Training untuk Agen Public Gold


Assalamualaikum semua penduduk Malaysia, Brunei, Singapore ? Anda semua sihat? Alhamdulillah, harini dah selesai hari ke-16 umat islam berpuasa. Semoga anda smua ceria-ceria dan sihat sejahtera.

Esok 17 Ramdhan, Nuzul Al-Quran, so kepada anda yang masih x berkesempatan nak baca Quran sepanjang Ramadhan ni, ayuh kita ngaji sama2 :) InsyaAllah.

Ok, berbalik kepada topik utama, sebenarnya training untuk agen akan diadakan di dua tempat yang berasingan iaitu pada 28 Ogos (Sabtu) akan diadakan di Bishop Street dan bagi agen2 yang ade kat sekitar Ipoh tu (tempat saya sekolah dulu, St. Michael Ipoh dekat2 situ le..hehe) boleh la p seminar/training kat jalan Yang Kalsum.
Jadi, jom kita beramai2 menghadiri seminar tersebut..ehhe menambah ilmu didada.. :)

Lepas abis seminar xleh nak minum2..so kita bleh sembang2 je la..berkongsi pengalaman camne nak berniaga. betul tak?kan ke bagus kalau kita sama2 maju dalam biz ni?




















Ok, kat bawah ni jadual seminar tersebut..jumpa anda di sanaaaaaaaaaaa.. (saya pegi Bishop)




Sekian, Assalamualaikum :)

Najib umum duit raya untuk petugas awam dan pesara

Alhamdulillah, kepada petugas awam..mungkin ini berita baik bagi kita semua :)


KUALA LUMPUR: Lebih 1.24 juta petugas awam dan 590,000 pesara kerajaan mendapat durian runtuh apabila kerajaan hari ini mengumumkan akan membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, dalam satu kenyataan hari ini bahawa bayaran itu adalah untuk petugas dalam Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan dan akan dibuat sebelum 1 Syawal.
"Keputusan ini diambil selepas mengambil kira kebajikan kakitangan awam dan pesara Kerajaan terutamanya bagi meringankan beban kos persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri," kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

Menurut beliau bayaran itu membabitkan perbelanjaan sebanyak RM934.6 juta iaitu RM639.6 juta bagi petugas awam dan RM295 juta bagi pesara. -Bernama
sumber:myMetro

Dinar: Tiada masalah jika rakyat Kelantan setuju

Kelantan 2 Dirham


Written by Nazri Abdullah
 
KUALA LUMPUR, 22 Ogos: Bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah berpendapat, tiada masalah jika kerajaan Kelatan mahu menggunakan dinar emas dan dirham perak sesama rakyat negeri itu.

Menurutnya selagi rakyat negeri itu bersetuju menggunakan dinar dan dirham sebagai alat pertukaran, maka tidak timbul sebarang masalah.

"Undang-undang kata Bank Negara sahaja yang dibenarkan kerajaan persekutuan, keluarkan wang sebagai mata wang.

"Kalau nak ganti itu memang salah, tetapi kalau nak guna sesama dia tidak salah saya rasa," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di satu majlis berbuka puasa di Kuala Lumpur hari ini.

Tambah beliau lagi, kejayaan penggunaan dinar dan dirham bergantung kepada keyakinan masyarakat terhadap wang berkenaan.

Berucap sebelum itu, beliau juga berkata, kerajaan Kelantan bagaimanapun mesti memberi penerangan secara meluas agar rakyat negeri itu itu keliru dengan nilai dinar dan dirham tersebut.

"Tapi nak guna dirham untuk seluruh negara tak bolehlah. Kerajaan Kelantan tak ada kuasa di bawah undang-undang.

Katanya lagi, kerajaan negeri juga tidak boleh dipersalahkan sekiranya masyarakat tidak mahu menggunakan dinar dan dirham tersebut.

Turut berucap di majlis anjuran Persatuan Anak Darul Naim Selangor dan Wilayah Persekutuan (PERSADA) itu ialah exco kanan kerajaan negeri Kelantan Datuk Husam Musa.

Husam berkata, dinar adalah bersifat pelengkap kepada ringgit dan kedua-duanya boleh digunakan.

Alasan tidak munasabah

Beliau turut membidas pihak yang yang mendakwa mengguna dinar akan merugikan kerana mudah dipalsukan dengan menganggap alasan tersebut tidak munasabah.

"Ringgit pun boleh dipalsukan, tapi bank negara boleh membezakan yang tulen dan palsu.

"Dinar pun ada alat yang boleh bezakan yang tulen atau palsu.

Selain itu dinar jelasnya lebih stabil kerana ianya aset yang sentiasa berkembang dan harganya meningkat mengikut masa berbanding mata wang dunia.

"Kalau judi bola boleh dihalalkan, tapi hairan kenapa tak boleh iktiraf dinar dan dirham," katanya.

sumber: harakahdaily

Bank Islam Hanya Tawar Khidmat Penyimpanan Dinar Emas, Mata Wang Dirham

Kelantan 1 DirhamKelantan 1 Dinar (4.25g)

KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Bank Islam Malaysia Bhd, menerusi unitnya, Farihan Corp, hanya menawarkan perkhidmatan penyimpanan mata wang dinar emas/dirham di premis Ar-Rahnu di Kota Baharu dan Pasir Puteh.

Dalam satu kenyataan di sini Selasa, bank itu berkata gadaian mata wang dinar/dirham juga diterima daripada pemilik mata wang dinar-dirham, sama ada daripada Kelantan Golden Trade Sdn Bhd atau orang ramai.

"Pada masa ini, bank tidak menyediakan perkhidmatan akaun simpanan emas atau mengedar mata wang dinar/dirham dalam mana-mana bentuk transaksi," katanya.

Bank itu berkata demikian sebagai respons terhadap kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat baru-baru ini bahawa bank itu bersetuju menggunakan dinar emas dan dirham perak dalam transaksinya.

Kerajaan Negeri Kelantan baru-baru ini melancarkan siling dinar emas dan dirham perak bernilai RM2 juta, kepada orang ramai untuk digunakan sebagai mata wang akternatif di 1,000 kedai di negeri itu.
 
sumber berita: BERNAMA
 sumber gambar: nubex

Kelantan lancar matawang syariah dinar, dirham

Assalamualaikum, artikel kalini saya ambil dari harakah daily yang ditulis oleh Salmah Mat Husain..mungkin ada diantara kita yang dah terbaca..tapi takpe..mungkin juga yang masih belum baca..hurmm bagus juga kalau Kelantan mulakan dulu penggunaan dinar dan dirham dalam urusan pembelian mereka..mana tau kot kot ini satu titik permulaan kearah memartabatkan matawang islam ;)

KOTA BHARU, 12 Ogos: Selepas empat tahun Dinar Kelantan dilancarkan, hari ini di di bawah kepemimpinan ulama sekali lagi dicetus sejarah apabila melancar pula matawang syariah, Dinar dan Dirham Kelantan.
Majlis bersejarah itu disempurnakan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan Trade Centre (KTC).
Program sempena Ramadan tersebut dianjurkan bersama Perbadanan Menteri Besar Kelantan dan Kelantan Golden Trade Sdn Bhd.
(Gambar: Tuan Guru menyampaikan logo dinar kepada peniaga yang menerima mata wang dinar dirham untuk jual beli.)

Pada majlis perasmian terbabit Menteri Besar melakukan gimik pelancaran dengan menyimpan dinar dan dirham ke dalam sebuah mesin untuk simpanan Tabung Haji.

Matawang Dinar dan Dirham Kelantan boleh digunakan untuk pembayaran gaji, zakat, mas kahwin dan perniagaan.

Pada 2006 kerajaan negeri melancarkan Dinar Kelantan dalam tiga bentuk iaitu satu dinar penuh berukuran 23 mm dengan berat 4.25 gm bernilai RM332.25.
Selain itu separuh dinar bersaiz 20 mm (1.06 gm) bernilai RM176.76) dan suku dinar bersaiz 21 mm (0.5 gm) bernilai RM99.38.

Kini nilaian dinar tersebut sudah meningkat berbanding ketika dilancarkan. Dinar tersebut mendapat sambutan menggalakkan untuk simpanan nilai dan mas kahwin.
Pada majlis pelancaran itu, sejumlah RM100,000 telah dibeli orang ramai.

Usaha Gigih Public Gold Membuahkan Hasil

Assalamualaikum, berkat usaha gigih pemilik Public Fine Gold International Sdn Bhd, akhirnya membuahkan hasil apabila beliau merupakan salah seorang yang menerima anugerah "Most Promising Entrepreneurship Award 2010"

Ini secara tidak langsung menampakkan kesungguhan Founder tersebut untuk memajukan perniagaan Emas yang berasaskan jongkong dan dinar emas di Malaysia.  

Untuk makluman semua, Public Gold, seperti yang kita semua sedia maklum, kini bukan saja menjual dan membeli emas jongkong dan emas dinar, malah turut membeli dan menjual barang kemas (http://www.publicjewellery.com.my) dan juga jongkong perak (www.publicgold.com.my). Kesungguhan inilah yang menyebabkan Public Gold terus dipercayai dan berjaya sehingga kini.

Di kesempatan ini, saya ada terbaca satu artikel yang mungkin boleh kita kongsi bersama.

Top Malaysian Entrepreneurs and Businesses Win Regional Awards


Enterprise Asia’s Asia Responsible Entrepreneurship Awards Programme (AREA), which recognises and honours Asian businesses for championing sustainable and responsible entrepreneurship, was held recently in Kuala Lumpur. Present at the awards presentation ceremony at The Royale Chulan Hotel Kuala Lumpur was Tan Sri Dr. Fong Chan Onn, Chairman of Enterprise Asia, and Datuk Dr Victor Wee, Advisor of Enterprise Asia and Chairman of Malaysia Tourism.

Tan Sri Dato’ Seri Azman Hashim of AmBank Group received the Lifetime Achievement Award, Dato’ Tan Chin Nam of IGB Group received the Special Achievement Award, and Dato’ Robert Wong of Oriental Holdings Berhad was name Entrepreneur of the Year while Dato’ Haji SM Faisal Tan Sri Nasimuddin of Naza Group of Companies was named Young Entrepreneur of the Year.
The awards presentation ceremony also saw the attendance of past winners and top entrepreneurs from 8 countries throughout Asia, who had earlier attended Enterprise Asia’s National Entrepreneurs Forum on Green Entrepreneurship.

Also honoured were entrepreneurs in two categories: Outstanding Entrepreneur Category and Most Promising Entrepreneur Category. Winners of the Outstanding Entrepreneur Category included Tan Sri Dato’ Sri Hamad Kama Piah Che Othman of Permodalan Nasional Berhad, Dato Kho Kak Beng of KKB Engineering, Tan Lei Cheng of Goldis, Datin Prof. Dr. Clara Chee of Clara International Beauty Group and A.F.M. Shafiqul Hafiz of Johor Land. Recipient of the latter category included Ng Chun Hau of Public Fine Gold International, Rick Cheng of Encomas, Dato’ Ricky Wong of Asia Media and Dato’ Haji Abdul Rahman bin Yusof of CMC Engineering amongst other winners in the category.


For the Asia Responsible Entrepreneurship Awards, Dato’ Sri Edmund Santhara of Masterskill Education Group was awarded the Responsible Business Leader award for his commendable initiatives towards the educational development of the community and his people.

AEON Co. And Nestle Malaysia won the Green Leadership category of the Asia Responsible Entrepreneurship Awards for their efforts in protecting the environment through their ‘Planting Seeds of Growth’ and recycling campaigns and ‘Reduction in Energy Consumption Used in Heating’ respectively.

For the Community Engagement category, Nestle Malaysia and SKALI Group were awarded for their commitment to supporting the local community, through programmes such as the ‘Setiu Women Empowerment’ project to educate the local women on entrepreneurship and ‘SKALI Pioneers and Innovators in the Knowledge Economy’ project to develop and train ICT technopreneurs in the community.
The Investment in People awards were bagged by Astro, for their ‘Astro Kasih’ programme that looks to providing a holistic working experience for their employees together with Masterskill Education Group for promoting personal development to their employees with their ‘One Level Up’ policy.

Tan Sri Datuk Seri Dr Fong Chan Onn, Chairman of Enterprise Asia in his opening speech commented:
Business leaders and entrepreneurs need to inculcate not just social responsibility but also care and generosity in their day to day business. Social responsibility is hardly ever more than the sum of number of initiatives that at times can feel forced. We need to incorporate generosity towards employees and, above all, customers.
Enterprise Asia is Asia’s leading non‐governmental organisation for the promotion of entrepreneurship. Headquartered in Malaysia, Enterprise Asia counts among its members of over 2,000 top entrepreneurs across Asia, leading businesses with a cumulative turnover of US$ 35 billion (RM 126 billion).
sumber:
Tahniah diucapkan :)

Nik Aziz tetap mahu guna dinar emas

Assalamualaikum, 

Pasti ramai pembaca setia tertanya-tanya, kenapa la blog ni dekat 2 minggu tak aktif :) Wujud lagi ke tak si penulis blog INSPIRASIEMAS ni??hehe..

Alhamdulillah, sebenarnya saya baru saya balik dari tanah suci Mekah Al Mukaramah dan Madinah Al Munawarah. Kat sana saya x sempat nak baca paper2 dari Malaysia. 

 

Bes sangat bila dok sana..rasa macam nak pergi lagi je :) 

So, semalam, 15hb saya baru je sampai Malaysia. Masa dalam flight dari Jeddah  ke Kuala Lumpur, saya baru je terbaca berita harian kalau x silap, kisah dinar Emas di Kelantan tapi malangnya saya x berkesempatan nak beli paper tu semalam. Kebetulan harini ada lagi keluar cerita pasal dinar emas di Kelantan. Jadi Jom kita baca

Oleh Khairul Anuar Abdul Samad
krull@bharian.com.my
2010/08/16

Urus niaga guna Ringgit di Kelantan masih diteruskan

KOTA BHARU: Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat semalam, bertegas akan meneruskan menggunakan dinar emas dan dirham perak di negeri ini sebagai satu urus niaga alternatif kepada mata wang Ringgit, walaupun Bank Negara Malaysia (BNM) menegaskan hanya mata wang ringgit sah diperakui bagi bayaran barangan dan perkhidmatan di negara ini. 


Beliau berkata, penggunaan dinar dan dirham itu boleh dianggap sebagai satu keperluan pengguna di Kelantan kerana ia juga mempunyai nilai bagi menjual dan membeli barangan.


“Ia seperti saya ada sebentuk cincin, bolehkah saya menggunakannya untuk membeli kain, membeli kereta. Tidak mengapa (menggunakan dinar dan dirham),” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, petang semalam.

Beliau berkata demikian apabila ditanya sama ada kerajaan negeri akan menarik balik penggunaan dinar dan dirham setelah BNM menegaskan hanya Ringgit menjadi mata wang sah di negara ini.


Nik Aziz ketika melancarkan wang syariah dinar emas dan dirham perak minggu lalu, berkata mata wang itu boleh digunakan di kira-kira 1,000 kedai dan restoran di Kelantan sebagai transaksi perniagaan.


Beliau juga menyifatkan dinar dan dirham ini sebagai alternatif kepada Ringgit Malaysia dan ia tidak bertentangan dengan undang-undang kerana dirangka mengikut peruntukan yang disediakan BNM.

Kelmarin, Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin, menegaskan bahawa dinar dan dirham itu bukan mata wang dan ia bertentangan dengan undang-undang negara seperti perundangan negara mengatakan BNM saja yang berhak mengeluarkan mata wang di negara ini.
 
Inspirasi Emas Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template