Keliru?pelaburan?skim cepat kaya?

Assalamualaikum semua..

Disebabkan terlalu banyak panggilan telefon..terlalu byk email..terlalu banyak sms yang saya terima..So kat sini saya nak menghuraikan segala kekeliruan semua orang...

berikut adalah keratan akhbar terkini yang bertarikh 10hb Februari 2010 - berita harian

jom kita selidik sket..kes ni..


Rugi RM30j akibat skim pelaburan jongkong emas


GEORGETOWN: Seorang pemilik kedai emas yang kerugian antara RM3 hingga RM4 juta, adalah antara 30 mangsa yang kehilangan RM30 juta selepas terpedaya dengan skim pelaburan jongkong emas di negeri ini.

Mangsa yang berusia 40-an mendakwa, segala titik peluhnya selama 20 tahun hilang sekelip mata selepas terjebak dalam skim itu tahun lalu.

Ketua Siasatan Jenayah Komersial Pulau Pinang, Asisten Komisioner Roslee Chik, berkata mangsa adalah seorang daripada 30 pelabur skim itu yang membuat laporan polis.

Kira-kira 30 lagi mangsa skim pelaburan itu di negeri ini belum membuat laporan polis. Syarikat yang mengendalikan skim pelaburan itu turut beroperasi di Kuala Lumpur dan Selangor.

"Kes berlaku tahun lalu tetapi dilaporkan tahun ini selepas mangsa menyedari mereka ditipu. Setakat ini, polis sudah menahan tiga orang bagi membantu siasatan tetapi sudah dibebaskan dengan jaminan polis.

"Polis juga sedang mengesan 10 lagi suspek," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri di sini, semalam.


Syarikat itu yang mempunyai cawangan di beberapa negeri, menawarkan pelaburan jual beli emas mengikut harga pasaran beserta pulangan tiga peratus.

Sebaik menandatangani kontrak pembelian, pelabur diberikan pulangan sebanyak tiga peratus selain jongkong emas sehingga menyebabkan ramai pelabur terpedaya.

Jika melabur dengan membeli satu kilogram emas, pelabur akan diberikan emas berkenaan untuk disimpan.

Pelabur mendapat pulangan pada bulan pertama hingga ketiga sebelum ditanya sama ada mahu meneruskan pelaburan atau tidak.

Selepas tiga bulan, pelabur diberi peluang sama ada meneruskan atau menghentikan pelaburan, tetapi perlu menyerahkan semula emas dalam simpanan mereka.

Pelabur yang menamatkan pelaburan juga dikenakan caj RM15,000. Jika pada masa itu, harga emas rendah berbanding harga belian pelabur perlu membuat bayaran tambahan kepada syarikat.

Syarikat memaklumkan mereka memerlukan masa seminggu untuk memeriksa emas yang diserahkan pelabur kononnya bagi memastikan emas itu cukup timbangan serta ketulenannya.

Roslee berkata, pelabur mula menghadapi masalah dan menyedari mereka terjebak dalam skim pelaburan itu selepas menyerahkan emas kepada syarikat berkenaan.

"Mereka yang menyerahkan semula emas itu gagal mendapatkan balik pelaburan masing-masing sebelum membuat laporan polis," katanya sambil menambah siasatan sedang dijalankan bersama Bukit Aman.

sumber : Bharian

Kenapa semua ni berlaku? saya juga berasa agak simpati kepada pelabur-pelabur tersebut.

So kat sini saya nak bagi sedikit tips kepada pelabur emas.. saya x nak setiap pelabur-pelabur emas terpedaya dengan tipu helah skim cepat kaya. Berdasarkan keratan akhbar di atas:

1. sebelum melabur, pastikan syarikat tersebut benar-benar berdaftar dengan Bank Negara Malaysia

contohnya macam syarikat Public Fine Gold International Sdn Bhd


keratan akhbar harian metro : 22 Oktober 2009

Syarikat Public Gold ini sememangnya telah mendapat kelulusan dari pihak Bank Negara untuk jual beli emas di Malaysia. untuk maklumat lebih lanjut berkaitan syarikat ini, anda buleh rujuk public gold atau public dinar



2. Pastikan syarikat tersebut berdaftar dengan suruhanjaya syarikat malaysia (SSM)

3. Emas yang dijual adalah mengikut harga emas pasaran semasa dunia. Emas Public Gold (PG) adalah berdasarkan emas di www.kitco.com yang mana harganya adalah lebih rendah berbanding Federation of Goldsmiths and Jewellers Associations of Malaysia

4. Beli Emas, pastikan anda dapat emas tu..mana ade orang beli emas x dapat emas..kalau x dpt tu mmg sah kena tipu ler..

5. Pastu, bila da beli emas, jangan mudah kelabu mata..atau terpedaya dengan pulangan 1%..2% ...3% la..hish,..mana ade org beli emas dpt pulangan camtu..pelik pelik

6. Kalau nak jual balik emas tu..hishh mana ade sampai seminggu nak cek ketulenan emas tu..arghhhh pening-pening..padahal kejap je..x sampai 5 minit pun nak cek ketulenan emas tu..

7. Kenapa pulak nak kena bayaran tambahan kalau harga emas tu jatuh?

8. hah..tips ke 8 ni, abeh susah sangat..kalau nak tau lebih lanjut..Call je saya 012-5853035 (amir) x pun bleh yahoo messenger saya di pharmacist_usm.

9. Last sekali..nak beli emas..beli la kat saya.. ;) atau rakan2 emas saya yang lain..

seluruh kawasan Petaling Jaya & Kelana Jaya, KL, Subang Jaya, USJ, Sunway, Puchong, Damansara, TTDI, Shah Alam, Ampang, Bangsar

Bleh Call eda : 012-6253023 www.eda-emas.blogspot.com

atau bleh rujuk www.pokli.com untuk nama2 agen di seluruh Malaysia.

p/s: Doa saya..supaya anda smua tidak terpedaya dengan skim pelaburan EMAS cepat kaya..melabur la emas dengan cara yang betul..InsyaAllah anda pasti berjaya.Amin..

Akhir kata..selalu saya ingatkan..BELI EMAS..PASTIKAN ANDA DAPAT EMAS ANDA...

6 comments:

nazaroon on February 12, 2010 at 12:22 AM said...

artikel yang bagus. teruskan usaha

Amir Firdaus on February 12, 2010 at 3:05 PM said...

haha..thanks en Azan..apa2 info tambahan yang diperlukan bleh call saya 012-5853035

Anonymous said...

kena hati-hati tengok syarikat yang nak kita labur

Amir Firdaus on February 17, 2010 at 5:21 PM said...

betul tu...jgn mudah terpedaya..untuk info boleh call saya 012-5853035..insyaAllah akan cuba membantu

eda on February 21, 2010 at 12:02 PM said...

dan jangan segan untuk bertanya. banyak bertanya maka banyak ilmu yang kita dapat.. bila ada ilmu.. lagi mudah untuk kita timbangtara mana yang betul dan mana yang salah, mana yang asli atau mana yang sekadar ingin menipu orang..

nenisyahir@gmail.com on May 16, 2020 at 5:26 AM said...

Instagram: Aasimahaadilaaloanfirm
Twitter: ... aasimahaadilaahmedloanfirm
E-mel: aasimahaadilaahmed.loanfirm@gmail.com


salla Llâhu ‘alayhi wa sallam, nama saya Neni Syahir, saya adalah korban penipuan di tangan kreditor palsu. Saya kehilangan sekitar Rp.65.000.000 karena saya membutuhkan modal besar Rp. 5,5 miliar. Saya hampir mati, saya tidak punya tempat untuk pergi dan bisnis saya hancur, dan dalam proses itu saya kehilangan suami saya. saya tidak tahan lagi dengan hal ini. 4 November 2019 ini, saya bertemu dengan seorang teman lama di sebuah restuarant di Bandung yang memperkenalkan saya kepada seorang ibu yang baik, Ny. AASIMAHA ADILA MEMILIKI LOAN FIRM, yang akhirnya membantu saya mendapatkan pinjaman di sebuah perusahaan. Tolong, bantu saya untuk berterima kasih kepada ibu muslim yang memberikan pinjaman besar kepada pemilik perusahaan, pabrik burung hantu dan orang pribadi. Saya juga ingin menggunakan kesempatan ini untuk menasihati sesama orang Indonesia, Jika Anda ingin pinjaman modal besar, Anda dapat menghubungi mereka dan melihat situs web mereka Anda perlu tahu bahwa ada banyak scammers di blog ini yang tidak memiliki situs web di google map, saya menawarkan pinjaman dengan tingkat sangat rendah 1% dan saya mendapat pinjaman dalam 1 jam. .
Kontak Aplikasi pinjaman besar

E-mel: *******aasimahaadilaahmed.loanfirm@gmail.com
WhatsApp ::: ************ + 447723553516
Email saya; ***************** nenisyahir@gmail.com
Bismillâh ar-ra.hmân ar-ra.hîm

 
Inspirasi Emas Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template