Kesan HyperInflasi

Dalam topik sebelum ini, antara kebaikan emas yang telah kita bincangkan adalah EMAS TIDAK BOLEH DIMANIPULASIKAN. Berikut adalah petikan dari topik sebelum ini;

Salah satu keistimewaan emas ialah ia sukar diperoleh dan tidak boleh dicipta. Justeru itu ia tidak boleh dimanipulasikan. Kuantitinya tidak boleh ditambah dengan mudah. Ini menyebabkan emas sentiasa bernilai. Ini berbeza sekali dengan wang kertas. Ia boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah. Jika jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilainya akan menurun. Kenaikan harga barang yang menggila akan berlaku. Ia dipanggil hyperinflasi. Jika nilai wang kertas jatuh dengan teruk, wang kertas tersebut akan terus ditolak oleh rakyat. Sejarah telah membuktikan sistem wang kertas akan gagal. Terdapat banyak bukti kegagalan wang kertas di dalam sejarah tamadun manusia.

Di antara kisah kegagalan wang kertas yang pernah berlaku adalah:
1. Kerajaan Perancis –tahun 1715
2. Republik Weimer Jerman - 1922-1923
3. Hungary 1945-1946
4. Chile 1971-1981
5. Peru 1988-1991
6. Angola 1991 – 1999
7. Yugoslavia 1992-1995
8. Belarus 1994-2002
9. Kerajaan Mexico – pada tahun 1994
10. Kerajaan Argentina – pada tahun 2001
11. Zimbabwe 2000-2009



Dolar Zimbabwe adalah mata wang rasmi Zimbabwe antara 1980 dan 12 April 2009.

Walaupun dolar tersebut dianggap antara matawang yang bernilai (highest valued currency units) apabila ia mula diperkenalkan pada 1980 bagi menggantikan Dolar Rhodesia pada nisbah 1:1, kekacauan politik dan inflasi melampau dengan cepat menghakis nilai bagi dolar Zimbabwe yang akhirnya menyebabkan nilai matawang tersebut menjadi antara yang paling kurang bernilai di dunia(least valued currency units).

Walaupun terdapat beberapa cubaan untuk mengawal inflasi melalui perundangan dan redenominations pada 2006, 2008 dan 2009, tetapi penggunaan dollar sebagai matawang rasmi akhirnya hancur pada 12 April 2009 disebabkan oleh Reserve Bank of Zimbabwe telah mengesahkan penggunaan matawang asing untuk transaksi pada Januari 2009.

Kini, mata wang asing seperti Rand Afrika Selatan, Pula Botswana dan Dolar Amerika Syarikat telah digunakan dengan meluas bagi hampir kesemua transaksi di Zimbabwe,
Penggunaan dolar Zimbabwe hanya akan diperkenalkan semula sekiranya industri negara ini meningkat semula.


Sekadr Renungan....
Sekali pandang seolah-olah hanya orang kaya saja yang mampu miliki...


Kesan hyperinflasi sehingga menyebabkan wang terpaksa dibawa berbungkus-bungkus..pernahkah anda terbayang bagaimana mereka nak bawak balik gaji mereka?perlu sewa lori untuk bawak balik gaji?


Menu khas untuk jutawan??

0 comments:

 
Inspirasi Emas Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template