Emas di ar-rahnu kena zakat??

‘Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Harini dah masuk 31 Oktober 2010..cepat betul masa berlalu..tinggal 2 bulan je lagi kita akan berada di tahun 2010..rupa2nya dah lebih setahun saya kenal emas ni..

Alhamdulillah, rezeki dengan emas ni memang masyuk jugak..rezeki dari Allah kan..kita bukannya tau..so bila dapat rezeki tu ape yang patut kita buat adalah bersyukur dengan limpah kurnianya..
Sebenarnya, saya agak tertarik dengan surah Taha ayat 132 ni

“Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.”
Ayat ni sebenarnya ade sorang akak dari langkawi, dia suruh saya amalkan membaca..then terasa macam nak ambik tau pulak maksud disebalik ayat dari surah Taha tu..rupa2nya memberi maksud yang sangat mendalam..sehingga saya rasa perlu dikongsi bersama.. :) 

Kesimpulan dari apa yang nak saya sampaikan disini ialah, berusahalah untuk mencapai sesuatu yang diingini beserta doa dan tawakkal kepada Allah. InsyaAllah nikmat rezeki Allah akan kurniakan kepada mereka yang berserah kepadaNya..Amiin..


Zakat

Ok, tajuk utama yang saya nak bincangkan harini sebenarnya mengenai zakat.
Pernah sebelum ini saya cakap mengenai zakat emas. Jadi kepada mereka yang belum baca tu boleh la baca balik topik sebelum2 ni.
Ok kali ni saya cuma nak memperjelaskan sikit lagi mengenai zakat..sebab saya nampak ramai yang confuse sikit dengan zakat ni.

“Weh, amir..ko punya emas dah lebih 85gram dah berkepul2 aku tengok tu..ko bila nak bayar zakat?”


Ok, kalau ada soalan yang macam tu..memang betul emas yang kita simpan kalau melebihi 85gram lebih kurang 20dinar kita dah wajib bayar zakat iaitu dah lebih nisab dan cukup tahun haul.
tapi kalau kurang daripada nisab, dan belum cukup tahun haul, maka tak diwajibkan membayar zakat.
Tahun haul ni, ustaz tempat PUZ saya tanye tu, dia cakap kalau buleh ikut bulan dalam islam, contoh kalau kita start simpan ramadhan ade 85 gram sampai cukup ramadhan depan ade 85gram jugak jadi kena la bayar zakat.
Contoh lain:
  1. Muharram = ada 20 gram
  2. Safar = dah ade 80gram
  3. Rabiul awal = dah ade 90gram
  4. Rabiul akhir = dah ade 90 gram
  5. jamadil awal =maintain 90gram gak
  6. jamadil akhir = sama jugak 90gram tak tambah2 takde duit nak tmbah
  7. rejab = 100gram
  8. syaaban = 100gram juge
  9. ramadhan = 120gram
  10. syawal = 200 gram
  11. zulkaedah = 200gram
  12. zulhijjah = 190 gram
  13. muharam(tahun berikutnya cukup 1 tahun) = 190 gram
  14. safar = 200gram
  15. rabiul awal = 150gram (dah jual 50gram sebab xde duit)
ok kalau kita tengok contoh diatas..

antara muharam ke muharram, si penyimpan emas ni tak diwajibkan membayar zakat. sebabnya dalam 1 tahun tersebut, jumlah emas yang paling sikit adalah 20gram..jadi x wajib bayar zakat.

kalau kita tengok, rabiul awal tu dah start ade 90gram dan bila cukup 1 tahun haul, ke rabiul awal tahun berikutnya, jumlah terendah emas yang disimpan adalah 90gram, jadi si penyimpan emas ni dah wajib bayar zakat untuk 90gram emas.

tapi katakan masa bulan ramadhan tu, disebabkan si penyimpan emas ni nak pakai duit nak bulan posa, nak buat kenduri ke ape ke..jadi dia ambik emas lebih kurang 100gram pergi pajak kat ar-rahnu..so tinggal 20gram je dalam simpanan..

maka, si penyimpan emas ni tak diwajibkan bayar zakat tadi tu (untuk contoh rabiul awal tadi) sebabnya, emas dalam simpanannya hanya tinggal 20gram saje pada bulan ramadhan (jadi berat emas terendah dalam simpanannya adalah 20gram bukan lagi 90gram)
“macam mana dengan emas 100gram yang dia pergi pajak tadi??tak dikira ke??”
ok..emas yang dia pergi pajak 100gram tu..kini bukan lagi miliknya yang sempurna. Salah satu syarat zakat ialah, milikan yang sempurna. Emas pajak tadi tu dah kira tak sempurna miliknya sebab emas tu ade kat ar-rahnu lepas tu ar-rahnu dah bagi duit pajakan tu pada dia..jadi mungkin milik dia atau mungkin juga milik bank..ada pahamm??

 

ok, harap semua lebih faham dengan apa yang saya sampaikan ni..kalau ade komen ke ade soalan ke bleh add kat komen tu..ok?mungkin ade yang perlu saya perbaiki ke..ok :) 

ilmu untuk dikongsi..semoga kita memperoleh keberkatan dariNya..insyaAllah

p/s: jangan berkira dalam membayar zakat, kerana ”Sesungguhnya Allah telah memfardhukan zakat sebagai pembersihan terhadap harta.”

Amir Firdaus
inspirasiemas@gmail.com
012-5853035

0 comments:

 

About Me

My photo
Untuk maklumat/info free mengenai emas. Anda hanya perlu sms@call saya 0125853035. Atau tinggalkan sebarang bentuk soalan di ruangan sembang(chat). Saya akan cuba reply secepat yang mungkin. Semoga kita semua beroleh kejayaan..
Inspirasi Emas Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template