Perbandingan Gadaian di Ar-rahnu (sambungan)

Seperti yang dijanjikan..kali ni saya nak cerita pasal perbandingan harga nilai gadaian di Agro Bank dan Ar-rahnu YaPEIM.


Pada hari yang sama juga..hari ni la..22hb Feb 2010, sebaik saja saya selesai urusan di Agro Bank..dengan segenggaman duit rm100 yg berkeping2 tu..saya pun pergi cari ar-Rahnu YaPEIM yang berdekatan..



Ar-rahnu YaPEIM ni kat Bayan Lepas, Pulau Pinang
Tel :04-642 5242

Sebaik saje saya sampai kat ar-rahnu ni, saya terus tanya soklan yang sama macam kat Agro Bank tadi...
Kat sini terima x emas Public Gold atau syiling2 emas yang lain??
owhh kami terima..
Cun!!


saya pun apa lagi...terus keluarkan senjata..maksud saya senjata peniaga emas la..ape lagi kalau bukan Gold bar..hehe


Kali ni saya keluarkan senjata kedua saya pulak 50gram gold bar..ehehe
beserta dengan sijil ketulenan emas tersebut x lupa juga ic saya..hehe

kalau nak ikut Agro Bank tadi


  1. Barang untuk digadai tu (Emas)
  2. Kad Pengenalan
  3. Sijil Ketulenan
Tiga-tiga yang tersebut di atas ni..memang agro bank terima..so kalau nak ikut mmg dah LULUS dah saya ni.. tapi smua itu hanya mimpi..sebab ade syarat tambahan!

selain dari syarat-syarat di atas, ade 1 lagi syarat tambahan..

  • Resit pembelian atas nama si penggadai..
si penggadai ni maksudnya nama saya la..sebab saya yang nak gadai..ataupun lebih tepat lagi di kenali sebagai pemilik emas tersebut.

saya pun lupa nak bawak resit..so x jadi la gadai..tp walaupun x jadi...cerita ni x abis macamtu je..
saya sempat la tanya serba sedikit tentang nilai marhun dan nilai upah


Nilai marhun emas tadi pun adalah berdasarkan harga pasaran semasa. Contohnya harini

Isnin, 22hbFeb 2010


  • RM137.00/gram untuk emas 999
  • RM128.00/gram untuk emas 916


Jadi, walaupun syarat tambahan dia satu je, kena ade resit pembelian, tapi harga yang ditawarkan adalah agak tinggi.


ok kat bawah ni pulak kadar upah simpan

Nilai Marhun

Kadar Upah Simpan

RM720

0.5%

RM720-RM2000

0.65%

>RM2000

0.75%


Sekarang jom kita buat calculation:

kalau nak banding..kita ambil 100gram ok..senang nak banding dengan emas yg saya pajak di Agro bank tadi..


Nilai Marhun

= RM137/gram x 100gram
= RM13,700.00

Nilai Pinjaman
= RM13,700.00 x 65%
=RM8,905.00

Jadi, kos upah bagi nilai marhun emas 100g tadi adalah:

=RM13,700.00 x 0.75%
=RM102.75/sebulan = RM616.50/6 bulan

Jadi secara kesimpulannya, perbandingan dapat dibuat macam jadual kat bawah ni;

Agro Bank

YaPEIM

Syarat

· Kad pengenalan

· Emas

· Sijil Ketulenan

· Kad pengenalan

· Emas

· Sijil Ketulenan

Syarat tambahan

· Perlu ada akaun simpanan di Agro Bank

· Tidak perlu resit pembelian

· No siri pada sijil ketulenan mesti sama dengan no siri pada emas

· Tidak perlu ada akaun simpanan

· Perlu ada resit pembelian emas atas nama si penggadai

· No siri pada sijil ketulenan mesti sama dengan no siri pada emas

Nilai Marhun

· Agak rendah

· Agak tinggi

Margin Pinjaman

· 60% untuk permulaan

· Bagi yang dah biasa boleh dapat 65% (regular customer)

· X kisah la regular ke x..memang akan dapat 65%

Upah Simpan

· Berdasarkan margin pinjaman

· 50% = 50sen untuk setiap RM100

· 60%= 60sen untuk setiap RM100

· 70%= 70sen untuk setiap RM100

· Berdasarkan Nilai pinjaman

·

· RM700-RM2000 = 0.65%

· >RM2000 = 0.75%


sebenarnya masing-masing ade kelebihan dan kelemahan tertentu..

Agro Bank pon ok..YaPEIM pon ok..kalau kita tgk kat jadual atas tu..mungkin ade sesetengah pembeli..xde simpan resit pembelian..mungkin dah lama sangat simpan emas tu sampai resit pon tah kemana..so buleh la pilih Agro Bank..

YaPEIM pulak kalau la rasa nak pinjam nilai tinggi..boleh la pergi kat YaPEIM tapi kena ingat..lagi tinggi nilai yang kita pinjam lagi tinggi la bulan-bulan nak kena bayar..tu kalau nak bayar bulan-bulan la..tapi kalau mampu, apa salahnya ;)

Nilai upah kat Agro Bank murah sket..sebab 60sen je tapi kalau YaPEIM 75sen (kalau ikut kes saya tadi la)

Selain YaPEIM dan Agro Bank..sebenarnya ade banyak lagi ar-rahnu. Boleh cek link kat sebelah kiri blog saya ni di bawah tajuk INSTITUSI PAJAK GADAI DI MALAYSIA

ok la..saya harap penulisan blog saya ini sedikit sebanyak dapat beri sedikit idea macam mana nak buat gadaian emas. Kalau nak tau lebih lanjut..boleh contact ar-rahnu tu sendiri..takpun tinggalkan komen anda..saya akan cuba membantu..

Sekian,

Saya sekadar berkongsi info ;) khas untuk pembaca blog dan penggemar emas :)

Rasailah kehangatan dan aura EMAS...

Sekian dulu, Assalamualaikum...

Contoh Gadaian di Agro Bank - Ar-Rahnu

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Seperti yang telah saya janjikan sebelum ini, hari ni saya nak cerita sket tentang pengalaman saya gadai(rempittttt) di ar-rahnu.


Sebaik saja saya sampai Penang, (sebenarnya baru je balik dari anta stock kat customer di Kedah) saya pun terus pegi cari Ar-rahnu. Ar-rahnu yang pertama saya pergi saya pergi adalah Ar-Rahn. Tapi malangnya Ar-Rahn x terima sebarang jongkong emas/syiling emas yang beratnya lebih dari 10gram..alahai..ringannye 10gram je dia ambik..maksudnya boleh gadai dalam 2 dinar je. (1 dinar 4.25gram) So maksudnya emas jongkong PG xleh la...so saya xmo cerita sangat pasal brapa upah simpan yg dia tawarkan berdasarkan nilai marhun yang diberikan.Lepas tu saya tanya maksudnya emas-emas lain yang berdasarkan syiling macam kijang emas macam mana?diorg kata kalau lebih 10gram memang x accept untuk sementara waktu. Lepas tu saya pun kluar le kedai ar-rahnu tu..tapi sempat gak amik risalah. Kalau nak jual barang kemas diorg xde hal la..



Lepas tu saya pergi ke Agro Bank pulak..masa pergi kat Agro Bank tu, soalan pertama yang saya tanya,
akak, kat sini emas Public Gold ke Dinar-dinar emas ke akak terima tak?

Pastu akak tu cakap ok..tapi PG ade dia punya sijil ketulenan so jangan lupa sertakan sekali ya..

So saya pun keluarkan la emas 100gram saya.

Then akak tu mintak i/c dengan sijil ketulenan emas tu untuk fotokopi.

So setakat ni apa yang perlu ada untuk rempitt ni

  1. Barang untuk digadai tu (Emas)
  2. Kad Pengenalan
  3. Sijil Ketulenan
Ok, kalau ade ketiga-tiga ni boleh proceed dengan matlamat kita tadi. Kalau x bawak sijil ketulenan memang diorg xnak terima. Sijil ketulenan tu pulak no siri dia kena sama dengan no siri yang ade pada Gold Bar tu,..untuk Dinar x perlu le..sebab dinar memang xde no siri..cuma sijil ketulenan je dia nak.

Langkah seterusnya, saya pun tanya lagi...berapa nilai marhun yang saya boleh dapat ye kak?

Nilai marhun adalah berdasarkan harga pasaran semasa. Contohnya harini

  • RM118.20/gram untuk emas 999
  • RM108.30/gram untuk emas 916
saya pun tanye la lagi..kat mana saya buleh cek harga ni kak? dia pun cakap harga ni mmg ade dalam sistem diorg. So harga nya akan automatik update la. OOoooo...

Upah simpan pulak macam kat jadual bawah ni


Sekali pandangan jadual kat atas, pening jugak la saya..maklum la 1st time nih..
Lepas dah tanya baru saya faham..

contohnya:
Kalau Nilai barang kemas RM 100 so setiap RM100 kadar upah dia 60sen je sebulan. Tu untuk margin 60% la dari nilai emas kita tu pada hari tersebut.

so untuk kes saya ni..saya nak rempitt 100g, so calculation dia macam ni;

Berat = 100gram
Nilai = 100 gram x RM 118.20
= RM 11,820.00

Pinjaman (margin 60%) = RM11,820 x 60%= RM7,090

Upah Simpan (6 Bulan)

= RM11,820(Nilai Emas kita tadi)x RM0.60 (kadar upah) x 6bulan _________________________

100 (bagi setiap RM 100)

=RM 425.52 (upah simpan untuk 6 bulan)

***kalau kita simpan sebulan je terus settelkan payment kita tu..so upah untuk sebulan je la..
dia akan kira balik upah simpan kita berapa, lebih kurang RM425.52/6 = RM70.92/bulan


Lepas tu..kalau kita setuju dengan semua tu..boleh la proceed..

Lepas tu..dia akan print resit untuk kita claim duit RM 7,090 tadi kat kaunter.

Kat resit tu ade la tercatit (kalau ikut contoh saya tadi)
  • Nilai Marhun = RM11,820.00
  • Pinjaman = RM 7,090.00
  • Upah Simpan = RM 425.52
  • Ansuran bulanan = RM 1181.66
Bagi ansuran bulanan tu, sebenarnya untuk guide kita saje..kalau x bayar ikut harga ansuran tu pun xpe..janji kita dapat setel smua sebelum tarikh matang.

untuk makluman..kalau nak gadai kat agro bank ni..kena ade akaun bank kat sini.. so kalau xde akaun lagi..kena la bukak..minimum RM20 je..tp saya nasihatkan, bawak fotostet ic siap2..haha..tu pun kalau xde syiling la..ni akak lain pulak..akak yg jaga bahagian nak bukak akaun simpanan..dia mintak 30sen caj fotostet..hehe..nasib baik bawak duit pecah..kalau x..kena lari2 p kat keta..cari duit syiling..hehe
tapi akak yg jaga bahagian ar-rahnu tu..dia x mintak duit fotostet..ehhe..lawak lawak..

untuk dapatkan brochure berkaitan ar-rahnu agro bank sila klik disini

ok..saya nak klua sekejap..nantikan tajuk saya seterusnya, masih berkaitan ar-rahnu tapi perbandingan ar-rahnu Agro Bank dengan Ar-Rahnu YaPEIM..tunggu....

Saya sekadar berkongsi info ;) khas untuk pembaca blog dan penggemar emas :)

Rasailah kehangatan dan aura EMAS...

Sekian dulu, Assalamualaikum...

IMF sale may not stop gold from hitting $1,200 by April 1

Salam semua...

huh..ini memang berita baiikkkkkk punya..kepada pelabur-pelabur emas..ini lah saat-saat yang dinanti-nantikan...Nak tau kenapa? ha..jom kita baca petikan dibawah nih..

Some analysts believe gold could touch $1,500 an ounce by the end of this year. (REUTERS)


A rising demand for gold from financial institutions looking forward to restructure their portfolio before March has offset a possible decline of the yellow metal's prices on the back of a recent International Monetary Fund (IMF) announcement that it plans to sell remaining 191.3 tonnes of gold.

Analysts based in Dubai observed that financial institutions, which are looking for safer havens in the countries where the financial year comes to an end in March, are heavily buying into the yellow metal, gold.

The bullion may touch a price of $1,200 an ounce by April 1, Sajith Kumar PK, CEO of Dubai- based JRG International Brokerage DMCC, said.

Gold stood at $1,118.50 an ounce in the international markets on Friday after having touched $1,125 an ounce earlier in the day.

"With almost all major currencies weakening, we are still bullish on gold. There is a feeling that gold remains the best investment option," said Sajith. The IMF issued a statement on Wednesday that it would sell the remaining 191.3 tonnes (6.15 million ounces) of gold.

This is the second tranche of IMF gold up for sale after about 212 tonnes were sold in international markets last year. Late last year, the first tranche of 403.3 tonnes of IMF gold was sold to the central banks of India, Mauritius and Sri Lanka.

The sales generated proceeds equivalent to $6.73 billion (Dh2.46 trillion) in case of India and $72m in the case of the Bank of Mauritius. The sale to the Central Bank of Sri Lanka generated $375m. IMF's sale of gold comes from its commitment to mobilise $17bn for lending to low-income countries, mostly in Africa, that have suffered from the global financial crisis.

Dubai analysts are sceptical about the sales designed to control the flight of capital to gold. "If you look deep, there is a possibility of such sales helping a flight of capital to dollar denominated products. Attempts to

restrain gold prices automatically benefit dollar denominated products," an analyst said.

In response to the IMF announcement on Wednesday, the price of gold initially fell sharply, as much as $24 in international markets, but later stabilised. "The steep fall came in a market that was watching a rise in gold prices. But the announcement was quickly factored in," a Dubai-based trader said.

Analysts have generally been bullish on gold. Francisco Blanch, Global Head of Commodities Research with Bank of America Merrill Lynch, recently told Emirates Business that the bullion could touch $1,500 an ounce by the end of this year. "It would depend on whether oil touches a price of $100 a barrel," said Blanch.


Haa..kalau nak tau, salah satu faktor kenaikan harga emas pasaran adalah penjualan rizab emas oleh bank pusat. Jadi sementara harga emas tengah murah ni, jom la simpan emas banyak-banyak, bukan ape takut nanti harga emas melonjak naik secara tiba-tiba macam tahun lepas.

Bagi yang suka melabur dalam emas, ini la masa yang sesuai untuk beli emas, then masa harga emas mencanak naik nanti..jual la emas tu ;)

Saya sekadar berkongsi info ;) khas untuk pembaca blog dan penggemar emas :)

Rasailah kehangatan dan aura EMAS...

Sekian dulu, Assalamualaikum...

Pinjaman tanpa faedah

Assalamualaikum dan salam sejahtera, di sini saya nak kongsi sedikit info yang saya terbaca dalam akhbar kosmo baru-baru ini. Mungkin ada diantara kita yang terlepas info berkaitan Ar-rahnu yang menawarkan PINJAMAN TANPA FAEDAH. Memang menarik, sebab kita buat pinjaman ni tanpa penjamin dan tanpa riba cuma perlu bayar upah simpan(emas) saje. Lagipun upah simpan yang ditawarkan ni memang cukup murah. Tak perlu risau pasal upah simpan.
Tapi sebelum tu, saya nak terangkan sedikit Apa sebenarnya ar-rahnu ni?

Ar-Rahnu merupakan Pajak Gadai Islam yang menggabungkan konsep-konsep syariah Ar-Rahnu, Al Wadiah Yad Dhamanah dan Al Qard.

  • Ar-Rahnu adalah mekanisme di mana satu barang berharga dijadikan sandaran yang terikat dengan pinjaman secara bercagar yang boleh dibayar dengannya, sekiranya pinjaman tersebut tidak dapat dijelaskan.

  • Al Wadiah Yad Dhamanah adalah merujuk kepada simpanan barang berharga dengan jaminan. Setiap simpanan akan dikenakan upah simpan.

  • Al Qard adalah merujuk kepada simpanan yang diberikan mengikut peratusan tertentu daripada nilai marhun.

sumber: Ar-Rahnu YaPEIM

Siapa yang layak nak pajak emas di ar-rahnu?
Sebenarnya sape2 pun boleh, asalkan anda warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas. Haaa..satu lagi...walaupun ar-rahnu ni sistem pajakan islam, ia sebenarnya terbuka kepada smuaaaaaaaaaaaaaaaa masyarakat tak kira la bangsa apa pun. Hah?menarik kan? Dah la upah simpan murah, nilai pajakan pun tinggi. So kepada pemilik-pemilik emas, x perlu la nak buat pinjaman kat tempat-tempat yang x sepatutnya. Pilih la ar-rahnu ;)

Okla..jom kita baca petikan akhbar kosmo ni..


AR-RAHNU merupakan sistem pajak gadai yang memberi kelebihan
kepada masyarakat tanpa mengira agama dan keturunan. - Gambar hiasan

KETIKA keadaan ekonomi yang tidak menentu pelbagai kaedah pinjaman wang dicari oleh pengguna sebagai cara mendapatkan wang pada kadar segera.

Selain ceti dan ah long, pajak gadai juga menjadi pilihan. Bezanya, mereka yang ke pajak gadai ialah daripada kalangan individu yang memiliki emas untuk dicagarkan.

Sayangnya, niat awal untuk menebus kembali barang yang dicagar mungkin tidak kesampaian menyebabkan ramai yang terpaksa melepaskannya walaupun ia barang berharga yang diwarisi turun-temurun.

Inilah antara kelemahan sistem pajak gadai kaedah konvensional.

Kewujudan pajak gadai di Malaysia bermula pada awal kurun ke-19. Sistem itu diperkenalkan oleh pendatang Cina yang bekerja di lombong bijih timah di Semenanjung Malaysia.

Ia dianggap sebagai salah satu cara bagi mendapatkan pinjaman tunai segera terutama bagi mereka yang berpendapatan rendah.

Sistem pajak gadai itu sangat popular kerana ia tidak memerlukan prosedur atau lebih mudahnya, perjanjian antara pemberi pinjaman dengan peminjam berlaku tanpa banyak kerenah.

Bagaimanapun, sistem tradisional itu membebankan peminjamnya apabila mengenakan kadar faedah yang tinggi, lebih-lebih lagi kepada umat Islam yang sememangnya tidak boleh melibatkan diri dengan sebarang amalan kewangan yang melibatkan riba.

Satu-satunya alternatif buat umat Islam ialah dengan menggunakan perkhidmatan pajak gadai Ar-Rahnu.

Skim Ar-Rahnu atau sistem pajak gadai Islam bukanlah sesuatu yang baru di Malaysia.

Ia diperkenal oleh Yayasan Pembangunan Islam Malaysia (Ypeim) dan Bank Negara Malaysia (BNM) pada 27 Oktober 1993. Yayasan itu bertindak sebagai pelabur utama dana, penyelaras sistem, latihan dan promosi manakala pelaksanaannya dilaksanakan oleh Bank Islam (M) Bhd.

Skim itu merupakan alternatif kepada orang ramai khususnya yang berpendapatan rendah dan mengalami kesulitan kewangan, khususnya untuk modal perniagaan secara kecil-kecilan.

Cagar mas

Ia juga sumber untuk membiayai pendidikan di samping membebaskan umat Islam daripada amalan riba dan manipulasi oleh pengamal pajak gadai konvensional yang tidak jujur.

Malah sebagai pelopor kepada sistem itu, ia dianggap mampu menjadi alternatif terbaik kepada umat Islam dan rakyat negara ini daripada terjebak dengan ceti haram dan ah long.

Bagi mereka yang masih belum memahami Ar-Rahnu, ia adalah sistem pajak gadai Islam yang membolehkan orang ramai yang memerlukan wang segera mencagarkan barangan kemas kepada pihak bank.

Ar-Rahnu merupakan satu bentuk perniagaan pajak gadai Islam yang menawarkan pinjaman tanpa faedah tetapi hanya sekadar upah simpan yang rendah.

Malah jumlah gadaian yang ditawarkan juga tinggi dengan tempoh gadaian yang fleksibel.

Bank lazimnya menawarkan kadar pinjaman sehingga 60 peratus (bergantung kepada bank) daripada nilai emas itu.

Para peminjam pula tidak akan dikenakan sebarang faedah di atas pinjaman itu sebaliknya pihak bank akan mengenakan upah simpanan berdasarkan nilai emas.

Sistem pajak gadaian yang berlandaskan hukum Islam itu memberi kelebihan kepada masyarakat tanpa mengira agama dan keturunan.

Ia telah pun dinilai oleh penasihat syariah yang terdiri daripada mereka yang mempunyai kepakaran dalam bidang undang-undang Islam.

Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd. atau lebih dikenali sebagai Bank Rakyat misalnya memperkenal Skim Ar-Rahnu sejak 1993 dengan kerjasama YPEIM.

Menurut Pengurus Skim Ar-Rahnu Bank Rakyat Mohamad Sabri Mohamed Nor, sebelum ini orang ramai menghadapi pelbagai masalah ketika menggunakan khidmat pajak gadai konvensional kerana syarat-syarat bayaran balik yang ketat dan dikenakan faedah yang membebankan.

"Skim Ar-Rahnu di Bank Rakyat menawarkan pembiayaan bercagar sehingga RM5,000 dengan tempoh maksimum enam bulan yang dibayar sekali gus apabila tempoh itu berakhir," jelas beliau.

Pihaknya turut menyediakan skim Az-Zahab iaitu membabitkan pembiayaan di antara RM5,001 hingga RM50,000 yang dibayar balik secara ansuran dengan tempoh maksimum tiga tahun.

"Skim Ar-Rahnu dan Az-Zahab berpotensi untuk muncul sebagai salah satu alternatif sistem pajak gadai berasaskan syariah atau konvensional yang sedia ada," tambah beliau.

Kedua-dua skim itu yang digubal oleh Majlis Pengawasan Syariah Bank Rakyat dengan kerjasama YPEIM menawarkan pembiayaan secara Islam dan pelanggan dikenakan upah menyimpan barang cagaran berupa emas pada kadar yang berpatutan mengikut kiraan hari, katanya.

Menurutnya jika barang cagaran dilelong, harga lelongan dikembalikan kepada pelanggan selepas ditolak jumlah pembiayaan dan upah menyimpan, menjadikan skim itu lebih telus berbanding skim konvensional.

Kemudahan Skim Pajak Gadai Islam atau Ar-Rahnu turut dikendalikan oleh Bank Islam dan Agrobank. Ia bukan bertujuan untuk menggalakkan orang ramai berhutang, tetapi menyediakan kemudahan kewangan kepada orang ramai yang kesempitan wang.

Proses gadaian dilakukan secara telus iaitu di hadapan peminjam dan berdasarkan hukum syarak.

Selain dijamin daripada disalah guna, ia lebih selamat dan terjamin berbanding jika seseorang itu terpaksa mendapatkan khidmat pinjaman daripada pihak yang tidak bertanggungjawab. - Bernama

Sekian, sampai-sampaikan dan sebar-sebarkanlah ilmu atau info yang kita tahu. Bagus berkongsi ilmu ni.. :) Assalamualaikum..

p/s: next time saya ceritakan sikit pengalaman saya pajak emas ok ;)
 
Inspirasi Emas Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template