Bank Islam Hanya Tawar Khidmat Penyimpanan Dinar Emas, Mata Wang Dirham

Kelantan 1 DirhamKelantan 1 Dinar (4.25g)

KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Bank Islam Malaysia Bhd, menerusi unitnya, Farihan Corp, hanya menawarkan perkhidmatan penyimpanan mata wang dinar emas/dirham di premis Ar-Rahnu di Kota Baharu dan Pasir Puteh.

Dalam satu kenyataan di sini Selasa, bank itu berkata gadaian mata wang dinar/dirham juga diterima daripada pemilik mata wang dinar-dirham, sama ada daripada Kelantan Golden Trade Sdn Bhd atau orang ramai.

"Pada masa ini, bank tidak menyediakan perkhidmatan akaun simpanan emas atau mengedar mata wang dinar/dirham dalam mana-mana bentuk transaksi," katanya.

Bank itu berkata demikian sebagai respons terhadap kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat baru-baru ini bahawa bank itu bersetuju menggunakan dinar emas dan dirham perak dalam transaksinya.

Kerajaan Negeri Kelantan baru-baru ini melancarkan siling dinar emas dan dirham perak bernilai RM2 juta, kepada orang ramai untuk digunakan sebagai mata wang akternatif di 1,000 kedai di negeri itu.
 
sumber berita: BERNAMA
 sumber gambar: nubex

0 comments:

 
Inspirasi Emas Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template