tahun, emas tetap berkilau dan merupakan aset paling bernilai. Emas boleh dibeli sama ada dalam bentuk syiling atau keping dari bank-bank perdagangan.
Selain itu, perbezaan yang dinilai di antara pelaburan ketulan emas dan barang kemas ialah dari segi tawaran peratusan.
"Emas keping dan emas syiling lebih tinggi nilainya iaitu 999.9 peratus berbanding emas yang telah dilebur untuk dijadikan barang kemas pula 91.6 peratus," beritahunya.
KETULENAN emas boleh diuji sebelum bersetuju untuk membeli.


Sementara itu, Pengedar Utama Public Gold, Syukor Hashim menjelaskan, Public Gold yang mendapat kelulusan dari Bank Negara menawarkan perkhidmatan jual beli emas 999.9 atau 24 karat untuk pelaburan yang selamat dan murah.
Dari segi kiraan nilai pula, Public Gold menawarkan empat produk kepingan emas 20 gram (g), 50 g, 100 g dan satu kilogram (kg).
"Harga yang dinyatakan setiap gram adalah dalam ringgit. Harganya juga sentiasa berubah-ubah, jadi mereka yang berminat lazimnya akan sentiasa memantau harga dunia.
"Orang ramai diberi kebebasan untuk membeli seberapa banyak ketulan emas bergantung kepada kemampuan masing-masing," terangnya.
Menceritakan pengalamannya menjalankan jual beli emas sepenuh masa, Syukor mendapat pendedahan awal menerusi program The Truth Revealed: Dinar and Dirham The Real True Money sejak dua tahun lalu.
Konsep kekayaan
Bermula dari situ, dia mula mengerti mengenai konsep wang dan kekayaan sebenar. Syukur banyak membuat kajian melalui pembacaan dan rujukan.
"Saya menyedari bahawa kekayaan yang sebenar bukanlah terletak pada wang kertas. Tetapi emas, perak, hartanah, ternakan dan tanam-tanaman.
"Wang kertas boleh dimanipulasikan dan boleh dicetak sebanyak mungkin sekali gus nilainya akan hilang," terangnya bersungguh-sungguh.
Bagi salah seorang kakitangan swasta, Ahmad Fithrie Ahmad Tajalie, 31, pelaburan pertama yang dikeluarkannya tahun lalu sejumlah RM38,000 untuk memiliki beberapa ketulan emas peribadi.
Disebabkan emas mempunyai nilai tinggi, dia lebih berminat untuk menambah koleksi ketulan emas untuk simpanan masa hadapan.
"Kepuasan memiliki dan menyentuh sendiri ketulan emas memang tidak dapat digambarkan. Itu yang membuatkan saya lebih berminat untuk mengumpulnya.
"Petuanya ialah bila sudah beli emas, simpan sahaja emas itu tetapi bila memerlukan dana kewangan barulah ia dijual. Lebih bagus jika ia dijual ketika harganya tinggi. Semakin lama emas itu disimpan, harganya juga semakin mahal," jelasnya.
EMAS Public Gold memaparkan cap mohor syarikat terbabit.


Seperti yang diperuntukkan oleh hukum syarak, mas kahwin merupakan pemberian wajib daripada seorang lelaki kepada bakal isterinya. Ia boleh dibayar dalam pelbagai kaedah dan apa jua bentuk mengikut kesesuaian dan kemampuan pasangan terbabit.
Lazimannya mas kahwin disempurnakan dengan wang ringgit, senaskah Al-Quran, cincin atau gelang tangan. Namun, kini syiling dinar emas telah mendapat sambutan menggalakkan sebagai mas kahwin untuk majlis perkahwinan.
Barangkali sudah tiba masanya masyarakat menerima persetujuan menggunakan dinar emas sebagai mas kahwin memandangkan ia mempunyai nilai sentimental dan intrinsik yang kukuh.
Mas kahwin
Dinar emas sebagai mas kahwin sememangnya sesuai kerana ukiran kalimah syahadah dan cetakan ayat suci al-Quran secara simboliknya melambangkan ketinggian nilai kehidupan manusia berasaskan agama.
Pasangan yang telah mendirikan rumah tangga pada bulan September tahun lalu, Wan Azmir Wan Mohamad dan Nadiah Abd. Rahman turut menggunakan dinar emas sebagai mas kahwin mereka.
Masing-masing yang berusia 27 tahun menyifatkan, keputusan untuk menggunakan dinar emas kerana ingin mengembalikan tradisi masyarakat Islam yang sekian lama ditinggalkan.
"Pengetahuan penggunaan dinar emas ini dibuat setelah saya membuat sedikit rujukan pembacaan mengenainya. Dari situ saya dapati dinar emas mempunyai nilai yang semakin meningkat.
"Malah bentuknya yang cukup unik dan dinar emas juga cantik untuk disimpan. Berbeza dengan wang simpanan wang, ia mungkin tidak akan kekal lama," jelas Wan Azmir Wan Mohamad yang menyempurnakan mas kahwinnya dengan sekeping syiling dinar emas seberat 4.25 gram (22 karat) bernilai RM502 (kini bernilai RM570 tertakluk pada harga semasa).


NADIAH menerima hantaran mas kahwin dinar emas daripada suaminya, Wan Azmir.

Sementara itu, pakar ekonomi, Datuk Mohd. Salleh Abdul Majid berkata, dinar emas digunakan sebagai alat pertukaran mata wang paling selamat sekiranya berlaku ketidakstabilan politik dan pasaran. Dinar emas mempunyai nilai yang tetap dan boleh dijadikan simpanan tanpa memikirkan kehilangan nilai dan kuasa beli seperti wang kertas.
Pelaksanaan secara konkrit dengan susulan cadangan yang lebih serius perlu dijalankan supaya negara dapat menggunakan dinar emas dengan lebih menyeluruh.
"Skop penggunaan dinar emas sebenarnya amat luas kerana ada yang gemar menjadikan dinar emas sebagai koleksi aset yang kalis inflasi. Dinar emas berbentuk syiling juga sebagai medium pertukaran yang sah. Tetapi sejauh manakah masyarakat kita berminat menggunakannya seperti yang disarankan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad," katanya ketika dihubungi Kosmo!.

Berita Ringkas - Seminar Perniagaan Emas - Updated 27.07.10

Assalamualaikum semua,


Atas permintaan ramai, sekali lagi, Public Gold akan mengadakan seminar perniagaan Emas. Bagi mereka yang tak dapat hadir pada seminar yang dianjurkan oleh Public Gold minggu lepas..
Jadi boleh la ambil peluang ni terutamanya penduduk2 Selatan tanah air!



Selasa (Hari ini!!!)
Tarikh           : 27-07-2010
Jam               :8.30pm – 10.30pm
Seminar        : Terbuka kepada orang ramai & Agen-agen

Lokasi          :Johor Bahru
                       JA Residence Hotel
Penceramah :Encik.Syukor


Training untuk Agen
Rabu
Tarikh                   :28-07-2010
Masa                     :8.30pm – 10.30pm
Lokasi                    :Johor Bahru, Hotel Seri Malaysia
Penceramah           :Encik Syukor

New Dealer Orientation
Sabtu
Tarikh                       :31-07-2010
Masa                         :2.00pm – 5.00pm
Lokasi                       :Bandar Sunway, Public Gold Office
Penceramah              : Mr. Louis Ng


Bagi yang berminat untuk hadiri seminar tersebut boleh lah hubungi saya 012-5853035. Hanya perlu sms nama penuh dan no telefon anda.

Anda juga boleh menghubungi agen saya di Johor, En Asmawee  013-7674397 @ 012-7874247
 




Sekian, Assalamualaikum..

Urus niaga guna emas cegah susut nilai mata wang


Najib Tun Razak menerima dinar syiling daripada Dr. Shamshudeen Yunus selepas majlis sambutan kejayaan penyenaraian syarikat Malaysia IGDX Holdings Ltd. di Bursa Saham Australia di Kuala Lumpur, semalam. – Bernama.


KUALA LUMPUR 14 Feb. – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, platform urus niaga syariah yang membolehkan emas digunakan dalam urus niaga akan dapat mencegah susut nilai dan penyusutan nilai mata wang.
Timbalan Perdana Menteri berkata, penggunaan dinar emas dan dirham perak boleh menjadi pendekatan alternatif untuk merancang pengurusan kekayaan.
“Tidak seperti mata wang konvensional yang berdepan dengan inflasi berterusan, nilai emas adalah stabil dan ia merupakan kaedah berkesan untuk melindungi kekayaan daripada inflasi dan krisis kewangan atau mata wang,’’ ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis sambutan kejayaan penyenaraian syarikat Malaysia, IGDX Holdings Ltd. di Bursa Saham Australia pada 9 Februari lalu, di sini hari ini.
Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan Ketua Pegawai Eksekutif IGDX Holdings Ltd., Datuk Dr. Shamshudeen Yunus.
IGDX Holdings Ltd. menjadi peserta penting dalam dunia perdagangan emas global apabila berjaya menyenaraikan landasan perdagangan emas antarabangsa gold for gold di Bursa Saham Australia (ASX).
Menurut Najib, sejajar dengan konsep Islam Hadhari, kemunculan dinar emas Islam pada era moden ini oleh syarikat tersebut telah mengimbas kembali legasi urus niaga Islam yang holistik.
Timbalan Perdana Menteri berkata, dinar emas Islam yang mempunyai sejarah 1,500 tahun lampau adalah satu nilai komoditi yang perlu dimiliki.
Tambah beliau, kejayaan syarikat IGDX ini perlu dicontohi oleh syarikat-syarikat lain kerana berjaya disenaraikan di luar negara.
“Kita mesti mempunyai wawasan, keberanian untuk berjaya di peringkat antarabangsa.
“Ini akan meletakkan Malaysia di peta dunia, sekali gus menjadi syarikat yang boleh dibanggakan oleh negara dan rakyat,’’ katanya.
Najib seterusnya berkata, kilang syarikat tersebut di Pulau Pinang yang merupakan kilang termaju dalam industri tersebut, boleh menghasilkan ketulenan ketulan emas pada tahap 999.
Syarikat tersebut, katanya, berhasrat meningkatkan lagi kemudahan kilangnya untuk mencapai tahap ketulenan ketulan emas pada kadar 999.9.
Katanya, IGDX juga berhasrat meluaskan pelaburan di lombong-lombong emas dan teknologi perlombongan emas.
‘’Inilah kejayaan glokal yang kita mahukan. Saya percaya kumpulan syarikat IGDX boleh menjadi contoh kepada syarikat senaraian tempatan untuk pergi ke peringkat antarabangsa,’’ katanya.
Oleh FAUZI JAAFAR
 sumber: Utusan Online

Tak cukup duit nak beli emas? Kami ada penyelesaiannya...

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, sejak akhir2 ni..semakin ramai yang mula sedar akan kebaikan menyimpan EMAS.
Syukur sangat2..Tapi kenapa pulak saya nak rasa bersyukur?? Saya bersyukur sebab anda semua mula kenal apa itu EMAS. 

Saya mahu, kita bersama2 KAYA dengan EMAS..sebab emaslah nilai kekayaan sebenar..
Emas memang dah dijanjikan Allah suatu logam yang sangat berharga..sampai bila2..hinggakan syurga juga dihiasi dengan  EMAS dan perak.

Sejak jadi tokei EMAS ni, ramai yang cakap saya KAYA..tapi kenapa?sebab apa?sebabnya..Semua orang tau..EMAS tu sangat MAHAL..sngat berNILAI...inilah yang dinamakan keKAYAan sebenar..

Tapi kalau tanya saya ade CASH tak?haha..terus terang saya cakap saya tak banyak simpan CASH..
tapi kalau saya betul2 memerlukan CASH..anytime saja..saya boleh jual emas emas saya tu..
tak pun boleh PAJAK je kat ar-rahnu..

Jadi pendek kata, Kalau anda ada EMAS = Anda berDUIT

Cerita tentang pengalaman saya..

Saya mula menyimpan dengan 1 Bulan 1 dinar..
masa tu 1 Dinar baru RM497 (Sept 2009)..tapi sebenarnya agak sedih jugak la..saya mula kenal emas ni lewat sikit..kawan saya En Hizwan yang mula kenalkan saya dengan emas ni..masa dia beli emas 1 Dinar bulan Jun-Julai 2009 masa tu baru RM460++ Tapi takpe..saya tetap terus menyimpan 1 Bulan 1 Dinar (walaupun pada hakikatnya hati saya dah rasa macam mahal sangat Emas yang saya beli masa tu) tapi syukur Alhamdulillah..EMAS ni..berapa saja nilai dia..orang tetap akan kata mahal..betul tak?tak penah orang kata..MURAHHHHNYEEEEEE harga emas..ehhehe melainkan tokei2 emas je akan cakap camtu.. :)

Jadi bagi mereka yang nak menyimpan emas..saya cadangkan mulakan menyimpan emas dengan 1 bulan 1 Dinar..


Kalau x mampu juga..ada 1 lagi cara..iaitu dengan 4 bulan 1 dinar..
Jom kita baca artikel dibawah..artikel ni saya petik dari sahabat emas saya En Fithrie admin bijakemas.com :) jom sama2 kita  baca..


Salam daripada Bijak Emas,


Ketika artikel ini dihasilkan harga emas dunia telah naik tinggi dengan harga sekarang pada paras USD1214.70/oz. WOW! Amat tinggi berbanding minggu lepas [Rujuk www.kitco.com]. Ramai yang mengikuti nasihat supaya memborong emas pada minggu lepas. Dan telah ramai yang telah pun membeli. Namun, harga emas dijangka akan terus melonjak dan menuju ke puncak. Ianya akan pergi lebih jauh lagi. Kepada yang belum lagi memiliki emas anda, adalah elok untuk memulakan simpanan anda dalam bentuk emas sekarang.


Hmmm...ramai yang merungut tidak dapat membeli emas kerana dikatakan harganya yang mahal. Ya! Memang harga emas mahal, tahun lepas pun harganya mahal, malah tahun-tahun terdahulu pun orang ramai mengatakan harga emas mahal. Tahukah anda bahawa emas telah mengekalkan kuasa membeli sejak beribu-ribu tahun dahulu dan hingga sekarang kuasa membeli emas tetap sama. Adalah beruntung orang yang menyimpan emas kerana dapat melindungi kekayaan dan nilai wang yang anda simpan.


Jadi, apa yang anda boleh lakukan untuk memiliki emas Public Gold daripada Bijak Emas? Saya ingin mewar-warkan kepada anda bahawa Public Gold ada menyediakan satu kaedah membeli emas yang amat mudah iaitu Program Pembayaran Mudah atau Easy Payment Program (EPP).


Program ini amat mudah. Anda cuma perlu akad (lock) harga emas yang anda ingin miliki [klik sini], membuat pembayaran selama 4 kali (bulan) dan setelah selesai membuat bayaran pada bukan ke-4, anda akan memperolehi emas tersebut.  Caj pentadbiran akan dikenakan sekali sahaja sebanyak 0.5% daripada jumlah pembelian anda.


Saya akan tunjukkan ilustrasi kepada anda seperti dibawah:-


Contoh 1
Pelanggan A membeli Public Dinar 1 dinar pada 13/7/2010 jam 11 malam. Pada waktu itu 1 dinar berharga RM584.00 Beliau ingin membuat pembelian secara EPP.


Pengiraan:
RM584.00/4 [EPP hanya membenarkan ansuran sebanyak 4 kali (bulan) sahaja] = RM146.00
Caj Pentadbiran = RM584.00 x 0.5% = RM2.92
Setiap bulan Pelanggan A perlu membayar kepada Bijak Emas RM146.00 selama 4 bulan.
Nota: Caj Pentadbiran perlu dibayar semasa pembayaran pertama.


Perhatikan gambar di bawah sebagai rujukan.




Pelanggan A akan memperolehi 1 dinar beliau selepas tarikh akhir pembayaran. Dalam contoh ini selepas bayaran akhir pada 13 Oktober 2010.
Contoh 2
Pelanggan B membeli jongkong Public Gold 20g pada 13/7/2010 jam 11 malam. Harga semasa pada waktu itu ialah RM2824.00. (Pembeli berada di Pulau Pinang, jadi kos pengangkutan dikecualikan). Pembeli membuat pilihan EPP sebagai bayaran.
Pengiraan:
RM2824.00/4 [EPP hanya membenarkan ansuran sebanyak 4 kali (bulan) sahaja] = RM706.00
Caj Pentadbiran = RM2824.00 x 0.5% = RM14.12
Setiap bulan Pelanggan A perlu membayar kepada Bijak Emas RM706.00 selama 4 bulan.
Nota: Caj Pentadbiran perlu dibayar semasa pembayaran pertama.
Perhatikan gambar di bawah sebagai rujukan.



Pelanggan B akan memperolehi jongkong emas 20g beliau selepas tarikh akhir pembayaran. Dalam contoh ini selepas bayaran akhir pada 13 Oktober 2010. 
Bukankah mudah? Ini adalah salah satu kaedah yang ditawarkan oleh Public Gold kepada bakal pelanggan-pelanggan mereka. Oh ya! Anda juga boleh melangsaikan bayaran EPP jika anda mempunyai cukup wang sebelum tamat tempoh perjanjian EPP. Dan anda akan mendapat emas anda lebih awal daripada tarikh ditetapkan.
Kesimpulannya, kepada yang berminat untuk memiliki emas keluaran Public Gold dan ingin menggunakan EPP, bolehlah menghubungi saya ataupun ejen-ejen Bijak Emas yang berhampiran dengan anda. Ingat! Menyimpan emas menjamin masa depan anda. 

So macam mana? Kami sentiasa akan membantu anda..kami cuba yang terbaik untuk membantu anda supaya simpan EMAS..suatu hari nanti anda pasti cakap

"Mujurla aku simpan emas 2-3 tahun dulu..sekarang nilai emas yang aku ade dah melebihi harga yang aku beli dulu..."

Kenapa saya begitu yakin? Sebab semua tu saya dah alami..ehehhe..so sama2 la kita kongsi ilmu ni..

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi saya di 012-5853035 (Amir) atau emelkan saja sebarang bentuk soalan anda ke inspirasiemas@gmail.com atau mana2 agen saya..


Kami di Inspirasi Emas sedia membantu anda :)

Seminar Perniagaan Emas

Assalamualaikum semua,
Kali ni ada lagi seminar..hampir setiap minggu ade je seminar..smua nya khas untuk anda semua..
Seminar ni bagus untuk anda yang berminat nak tau pasal emas..pergi je,.masuk percuma..tak semestinya bila pergi dengan seminar ni bermaksud anda WAJIB jadi agen..tak semestinya..
Pergi dengar..kalau minat beli je emas..kalau x minat..xpayah la beli..setidak2 nya bertambah sket ilmu tentang emas ni..betul tak?
Ok kat bawah ni ade beberapa seminar yang mungkin anda boleh attend..


Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold (KL)
Tarikh: 18 Julai 2010 – Ahad
Tempat: Public Gold office, Bandar Sunway
Masa: 10 pagi – 11.30 pagi
Bayaran: FREE
Alamat dan peta lokasi: klik sini

Training untuk agen Public Gold
Tarikh: 25 Julai 2010 – Ahad
Tempat: Public Gold office, Bandar Sunway
Masa: 10 pagi – 1 tengahari
Bayaran: FREE


Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold (JB)
Tarikh: 27 Julai 2010 – Selasa
Tempat: Hotel Seri Malaysia, JB
Masa: 8.30 malam – 10.30 malam
Bayaran: FREE

Training untuk agen Public Gold (Johor)
Tarikh: 28 Julai 2010 – Rabu
Tempat: Hotel Seri Malaysia
Masa: 10 pagi – 1 tengahari
Bayaran: FREE

sumber: jutawanemas.com

Jadi, kepada anda yang berminat untuk hadiri seminar tersebut..boleh la sms nama penuh dan no contact anda kepada saya, Amir 012-5853035..
Sekian, Assalamualaikum..

Kenapa Perlu Simpan Emas?

Assalamualaikum semua,

Setelah sekian lama menyepi..akhirnya harini timbul rasa nak cerita sikit sebanyak mengenai kelebihan emas...

KENAPA EMAS???

Bila bercakap tentang emas, ramai yang terfikirkan...

PJBG003002 Bangle

"owh emas..emas ni untuk perhiasan perempuan je..aku ni lelaki..jadi tak payah la nak ambil tau.."

Bagi situasi diatas, amatlah rugi kalau masih ada yang berfikir seperti itu. 
Kenapa? Mungkin ada yang fikir, emas ni hanyalah untuk perhiasan semata-mata.Tapi disebalik keindahan emas sebagai perhiasan, tersembunyi suatu nilai yang sangat berharga. 

Ramai yang sedar dan tahu bahawa emas adalah sejenis logam yang sangat bernilai. Namun tahap kesedaran kita terhadap perkara tersebut tidak dipergunakan oleh kita sepenuhnya atau lebih tepat lagi kalau saya katakan, kita taktau yang emas ni boleh dijadikan sebagai salah satu PASSIVE INCOME.

Kenapa PASSIVE INCOME??
Pasif ni maksudnya tak aktif..ataupun bahasa kampung dok senyap2 atau lebih tepat lagi..tak buat apa2 tapi duit masuk..macam mana tu?

Ceritanya lebih kurang macam ni la..
Katakan kita beli emas tahun lepas lebih kurang RM128/gram..
tapi lepas setahun, skrg ni harga emas lebih kurang RM140/gram

Disitu kita da dpt untung lebih kurang RM12/gram..

Kita memang dah sedia maklum, harga emas memang dok naik..walaupun adakala nya turun..tapi walaupun kadang2 turun..harga emas tetap dalam trend MENAIK..tak percaya?jom kita tengok graf kat bawah ni..








Graf kat atas tu, saya amik contoh untuk 5 tahun je..anda boleh la tengok sendiri..kejap naik kejap turun..tapi secara keseluruhannya..NAIK kan?? :)

Jadi, disini la yang saya maksudkan sebagai PASSIVE INCOME.. kita beli emas je..pastu simpan..
Lepas tu, emas yang kita beli tu naik harga..tak payah buat ape ape pun..BEST tak?hehe..

Tapi betul ke boleh menjana income?Macam mana tu? Kalau bukan barang perhiasan, emas ape lagi yang saya boleh beli?



Di Malaysia ni macam-macam jenis emas ade..

Jom kita bincang beberapa contoh emas-emas tersebut.


i) Barang Kemas
PJPE002003A Pendant & Earring Set
Kebaikan: 
tapi emas ni boleh pakai la (wanita)
Kelemahan: 
Utk barang kemas, memang paling sesuai untuk perhiasan wanita tapi kalau nak buat sebagai pelaburan tu agak makan masa la sikit..
-Kalau nak tolak barang kemas tu kat kedai, kedai emas mungkin ambil balik dengan harga 15-40%(bergantung kepada kedai emas tu) lebih murah dari harga yang mereka jual.




ii) Kijang Emas
Kijang Emas RM200
Kebaikan:
Emas ni cantik, design dia lawa..ade gambar kijang..comel je tengok..
harga semasa boleh dipantau secara online
kalau jual balik : beza harga 4-7% dari harga belian semasa
Kelemahan:
walaupun boleh dipantau secara online, harga x boleh lock
hanya boleh dibeli di bank2 tertentu
calar jatuh harga 


iii)Public Gold & Public Dinar
kebaikan :
Paling kecik 1 dinar, 4.25g (Au 916) , sekitar RM570-600 (affordable)
calar kemek bengkok patah masih diterima janji berat maintain
boleh pantau dan lock harga secara online atau telefon (24jam)
boleh beli melalui agen di seluruh malaysia 
jual balik : 5-7% lebih murah dari harga belian semasa 
Kelemahan:
taktau apa nak tulis..hehe
boleh emelkan kat saya tak pun tulis kat bahagian komen ok..
kita kongsi bersama.. :)


Jadi, beli aje la ape2 jenis emas pon..asalkan anda simpan EMAS..
Tapi, kalau tanya saya, saya lebih nasihatkan untuk beli emas dalam bentuk jongkong atau syiling..sebabnya spread lebih rendah (4-7%) tak macam barang kemas..yang mana lebih kurang 15-40%. 
Rancanglah masa depan ekonomi sendiri dengan baik :)


ingat!!!
Percaya tak kalau saya cakap anda beli emas anda BIJAK ??(pinjam ayat bijakemas.com hehe)


Saya selalu cakap kat kawan2..


EMAS = ASET = DUIT


jadi, kalau ade EMAS maksudnya anda dah ade ASET. Bila dah ade ASET, anda sebenarnya secara x langsung berDUIT


kalau kita terdesak sangat nak guna duit, tolak je la EMAS tu..dapat jugak duiit..tak pun pajak je EMAS dapat jugak duiit..

jadi, beli emas ni macam satu saving = pasif income :)

haaaa..tu diaaa..formula matematik dah tu..hehehe

okla..semoga anda semua bijak menguruskan wang masing2..setidak-tidaknya..dengan membeli emas ni..anda tak beli benda2 yang mengarut..

JOM MENABUNG EMAS
View Image


sumber gambar: www.etiqa-takaful.com/

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, boleh call saya Amir @ 012-5853035 atau mana2 agen saya yang terdekat :)

Sekian, Assalamualaikum...

Pakej Percutian 4Hari 3 Malam di Bali....!!!



Promosi lagi....!!! Baru je lepas promosi bulan Jun lepas...kali ni, Public Gold sekali lagi, buat promosi yang perghhhh memang x tahan....sungguh mantap..

Dengan 4D3N Bali Go! Go! Gold!!!, mereka yang menjadi agen pada bulan ini, berhak untuk menyertai promosi yang menarik ini, Jom kita baca apakah syarat2 tersebut!!


4d3n-bali.jpg


Terms and conditions:
1.   Open for all NEW dealers signed up in July 2010 only (a full set of gold around RM 40,000 – according to market gold price).
2.   Drawing number is according to the Dealer’s Code.
3.   Drawing date will be on 10th August 2010.
4.   The winner will be notifying by our Business Development Executive and the name will be posted in Public Gold website.
5.   Sales can be accumulated.                       
6.   Introducer is entitled to get 2 pieces of 1 Dinar if his / her dealers win the prize.
7.   Not transferable or convertible to cash.
8.   The trip is included flight ticket for 2 persons, accommodation & RM 500 cash.
9.   Depart from Kuala Lumpur.
10. Departure date can be chosen by the winner (off peak season).
11. Any decision is subject to management approval.

huh, memang cukup menarik..jadi kepada anda yang masih berminat nak jadi agen/dealer..inilah masanya..sementara harga tengah rendah ini..Rebut lah peluang keEMASan ini..

Banyak kelebihan menjadi agen Public Gold..
hubungi kami di inspirasi emas untuk maklumat lanjut..

Inspirasi emas, sumber inspirasi anda.. :)




New Branches - Sg Petani, Kedah


Kini, Public Gold memperluaskan lagi empayarnya..kali ini, seperti yang dijanjikan Public Gold dengan bangganya membuka 1 lagi cawangannya di Sungai Petani, Kedah yang mana merupakan cawangan ke-6 yang telah mula beroperasi sejak 24 Jun 2010.

Jadi, bagi pelanggan-pelanggan setia Public Gold yang berada di utara semenanjung, kini x perlu lagi turun ke Penang, boleh terus pergi ke cawangan Sg Petani ni..

New branch in Sungai Petani!!!
spnewbranch.jpg


Address: No. 86B, 1st Floor,
Jalan Pengkalan,
Taman Pekan Baru,
08000 Sungai Petani, Kedah.
Tel: 04-4232999
Fax: 04-4228916


Bagi mereka yang xtau kat mana lokasi tersebut, ha boleh la tgk peta kat bawah ni,


spnewbranchmap.jpg


atau boleh juga contact Agen Public Gold yang bernaung dibawah rangkaian inspirasiemas, iaitu En Jalil . Anda semua boleh hubungi beliau di talian 013-4303160 atau bagi yang malu2 nak hubungi melalui telefon, boleh juga emelkan ke jrlilrahim@gmail.com hehehe..



Kenapa perlu beli dari Agen??
-banyak kelebihan yang anda akan dapat kalau beli dari agen-agen inspirasiemas.
antaranya;
  • Dapat info dan panduan dari kami dari masa ke semasa
  • Lebih mudah untuk berkomunikasi walaupun selepas waktu pejabat
  • dan banyak lagi..
Anda juga boleh hubungi mana-mana agen inspirasi emas terdekat diseluruh Malaysia..
Inspirasi emas, sumber inspirasi anda.. :)


Dealer Baru Inspirasi Emas - Sg. Petani

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah, semakin hari semakin ramai yang mula sedar akan kebaikan emas sebagai suatu pelaburan yang menguntungkan.

Sedar atau tidak, harga emas kini memang sungguh diluar jangkaan kita. Manakan tidak, trend naik turun harga emas lebih memihak kepada KENAIKAN harga emas tersebut.

Kalau 6 bulan lepas, kita seringkali menunggu harga emas supaya turun lebih rendah daripada USD1100 per ounce tapi kini, harga emas tersebut terus naik hingga memecah rekod dengan mencapai HARGA TERTINGGI iaitu USD1256.50 yang direkodkan oleh kitco.com





Ramai juga yang masih ternanti-nanti sampai sekarang..
"Bila la harga emas ni nak turun bawah daripada USD1200 per ounce"
Hurm,kalau dulu orang tunggu bila nak kurang dari USD1100 per ounce, tapi kini nak kena tunggu harga emas turun USD1200 per ounce..Hehe..jangan tunggu lama-lama..Lagi lama kita tunggu lagi tinggi la harga emas tu..Sebenarnya semua ni saya cakap melalui pengalaman saya sendiri..

Sahabat saya mula membeli emas 1 dinar ketika tu cuma RM460++ pada bulan Jun 2009, tapi masa tu saya buat tak kisah je..sebab saya x tau ape kelebihan emas ni..tapi bila saya sedar akan kelebihan emas, saya baru mula membeli 1 dinar emas pada harga RM497 pada bulan september 2009..Apa buleh buat..sebab saya pun dok tunggu harga emas turun tp makin tunggu makin mahal pulak..

Jadi langkah yang saya ambil, terus beli emas..naik turun sikit tu biasa la..yang penting kita kena faham konsep BELI EMAS NI ADALAH UNTUK PELABURAN JANGKA PANJANG..
jadi tak perlu risau kalau harga emas tiba2 rendah, atau tiba2 tinggi :)

Alhamdulillah sekali lagi, kini telah 9 bulan saya menyimpan emas,harga emas memang seperti yang dijangka, terus meningkat. 1 dinar yang saya beli dulu RM497 kini? RM590-RM610 sekeping. Wow!! tu baru sekeping 1 dinar..belum kira lagi emas gold bar dan dinar2 lain..Syukur sangat :)

Atas dorongan kenaikan harga emas tersebutla saya terus menjadi Agen Public Gold bermula Januari 2010 ;)Pilihan saya memang tepat! Niat saya yang asalnya nak beli emas pada harga murah sebagai simpanan(sebab jadi agen dpt komisen 1.5% untuk setiap emas yang dibeli) tapi saya secara x sengaja menjadi TOKEY EMAS. hehe

Untuk makluman, saya ni x pandai bercakap sangat malu nak menjual..tapi???Macam mana boleh jual begitu banyak?Kalau kena pada caranya, x perlu cakap banyak pon orang akan beli emas dengan kita :) Alhamdulillah rezeki..

Jadi, kepada mereka yang memang berminat nak tahu pasal emas, jangan tunggu lama-lama..boleh contact saya dan agent2 saya yang lain seperti Mr Bryan (KL), En Syam (Telupid, Sabah) & En Anuar (Sandakan)..masih ramai agen diperlukan diseluruh negeri.

Di sini saya nak memperkenalkan agen saya yang baru, En Jalil dari Sg Petani, Kedah.
Jadi kepada orang Kedah, boleh contact En Jalil. 


En Jalil memang sangat berpotensi membantu anda..Boleh add FaceBook En Jalil iaitu A Jalil A Rahim atau boleh contact terus En Jalil di 013-4303160 atau email soalan anda kepada jrlilrahim@gmail.com

Sekian,

Harga Emas Cipta REKOD lagi!!!!!????

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Amacam?Best tak tengok harga emas sekarang? Ape? sakit jantung? sakit hati? La..kenapa?heheh..OOooo nyesal sebab x beli awal2? Kalau camtu..beli je sekarang..
Dari dulu lagi orang kata..alamak..nyesalnye x beli awal2..sampai la sekarang..
Mana tak nya..semakin ditunggu semakin mahal lak harga emas ni..
Jadi, bila masa terbaik untuk beli emas ni? Hah..beli emas bila ade duit..

Kenapa saya cakap macam tu?Sebab saya x berani nak janji, dan x berani nak cakap..
kenapa jadi macam tu?Sebab harga emas ni tak boleh dikawal. Tak macam wang ringgit..

Harga emas memang ade turun naik..tapi bila nak turun kita tak pasti..yang pastinya harga emas mesti dalam trend menaik..

Jadi, kenapa perlu beli emas bila ade duit? 

Sebab emas ni adalah pelaburan jangka panjang..jadi, dalam masa singkat memang harga emas akan nampak macam turun naik..tapi walaupon graf dia turun naik, harga emas tetap dalam trend menaik..Jadi x rugi beli emas walaupun harga emas sekarang tengah mahal..

Tapi kenapa nak kena beli emas masa emas tengah mahal??
sebab macam saya cakap tadi..kita tak tau..sampai bila emas ni boleh dikatakan mahal..kalau 3 minggu lepa harga emas rm138/gram orang dah cakap mahal la..nak tunggu turun jadi RM130/gram..Ok, lepas tu..bila harga emas naik lagi..jadi RM 140/gram??ala..mahal lagi la..nak kena tunggu harga emas turun sket..jadi RM138/gram. tapi bila skrg??harga emas RM145/gram??ala..mahal lagi la...

haha..kalau camtu..memang kompem xkan beli emas punye..kenapa?sebab emas mmg kompem2 akan mahal..x penah orang kata murah..

Tak percaya?? ok..jom kita tengok graf kat bawah ni



Graf ni adalah dalam jangka masa 5 tahun iaitu sejak tahun 2005..Kalau dulu bulan Jun 2005, harga emas hanyalah USD419/Oz tapi sekarang? (masa tu pun orang dah kata mahal)..tapi hari ini? dah cipta satu lagi REKOD BARU harga emas..sebentar tadi dah cecah US Dollar 1260/Oz.Iaitu kenaikan sebanyak 200% dalam masa 5 tahun..jadi secara purata % kenaikan harga emas lebih kurang 40% setahun..wow!!

So sekarang ni baru orang nak mengaku, harga emas masa 5 tahun sudah murah la..nanti 5 thn akan datang mungkin orang akan kata..alahai..nyesalnye x beli emas masa RM140/gram ritu...atau nyesalnye x beli masa harga emas RM145/gram ritu..
Jadi, kita kena igt..kata kunci nya mudah..lagi lama emas disimpan, lagi nampak kesan kenaikkan harga emas.. :)

Jadi, kawan2 yang nak beli emas tu..boleh la call saya 012-5853035 tak pun boleh call agen2 saya yang lain macam Bryan kat KL, Sabah boleh call En Syam dan En Anuar..

Kalau anda berminat nak jadi agen juga..boleh call saya untuk tanye lebih lanjut...
jangan tunggu lama2..nanti lebih sakit jantung le..hehehe

Sekian, Assalamualaikum.. :)

Hari ini adalah harinya..

Assalamualaikum..

Penuliasan blog saya kali ini hanya ringkas saja..

Sebagai peringatan untuk seminar Emas bersama En Syukor admin@jutawanemas.com

  • Tarikh    : 18 Jun 2010
  • Masa     : 8.30pm-10.30pm
  • Tempat  : Bishop Street, Pulau Pinang (dekat Padang Kota)
  • Yuran    : PERCUMA
  • Peserta  : terbuka kepada semua..(tidak terhad kepada agen saje semua orang boleh datang)

Jom kita dengar dulu ceramah pasal emas..dapat ilmu dulu..bagi faham betul betul..kenapa EMAS? ;)

Sekian..Assalamualaikum..jumpa malam ni di sanaaaaaaaaaaaaaa... :)

Soalan yang selalu ditanya kepada Agen :)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar semua? Saya alhamdulillah, sehat walaupun ade demam demam sket sebab world cup 2010 ni..
Mana taknye..team saya sokong seri 1-1 dengan USA..Gol mudah pulak tu..haishh..hahaha

Ok ok..stop dulu citer pasal world cup ni..

Penulisan blog saya kali ni adalah nak terangkan secara ringkas apakah yang ada perlu buat lepas dah jadi Agen yang sah Public Gold.

 Saya pasti, mesti banyak soalan-soalan yang agen-agen terima termasuk saya sendiri. Antara bentuk soalan yang kerap kali diajukan lebih kurang macam kat bawah ni


  1.   "Saya jadi Agen, lepas tu saya kena cari orang bawah saya ke??"


  2. " Lepas saya beli emas abang ni, saya nak main macamana?"
     dan soalan yang agak hot sekali, soalan kat bawah ni..

  3. " Tak takut ke Bank Negara tahan sebab jual emas ni..?dah banyak company yang jual emas ni kena tutup"

ok, jom kita cuba selesaikan satu persatu persoalan di atas;
"Saya jadi Agen, lepas tu saya kena cari orang bawah saya ke??"

Bagi menjawab soalan diatas, sebenarnya, tujuan anda menjadi agen adalah untuk menjual produk tersebut disamping menambah pendapatan melalui komisen yang diberikan. Semakin banyak yang anda jual, maka semakin banyak la komisen yang anda terima. 
Public GOld tidak mengamalkan konsep seperti uptrend ke downtrend ke piramid ke ape lagi ek..hurmm downline upline haaa dan lain lain yang sekutu dengannya..hehe
(kalau rajin cuba baca ni artikel dari zaharuddin.net )

Apa yang dibuat adalah, anda sebagai agen hanya perlu menjual emas tersebut. Kalau taknak jual pon takpe, cuma xdapat la komisen. Tak perlu susah susah nak cari orang bawah. Sebab bukan semua orang kaya bukan semua orang mampu ade duit nak jadi agen.

Jadi untuk itu, tugas kita cuma jual emas. Ingat emas adalah suatu pelaburan jangka panjang..jadi, sambil anda berniaga dalam masa yang sama sebenarnya anda sedang malabur untuk jangka panjang.

Sebab tu tokei emas tak tutup kedai. Orang nak beli ke x nak beli ke harga emas tetap naik..Tak ke best macam tu??ehhe..

" Lepas saya beli emas abang ni, saya nak main macamana?"


hurm.. yang ni soalan paling bes..sebenarnya lepas dah beli emas ni, apa yang kita kena buat cuma simpan saja. Beli dan simpan. :) Bila agak2 nak guna duit, baru la jual balik emas tu..tapi kena ingat..Emas ni pelaburan jangka panjang..lagi lama simpan..lagi bernilai la emas tu..  :)

 " Tak takut ke Bank Negara tahan sebab jual emas ni..?dah banyak company yang jual emas ni kena tutup"

Sebenarnya, apa yang dipraktikkan oleh Public Gold adalah mudah. Konsep yang dijalankan sangat mudah iaitu sama macam kedai-kedai emas yang lain. Agen ni atau erti kata lain adalah Pengedar (Dealer) tapi awas..bukan pengedar dadah..cuma pengedar EMAS hehe..

Ok apa yang kedai emas buat? Kita pergi kedai emas sebab nak beli emas. Then kita akan pilih emas tu..lepas dah pilih kita pun buat pembayaran. Lepas dah buat pembayaran maka dapat la Emas tersebut. Maka BELI EMAS DAPAT EMAS

Ok Faham x?hehe macam ni, apa yang saya nak sampaikan disini, Public Gold pon mengamalkan konsep yang sama.Iaitu, kita cuma perlu masuk website Public Gold @ inspirasiemas ni..lepas tu pilih emas mana yang kita nak..lepas dah pilih boleh call Public Gold @ mana2 agen Public gold yang lain termasuk saya sendiri. Lepas tu, boleh buat payment direct kat Public gold atau mana2 agen. Lepas tu dapat la emas. Jadi konsepnye sama..BELI EMAS DAPAT EMAS


Konsep ini tak sama macam konsep yang diamalkan oleh company2 yang dah kena block oleh Bank Negara. Kebanyakkan dari mereka mengamalkan konsep beli emas tapi emas mereka simpan atau beli emas bulan bulan dapat dividen..mungkin anda semua boleh baca artikel2 yang saya penah post kan sebelum ni.


http://www.inspirasiemas.com/2010/02/kelirupelaburanskim-cepat-kaya.html


http://www.inspirasiemas.com/2010/03/skim-pelaburan-emas.html

http://www.inspirasiemas.com/2010/05/syarikat-dipercayai-ambil-deposit-haram.html

Saya cuma berharap, anda semua tidak tertipu dengan taktik jualan yang mengamalkan skim cepat kaya..biar lambat asal selamat.. :)

Jangan lupa, 18hb Jun 2010 ada sesi seminar di Bisop Street Pulau Pinang.
Untuk tempahan boleh sms nama penuh dan ic kepada saya 012-5853035
atau boleh baca artikel saya sebelum ni
http://www.inspirasiemas.com/2010/06/seminar-emas-datang-lagi.html

Bagi yang nak jadi agen, ade promosi bagi bulan JUN 2010, sila klik disini

Sekian saja, Assalamualaikum :)

PROMOSI BULAN JUN 2010 bakal berakhir..


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Harini dah masuk 14 Jun 2010..hurm nampaknya tinggal 16 hari saje lagi untuk PROMOSI menjadi agen tamat.

Apa promosi tersebut? mungkin masih ada diantara kita yang dah tau..tapi saya pasti masih ramai lagi yang x tahu dan masih ade jugak yang tengah pening-pening lagi NAK JADI ke TAK NAK JADI..betul tak?hehehe..

ok, kalau anda pernah terbaca artikel saya sebelum ini, saya penah cakap kalau nak jadi Agen sebelum ni adalah lebih kurang RM40k++
cuba tengok harga untuk jadi agen kat bawah ni..harga ni adalah pada tarikh 14 Jun 2010. 


Harga untuk menjadi agen adalah RM41,263.00 (bergantung kepada harga emas semasa; Kalau harga emas tengah naik jadi nak jadi Agen pon naik la harga dia..tapi kalau harga emas tengah turun..maka rendah la harga nak jadi agen)

Tinggi tak harga nak jadi Agen sekarang ni? 40k..tak semua orang mampu dan x smua orang ade RM40k tu..Jadi, sempena bulan Jun ni.. dengan suka citanya, Public Gold yang mendapat pengiktirafan The Malaysia book of Records


 membuat promosi yang HEBAT!!!
Nak jadi Agen kini cuma RM40,000 maafkan saya..kini cuma RM20,000 wow!!
Jadi, apa yang anda dapat dengan RM20ribu ni? Dapat apa lagi..dapat emas la..hihi
Tak bes ke?jadi agen RM20k tapi dapat emas pon nilai 20k..isk isk isk..takde caj tersembunyi..takde caj caj yang merapu-rapu..beli emas 20k dapat jadi Agen secara automatik..tapi malangnya..masa yang ditawarkan hanya sepanjang bulan JUN 2010

Jadi, tunggu apa lagi?? Inilah peluang anda untuk BERNIAGA sambil MELABUR

Untuk jadi Agen, anda smua bolehlah tengok-tengok harga emas kat bawah ni,
Lepas tu pilih sendiri..emas apa pun takpa asalkan cukup RM20k.

Harga emas 999


harga emas 916 pulak macam kat bawah nih...



Jadi..kepada mereka yang berminat nak jadi Agen boleh la emelkan soalan anda..
sebab saya akan cuba yang terbaik untuk guide dan bagi segala ilmu yg saya ada untuk sama2 berjaya ;) insyaAllah...

Tapi, bagi yang x cukup modal RM20k, jangan la rasa susah hati..mungkin masih belum ade rezeki kita..takpa, anda boleh juga beli EMAS.. x semestinya kena jadi agen dulu baru buleh beli emas..Cuma, kalau dapat jadi agen tu..macam saya cakap tadi, boleh la kita BERNIAGA sambil MELABUR. Modal kecik je dah jadi tokei emas..hihi.
 
tujuan ada agen2 tu supaya senang sket nak berurusan..mana la tau kot ade buyer di tempat2 anda yang nak beli..so boleh la saya pass buyer tu kat u all je..btul x? Contohnye, sekarang ni kalau ade buyer kat Perlis saya turun perlis..kalau ade buyer kat Kedah saya kena p kedah..tapi kalau anda semua kat sana??kan ke senang..suruh cari agen2 kat kawasan2 tu je senang..Pastu bleh dapat 1.5% untuk setiap emas yang kita jual. Kalau saya pas customer tu kat anda..so anda la dapat 1.5% tu.. :) bak kata sifu saya pokli..sharing is caring.. mungkin harini rezeki anda..esok2 rezeki saya pulak kan..


Banyak kelebihan bila jadi Agen ni, nak tau lebih lanjut boleh emelkan semua soalan anda kat saya di inspirasiemas@gmail.com.


Bagi yang ade facebook boleh la add saya Amir Firdaus atau ade yahoo mesengger pharmacist_usm

Jadi, kalau berminat nak jadi agen..emelkan je kat saya atau sms saya 012-5853035..


Ok..sampai disini dulu...Assalamualaikum..
 

About Me

My photo
Untuk maklumat/info free mengenai emas. Anda hanya perlu sms@call saya 0125853035. Atau tinggalkan sebarang bentuk soalan di ruangan sembang(chat). Saya akan cuba reply secepat yang mungkin. Semoga kita semua beroleh kejayaan..
Inspirasi Emas Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template