Blog baru saya - www.inspirasiemas.com

Assalamualaikum semua,

kepada pembaca setia blog ni, saya nak maklumkan pada anda, saya dah pakai blog baru tau..

www.inspirasiemas.com :)

jom ke sana..lebih banyak info yg menarik :)

Sejarah tak mungkin berulang

Assalamualaikum, sedar x sedar harini dah masuk 8 Syawal, rasa macam kejap je abis ramadhan dan kejap juga dah seminggu lebih kita berhari raya. So banyak ke dapat duit raya?Atau banyak habis sedekah duit raya??

Kepada mereka yang kerja gov, jangan risau, next week kita dapat gaji ok! hehe..tapi kepada mereka yang kerja swasta, saya x pasti pulak bila gaji dapat, mungkin setiap 1hb kot..kalau setiap 1hb so kena la tunggu lagi setengah bulan..hurmm..sabo..sabo..

Tapi, bagi mereka yang buat part time Public Gold ni, sepatutnya minggu ni dah dpt, tapi disebabkan semalam hari Malaysia, so kena la tunggu next week..hehe..insyaAllah next week cek clear..

Best jugak ni, duit part time masuk..duit kerja full time pon masuk.. best jugak jadi agen, tambah2 orang yang berpendapatan rendah, boleh la masyuk sket..habuan nak lepas bayar duit minyak ulang alik pegi keje, bayar bil lektrik, air, astro, talipon, internet dan lain2..

So kalau dah ade side income macam ni, kira gaji full time yg kita dapat boleh la sedikit sebanyak buat saving atau tambah stok emas yg ade..

Tambah emas lagi..tak abis abis tambah emas..hihi..kenapa perlu tambah emas??Kalau tuan-tuan nak tau, yang ni mmg saya slalu sangat cerita dalam blog saya..saya mula membeli emas public gold ni masa tu bulan SEPTEMBER 2009.


Sebelum saya cerita panjang lebar, cuba kita tengok harga semasa emas Public Gold sekarang, 750pm, 17 September 2010

 



Sejarah tak mungkin berulang

Ha..kalau anda tengok harga kat atas tadi tu adalah harga 1Dinar pada waktu sekarang ni. Mahal tak??Ape mahal??hehe..jawapan yang sama juga saya sebut masa 1 tahun yang lepas..jom kita tengok macam mana harga tahun lepas.


Tahun lepas, lebih kurang 10 September 2009 (baru jumpa resit sebab tu tau tarikh bila heheh), saya mula membeli dengan 1 dinar. Masa tu harga 1 Dinar cuma RM496.00. Tapi bila orang tanya mahal ke tak harga emas masa tu?? hishh..memang kompem la saya kata MAHAL!!

Tapi, mahal2 pun saya beli jugak, sebab saya fikir, pembelian emas ini adalah untuk jangka panjang..lagipun saya bukan main beli je terus..biasa la..takut jugak..bila dengar sana orang kena tipu sini orang kena tipu.

Jadi, kalau anda nak tau camne nak bezakan pelaburan emas ini skim atau tak, boleh baca artikel2 saya sebelum ini.[klik sini]

Jadi, lepas saya buat kaji selidik mengenai pelaburan emas di Malaysia ni, saya pon memilih Public Gold.

ok, jom tengok resit emas 1 dinar saya masa tahun 2009 (September).



Masa saya mula-mula beli 1 dinar ni, saya beli kat Bishop street, salah satu branch Public Gold. Bagi yang belum tahu, HQ ataupun ibu pejabat Public Gold ni di Bukit Jambul [klik sini], Pulau Pinang.

Jadi kalau kita tengok harga emas 1 dinar harini? RM598..nak senang kata lebih kurang RM596 la..

ok jom kita cuba buat calculation sikit.

10 September 2009 : RM496.00

17 September 2010 : RM598.00

Perbezaan harga : RM102 katakan RM100

jadi keuntungan, RM100 = 20.16%

Jadi, pendek kata, x sia2 saya beli emas masa tu walaupun harga emas tengah mahal masa tu..hehehe..Sebab ape?nak tunggu harga emas murah macam setahun lepas baru nak beli?? hurmm SEJARAH TAK MUNGKIN BERULANG :)


Sebab, kita kena fikir jangka panjang..jangan fikir jangka pendek..Saya faham, semua orang nak cepat kaya..betul?nak cepat berduit..nak cepat untung..tapi jangan disebabkan nak cepat untung sampai ada diantara kita yang join SKIM pelaburan tu..

Kepada mereka yang berminat nak tahu pasal emas ni..teruskan membaca blog saya..dan teruskan bertanya supaya blog ni menjadi lebih lengkap dengan soalan2 dari anda semua..

Saya amat hargai setiap soalan dari anda..jangan malu2 bertanya ok!

Kepada yang berminat nak pergi seminar, senarai seminar perniagaan emas ada kat bawah ni..

 
klik pada gambar untuk gambar yang lebih jelas
kepada yang berminat nak hadiri seminar, seperti biasa, just bagi detail berikut kat saya

  1. nama penuh
  2. no kad pengenalan
  3. no talipon/no untuk dihubungi
  4. lokasi seminar
hantarkan maklumat tersebut kepada saya di talian 012-5853035

Jom kita kembangkan network inspirasiemas..insyaAllah saya akan cuba bantu anda semampu yang mungkin :)

Kalau berminat nak jadi agen dan berhajat besar agar muka anda terpapar diblog ini [klik sini]

Kalau taktau nak download borang agen kat mana [klik sini]

kalau nak tanya soklan banyak2 [emel ke inspirasiemas@gmail.com]

kalau nak sms@ call saya [012-5853035]



kalau nak..ahha..berapa banyak kalau nak la..
oklah...sekian dulu penulisan saya kali ni..Assalamualaikum..

p/s: untuk paparan yang lebih menarik, sila lawati blog baru saya http://www.inspirasiemas.com

Mari Belajar Pajak Emas - Ar-rahnu

Assalamualaikum semua..
Harini, saya nak cerita sekali lagi tentang Ar-rahnu..bukan ape, sebab masih ramai yang tertanya2..camne nak pajak kat ar-rahnu ni..ape yang kena bawak, ape yang kena ade, ape yang itu..ape yang ini.. ehehhe..takpe2..kali ni saya cuba ceritakan secara ringkas dan padat supaya semua orang boleh paham.
p/s: kepada yang berminat nak tanya macam kawan2 kita yang lain boleh emelkan soalan anda kepada saya di inspirasiemas@gmail.com @ hubungi saya di 012-5853035
ok, mula2, saya nak cerita dulu tentang pelaburan emas dalam buku akaun. Nak cerita sikit je..supaya anda nampak beza dengan lebih jelas antara emas dalam buku akaun dan emas fizikal.
Contoh emas dalam buku akaun : Public Bank Gold Investment Account, Maybank Gold Saving Passbook Account (GSPA) dan lain2..
sumber gambar : public bank
ok, sebenarnya emas fizikal dan emas buku pelaburan ada kelebihan masing2..cuma didalam teknik ar-rahnu, hanya emas fizikal saje yang boleh digunakan. Emas dalam buku pelaburan boleh tak boleh guna cara ini.
Biasanya, teknik ar-rahnu digunakan bila pemilik emas tersebut memerlukan/nak guna wang pada satu-satu masa tertentu.

Bila pemilik tersebut nak guna wang, terdapat dua cara untuk mendapatkan wang, iaitu merompak sori bukan dengan merompak..hehe..
  1. menjual emas yang ada padanya
  2. memajak emas tersebut
Cara pertama iaitu dengan menjual emas, kedua-dua jenis emas pelaburan boleh gunakan teknik ini.
Situasi pertama
Di mana, bila harga emas sedang naik, boleh la jual emas yang ada pada kita tu. Dengan cara ini, kita boleh dapat untung sebab jual pada harga yang tinggi. Lebih tinggi daripada harga emas semasa kita mula2 beli dulu.

Situasi kedua
Tapi, bagaimana kalau masa kita nak jual tu, harga emas tengah rendah? Time tengah terdesak nak guna duit, harga emas turun pulak. Kalau kita jual time tu, kita akan rugi. Betul tak?

Situasi ketiga
Kita sayang nak jual emas tu, sebab masa kita beli tahun lepas atau 2-3tahun lepas harga emas tu baru dalam RM100-120/gram. Tapi sekarang ni dah RM140/gram..Kalau kita jual emas ni sekarang, nanti nak beli balik harga emas dah naik..so makin mahal..

Jadi, jika anda sayangkan emas tersebut maka teknik ar-rahnu memainkan peranan penting disini.
Sehingga kini, ar-rahnu yang terbaik adalah AGRO Bank.
  1. Sebab Agro Bank tawarkan nilai yang lebih tinggi dari ar-rahnu lain
  2. Sebab Agro Bank terima semua jenis emas jongkong, syiling, barang kemas.
  3. Tapi malangnya sehingga kini semua ar-rahnu x terima emas dalam buku pelaburan
p/s: jadi kepada pemilik emas dalam buku pelaburan, memang teknik ni x sesuai untuk anda. Tapi takpe, boleh belajar untuk tambah ilmu.

Jadi, apakah keperluan yang anda perlu tahu sebelum nak pergi pajak kat ar-rahnu Agrobank?

1. Bawa Kad pengenalan
2. Kena ada akaun di Agro Bank (kalau takde, cuma perlu buka akaun RM20 saja minimum)
3. Bawa Emas yang nak dipajak
4. Kalau emas tu ada sijil dia, bawa bersama (contoh: emas Public Gold)


ok, kalau sebelum ni, harga emas 999 kalau nak pajak kat AGRO Bank cuma RM118.20/gram
Anda boleh baca pengalaman kali pertama saya pajak sebelum ni lebih kurang bulan Februari 2009, kat situ ade saya tulis cuma RM118.20/gram saje [klik sini]

Lepas tu, harga emas yang saya pajak untuk emas 999 dah naik, saya pun x sedar bila dia naik, tapi yang pasti masa saya pajak masa tu dalam bulan jun ke bulan julai camtu, dah naik jadi RM126/gram.
Nak tunjuk contoh pon saya dah pergi tebus dah emas tu..hehe

Lepas tu, 2-3 hari nak raya, saya pergi pajak lagi..maklum la..nak raya nak guna banyak duit :)
Kali ni, masa saya pajak tu, harga emas dah naik jadi RM148.50/gram

Ok jom kita tengok contoh pengiraan nilai pajakan emas tersebut.

ok, macam mana nak kira?

harga emas untuk 999 yang ditawarkan oleh AGRO Bank = RM148.50/gram
Berat emas yang saya pajak = 100gram


Nilai Marhun = Nilai emas saya
= RM148.50 x 100gram
= RM14,850.00

Jika ini adalah pajakan pertama, saya hanya layak untuk meminjam 60% sahaja dari Nilai Marhun
Memandangkan pajakan ini bukan pajakan pertama saya, jadi saya boleh pinjam sehingga 70% dari Nilai Marhun emas saya.
 

Jadi, saya layak untuk meminjam,
75% x RM 14850
= RM11,137.50

tapi kalau anda lihat nilai pinjaman saya di atas hanya RM10,000.00 saja kan? Sebenarnya saya saje je minta RM10,000.00 Jadi terpulang kepada kita nak pinjam brapa banyak cuma maksimum pinjaman adalah RM11,137.50

ok, macamana kira upah simpan?
Upah simpan kita telah ditetapkan hanya RM0.60sen untuk setiap RM100 nilai emas kita (nilai marhun)
Sebab nama pun UPAH SIMPAN jadi, dia akan caj upah untuk dia simpan emas kita tu bukan ikut brape banyak yg kita pinjam.

jadi, pengiraannya macam ni;
RM14850.00 (nilai marhun) x 0.60sen(upah simpan) bahagi RM100 (sebab untuk setiap RM100)
= RM 89.10/bulan

disebabkan kita boleh meminjam sehingga 6 bulan pertama, jadi anda boleh lihat nilai upah simpan kat gambar diatas adalah RM534.60 (RM89.10 x 6 bulan)

Kalau anda lihat, ansuran bulanan saya adalah sebanyak RM1666.66 yang ni tak termasuk upah simpan lagi. sebenarnye terpulang pada kita, nak bayar RM1666.66 setiap bulan ke, atau nak bayar rm2000.00 setiap bulan ke..atau xmo bayar langsung tapi dah cukup 6 bulan baru nak bayar pon boleh jugak..bayar sekaligus RM10,000.00 + RM534.60 untuk upah simpan 6 bulan.

Tapi, kalau kita x mampu bayar untuk jangka masa 6 bulan, boleh di 'extend' lagi selama 3 bulan, kalau x mampu lagi boleh lagi di 'extend' untuk 2 bulan lagi..jadi total semua 11 bulan la..cuma upah simpan tu kena kira balik untuk 11 bulan..ada pahammm??

haaa..mudah je kan?lepas ni boleh la sampai2kan pada kawan2 lain..takpun copy paste je cerita saya ni dalam blog masing..tp jangan lupa bg kredit kat blog saya ni ok ;) Berkongsi amalam mulia..hehe
ok la..sekian saja dulu cerita pasal ar-rahnu ni..nanti kita sembang cerita lain pulak ok..jangan segan silu untuk emel2kan soalan anda..mana tau anda bertuah, soalan anda akan masuk dalam blog saya ni..hehe

Sekian dulu dari saya,
Amir Firdaus
inspirasiemas@gmail.com
012-5853035
berminat nak jadi agen?? [klik sini]

Selamat Datang Iena & Wan - New Dealer

Assalamualaikum.. 

Ape khabar smua? harap2 smua sehat2 lah ye..hehe. Maklumla..baru lepas raya, sure makan habis2an..sebab masa bulan ramadhan xleh nak makan banyak..tapi, nak makan di bulan Syawal tu kena la beringat2 ye..jgn berlebihan ok! Ha..kepada mereka yang nak pahala lebih sket boleh la sambung puasa lagi 6 hari dibulan Syawal ni :) jom kita puasa sama2..

Sedar x sedar kini dah SETAHUN saya kenal emas Public Gold, saya mula kenal emas Public Gold bulan September 2009.

Emas pertama yang saya beli masa tu ialah 1 dinar dengan harga RM497.00 Tapi sayang, tah ke mana resit emas satu dinar yang saya beli tu..nanti kalo jumpa saya upload..sebagai kenang-kenangan utk saya..hehe. Kalau nak tau, masa saya beli tu pun dah memang saya rasa mahal..mana tak nya, sahabat saya En Hizwan, dia la yang mula cakap2 emas kat saya..masa tu saya wat xtau je..hahaah..

Dalam hati saya masa tu.."Alahai..malas la simpan2 emas ni..buang masa je..baik simpan ASB hahaha.."Masa tu member saya beli baru RM460.00++ haha..(bulan Jun 2009 masa tu). Bila tgk harga emas 1 dinar dah naik jadi 490++ baru saya gelabah..ehehehe..so itu la pengalaman saya sebelum saya mula menjadi agen pada Januari 2010

Jadi, ayuh, kepada mereka yang nak jadi Agen dengan nilai yang cuma RM20k..Ape RM20k je??wow?bukan dulu RM40k ke??hehe..haa..memang dulu RM40k..tapi sekarang ni Public Gold buat promosi cuma RM20k je..hingga hujung October 2010..

Nak tau lebih lanjut?? jom baca artikel saya sebelum ni [klik sini]
Nak download borang jadi agen Public Gold dibawah rangkaian team Inspirasi Emas? [klik sini]


Kepada orang-orang di kawasan Perak, kini dah tak perlu rasa susah hati..lepas ni boleh call agen-agen baru saya ni..Cik Iena ataupun En Wan.. 

So kalau nak tanya diorg pengalaman camne nak jadi agen dengan nilai RM20k pon boleh..hehe betul tak iena & wan?
Area Taiping/Kuala Kangsar/Batu Gajah/Ipoh

Haslina Noor Bt Ramle (Iena)
010-4026330
iena0220@yahoo.com
012-5156330(iena/wan)

atau
Mohd Izwan Fadzaie B Baharuddin(Wan)
010-4036330
wanfaz_e@yahoo.com
012-5156330(iena/wan)

Kepada mereka yang berminat nak tau lebih pasal emas ni, boleh hubungi saya di talian 012-5853035 ataupun emelkan saja sebarang bentuk soalan anda ke inspirasiemas@gmail.com

Sekian buat masa ini,
Amir

Jualan dinar, dirham laris

Assalamualaikum semua, camne puasa?bes tak??ke smua dah dalam mode raya??haha..relaks dulu…bulan puasa ni banyak kelebihannya..jadi harap kita smua dapat betulkan niat dulu ok..then da masuk syawal baru pk pasal raya hiihihi..

Bila terbaca berita ni, semakin best pulak, kenapa?sebab Public Gold yang mempunyai kilang sendiri di Pulau Pinang sekali lagi telah mengukuhkan bisnes nya..Nak tau kenapa?jom baca berita kat bawah ni..

KUALA LUMPUR – Sejumlah RM1.5 juta dinar emas dan RM500,000 wang dirham yang diperkenalkan Kerajaan Pas Kelantan sebagai alternatif kepada mata wang sedia ada habis dijual dalam tempoh tiga minggu sejak dilancarkan 12 Ogos lalu.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kelantan Golden Trade Sdn Bhd (KGT), Profesor Dr Umar Ibrahim Vadillo berkata, negeri Kelantan menunjukkan perkembangan paling pantas penjualan mata wang dinar dan dirham sejak diperkenalkan di negeri itu.

“Orang ramai diminta menunggu sehingga selepas musim perayaan Aidilfitri bagi mendapatkan dinar emas Kelantan dan menghubungi pihak KGT kerana ia adalah satu-satunya agensi yang bertanggungjawab bagi penjualan mata wang ini.

“Bagi mengelak berlaku sebarang kekeliruan, orang ramai dinasihatkan tidak menghubungi lain-lain jabatan kerajaan seperti Pejabat Menteri Besar atau Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) bagi tujuan mendapatkan dinar emas dan dirham ini,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Menurutnya, Kerajaan Kelantan telah melipatgandakan modal operasi KGT daripada RM2 juta kepada RM4 juta untuk meningkatkan jumlah pengeluaran mata wang ini.

“Kami telah menyediakan penambahan syarikat pengeluaran dinar dan dirham di sini iaitu melalui syarikat Public Gold Sdn Bhd yang terletak di Penang.

“Dari segi edaran pula, kami juga telah menambah jumlah ejen untuk mengedarkan mata wang ini daripada dua buah iaitu Permodalan Kelantan Berhad (PKB) Ar-Rahn (Kota Baharu) dan Nubex (Kuala Lumpur) kepada enam buah lagi yang akan dikenal pasti,” katanya.
sumber: sinarharian

Seminar & Training – Perniagaan Emas Public Gold

Bagi yang minat jadi agen, boleh baca artikel saya sebelum ini [klik sini]
Assalamualaikum,

“Macam mana nak jadi Agen ni…??Ape pon tak tau lagi..!! Tapi nampak macam BEST jer jadi agen Public Gold ni..Tapi nak tanya sapa ni??”

Ha..Kalau soalan2 macam tu bermain difikiran anda, bagus!! Nak jadi agen Public Gold memang x susah
Bagi kat Public Gold RM20k++ pastu ambik emas Public Gold yang nilainya sama seperti harga yang anda bayar..
Amboi2..haha..senang je cakap ek..nak suruh bagi 20k++ tapi ape pon xtau pasai emas ni..
Ok ok..camni, kepada mereka yang berminat nak jadi Agen Public Gold, anda boleh datang seminar..Seminar ni terbuka kepada semua pelanggan2 tak kisah la sama ada anda agen atau pelanggan atau x pernah beli emas ape pon dari Public Gold.
Anda boleh tengok jadual seminar macam kat bawah ni;
Ok, dah tengok jadual??So anda boleh pilih seminar mana satu la yang menjadi pujaan hati..Then, langkah anda seterusnya ialah dengan menghantar
  1. Nama
  2. No K/P
  3. no contact
  4. Tempat Seminar
  5. tarikh
ke alamat emel berikut :  inspirasiemas@gmail.com atau pun buleh SMS ke 012-5853035
Kepada mereka yang memang dah paham sgt pasal emas ni..atau memang dah tak sabar lagi nak jadi agen, sebab takut pasaran harga emas semakin naik (sebab kalau emas naik harga maka dr RM20k tu anda dpt skit je la emas berbanding kalo harga emas murah dpt byk sket emas) bolehlah download borang agen ni [klik sini] pastu bawak borang ni masa pergi dengar seminar.
Bila dah jadi agen, boleh la pergi training untuk agen pulak.. :) Kat situ segala rahsia tokei emas akan dibongkarkan ;)
p/s: kepada mereka yang belum jadi agen, tak boleh la pergi training untuk agen. So kat jadual tu boleh pilih seminar saja.
Baiklah, kalau ada soalan lagi boleh emel atau sms saya ke alamat dan no seperti diatas tadi.
Sekian,
Amir Firdaus

Raya Ni Balik Kampung...Yeayyyy!!

Salam Ramadhan semua...Sedar tak sedar, harini dah masuk hari ke 24 umat islam berpuasa. Cepat betul masa berlalu..rasa macam baru puasa sehari je..Lepas ni dah nak masuk Syawal..Entah boleh atau tak kita diketemukan dengan Ramadhan yang akan datang..

InsyaAllah, raya tahun ni, seperti tahun2 yang lepas saya akan balik beraya dikampung..x sabar pulak rasanya nak balik kampung..Mana tak nye..nak makan ketupat yang tok saya buat..hehe...
Tahun ni saya balik beraya di Perlis, jadi kepada mereka yang berada di Perlis boleh la ambik peluang ni jumpe sembang2 pasal emas..heheh..Sembang2 je la sebab saya x bawak balik stok emas pon ke Perlis..Tapi kalau ade yang nak tempah emas, boleh tempah siap2 la..Nanti saya hantaq balik perlis.
Tahun ni agak menyedihkan sket..sebab kena balik kg naik moto je..alahai..keta saya still kat workshop lagi..anta untuk repair..eksiden aritu..

Kalau x silap, orang tu kata lepas raya baru siap..huhu..xleh la nak bawak balik kuih raya banyak sket nanti..
Ok ok..stop dulu bab raya..
Jom Sembang Emas pulak
Semalam saya dapat call dari Langkawi, ade customer yang nak beli emas..Kan ke bes kalau saya ade agen kat Langkawi..Tapi xpe, nasib baik dia bleh amek kat penang. So kita jumpa Sabtu @ ahad ni ye En Razi :)
Kebetulan hari ni terima emel dari Orang Perlis, nasib baik saya balik kg raya ni..So bleh la pas emas tu.. :)
Sekali lagi Kan ke bes kalau ade agen inspirasiemas yang boleh jaga kawasan Perlis
Jadi, itu lah tujuannya kami di inspirasiemas masih mencari agen2 di seluruh kawasan..Contoh kalau ade customer nak beli emas, boleh saya pas saja kat agen2 saya.
Jadi kepada mereka yang berminat untuk menjadi Agen,saya amat alu-alukan anda. Jom join team inspirasiemas.
Bagi yang berminat jom [klik sini] kita baca posting saya sebelum ini.
Jangan malu2 bertanya, boleh hubungi saya 012-5853035 atau emailkan sebarang soalan berkaitan emas ke inspirasiemas@gmail.com
Sekian dulu buat masa ini,

SALAM AIDILFITRI DAN MAAF ZAHIR BATIN

SEMOGA ANDA PELANGGAN2 SETIA INSPIRASIEMAS BERPUASHATI DENGAN LAYANAN KAMI
Regards,
Amir Firdaus

PROMOSI - Diskaun Lagi Untuk Jadi Agen!!

Assalamualaikum, syok betul bulan September dan October ni..Kenapa?Mana taknya, Public Gold sekali lagi memberi peluang kepada anda semua untuk jadi Agen..
Kalau dulu, masa saya jadi agen, kena beli 1 set Emas..baru boleh jadi agen, tapi pelanggan-pelanggan sekarang, dihidangkan dengan banyak keistimewaan untuk anda juga turut berpeluang menjadi agen.
Nak jadi agen kalau nak ikutkan harga sekarang, lebih kurang RM40,000.00+++
Dimana anda kena beli emas-emas berikut;

Emas 916

1 keping emas 1 Dinar (4.25 gram)
1 keping emas 5 Dinar (21.25 gram)
1 keping emas 10 Dinar (42.5 gram)

Emas 999

1 keping emas jongkong/bar 20 gram
1 keping emas jongkong/bar 50 gram
1 keping emas syiling 50 gram dan
1 keping emas jongkong/bar 100 gram
Kalau nak tau harga semasa, anda boleh la cek harga2 emas tersebut kat sebelah kanan web ni.
jumlahkan semuanya, so lebih kurang RM40k++
Tapi, memandangkan Public Gold buat promosi sempena Aidilfitri, untuk menjadi Agen, dah tak perlu lagi dah beli emas 1 set tu, boleh beli emas ape pon yang kita nak, asalkan cukup RM20k atau lebih dalam 1 resit..

ingat..RM20,000.0++ dalam 1 resit...!!

so, anda boleh la pilih, nak beli emas 20gramx7keping ke..1 dinar smuanya ka..tak pun nak campur2 1 dinar dengan 20gram ke..atau 100gram 2 keping ke..ikut la..asalkan cukup RM20k..

Apa kelebihan Jadi Agen?

Komisen 1.5% - Anda sebagai agen akan dapat komisen sebanyak 1.5% atas setiap emas yang dibeli dari Public Gold. Tak kira la emas yang dibeli dari PG tu untuk customer atau untuk simpanan sendiri. Sebab ada orang, jadi agen sebab nak beli emas murah sket..So ambil la peluang ni :)
Capital Gain - Mendapat untung semasa kenaikan harga emas. Memandangkan harga emas sentiasa dalam trend menaik, jadi secara tidak langsung kita akan dapat untung. Ini dinamakan berniaga sambil melabur. Walaupun kita x jual emas, nilai harga aset kita tu tetap bertambah. :)
Tokei Emas - Rahsia tokei emas adalah beli emas banyak2 semasa harga sedang murah, dan jual semasa harga naik .
Anda jadi agen, anda secara x langsung adalah tokei emas. :)
Buy Back - Anda boleh menjana pendapatan sehingga 5-7% jika anda membuat belian semula emas dari pelanggan anda. wow!!
Resit - Ada resit untuk agen2 bagi memudahkan urusan jual beli emas kepada pelanggan. Lebih professional :)
Training - Latihan akan diberikan untuk agen2 yang baru.
Jadi, rebutlah peluang terbaik ini untuk menjadi Agen Public Gold dibawah rangkaian inspirasiemas.com
Agen masih diperlukan diseluruh Malaysia. Bagi yang berminat bolehlah download borang agen berikut [klik disini]
Untuk bacaan lanjut mengenai promosi tersebut anda boleh [klik Disini]
Nak baca secara ringkas tentang kelebihan menyimpan emas [klik Disini]
Kalau ada apa2 prob atau persoalan mengenai promosi ini boleh msg@call saya 012-5853035 (amir)

Emas pengganti duit raya?

Assalamualaikum, hurm..tengah jenguk2 blog member2 saya (terbaca kat blog bijakemas)..terjumpa pulak kisah Emas pengganti duit raya?
amboi, sampai taju berita pun dah letak camtu..hehe..kan ke bes kalau duit raya saya mak ngan abah saya bagi saya dinar emas..fuhh..

Aik?ade yang gelak ke?Ape?dah besar pun nak duit raya??haha..kena la..sebab saya x kawen lagi..so abah ngan mak saya kena la bagi duit raya..eh silap..Dinar Emas ;)

Hurm, ok ok..jom kita baca, apa kata mereka..?

Oleh NORLAILI ABD. RAHMAN
bisnes@utusan.com.my
Gary Joseph menunjukkan sebahagian koleksi perhiasan emas termasuk kepingan emas yang boleh dijadikan pengganti duit raya di Kuala Lumpur, baru-baru ini .


PUTRAJAYA 29 Ogos - Tradisi pemberian duit raya sempena Hari Raya Aidilfitri mungkin patut diubah kepada pemberian kepingan emas (gold bar) yang mampu memberi keuntungan pada masa akan datang.
Pengurus Besar Habib Jewels Sdn. Bhd. (Bahagian Jualan Persendirian), Gary Joseph berkata, pelaburan logam berkenaan amat menguntungkan dan sejak beberapa tahun kebelakangan ini harganya tidak pernah merosot.
"Lebih baik berikan kepingan emas berbanding wang tunai kerana ia boleh disimpan dan dijual pada bila-bila masa dengan harga yang lebih tinggi," katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.
Menurut beliau, amalan ini telah diamalkan di kalangan kaum Cina yang memberikan angpow dalam bentuk kepingan emas.
Menurut Gary, Habib Jewels kini menawarkan pembelian kepingan emas yang berbeza dengan apa ditawarkan oleh bank di negara ini.
Syarikat itu membenarkan pembeli membawa pulang kepingan emas terbabit dan mereka boleh menggadainya semula di mana-mana kedai emas ataupun Ar-Rahnu bagi mendapatkan wang tunai.
"Kebanyakan bank tidak benarkan pelanggan bawa pulang emas terbabit, pelanggan beli dan hanya simpan resit pembelian atau buku bank, dan penjualan emas berkenaan hanya terhad kepada itu sahaja," katanya.
Tambah Gary, Habib Jewels menawarkan kepingan emas dengan berat minimum lima gram sehingga sekilogram.
Ia ditawar mengikut harga pasaran emas semasa dan ketika ini Habib Jewels menjual kepingan emas jenama Pamp Suisse pada harga sekitar RM145 segram.
Menurut Gary, emas adalah sumber pelaburan yang tidak pernah menghampakan pelaburnya untuk meraih keuntungan.
Katanya, walaupun harga emas ketika ini mengalami pembetulan namun ia masih stabil dan dijangka terus meningkat kira-kira lima peratus menjelang November ini.
"Ketika krisis ekonomi yang lalu, harga emas melonjak sehingga 30 peratus tetapi sekarang ia kian stabil dan mampu memberi pulangan pelaburan sekitar lima peratus hingga lapan peratus.
"Ini adalah masa terbaik untuk membeli emas sama ada emas fizikal ataupun barang kemas kerana harganya kompetitif namun mampu memberi pulangan pelaburan pada masa akan datang," ujarnya.
Apa yang menarik mengenai pelaburan emas, harganya akan naik mendadak didorong oleh beberapa faktor luaran yang negatif seperti ketidaktentuan ekonomi, kelembapan pasaran kewangan dan peningkatan harga minyak, jelasnya.
Tambah beliau, sekiranya, faktor-faktor ini menunjukkan trend positif, harga emas akan terus stabil tetapi ia belum pernah jatuh menjunam dan merugikan pelabur-pelaburnya.
"Apabila berlaku ketidaktentuan ekonomi terutama pasaran global, orang ramai akan mula membeli emas kerana mereka yakin harga emas tidak akan jatuh dan mereka tidak akan mengalami kerugian," katanya.
Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ini, Habib Jewels mempromosikan kempen 'Rantaian Kasih' yang mana pelanggan boleh mendapat diskaun terbaik bagi barang-barang kemas yang dijualnya.
Pada tahun ini, Habib Jewels membuka ruang pameran di hadapan kedainya di pusat membeli belah Alamanda, Putrajaya selama sebulan bagi tujuan promosi 'Rantaian Kasih'.
Dijangkakan seramai 24,000 pelanggan akan mengunjungi ruang pameran berkenaan.
sumber: utusanonline

Promosi Agen Public Gold Kini RM20,000 SAHAJA!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Alhamdulillah, hari ini 1 September 2010, masuk hari ke 22 kita berpuasa. Semoga selama 21 hari yang lepas ibadah puasa kita ini diterima dan diberkati Allah s.w.t. InsyaAllah. 
Bagi anda semua, penggemar penyimpan emas, mulai hari ini, 1 September hingga 31 October 2010, Public Gold sekali lagi buat promosi untuk jadi agen macam bulan Jun yang lepas. Memang kompem best lah.. Mana tak nya, kali ni sekali lagi diorg buat promosi untuk jadi agen hanya RM40,000.00 RM20,000.00 wow!!!

Masa promosi yang lepas, memang ramai yang jadi Agen, banyak kelebihan jadi agen ni. Ada yang jadi agen sebab nak promote kat kawan2, nak promote kat orang kampung, nak promote kat sedara mara..dan ade gak nak jadi agen sebab nak beli emas tu murah sket untuk KOLEKSI SENDIRI yang ni memang pilihan bijak. Walau ape pun tujuan anda jadi agen, memang sekarang lah masa yang sesuai untuk jadi agen sebab hanya RM20,000.00 
Kalau la masa saya jadi agen dulu RM20,ooo.00 jugak..huh, maksudnya saya dah jadi agen 2 kali!! hahaha...tapi kalau anda semua memang sebelum ni dah kumpul RM40k semata-mata nak jadi agen..
tetap x salah..sebab 40k tu pun memang anda akan dapat emas 40k nilainya..takda kos tersembunyi..!!
maksud saya xde yuran pendaftaran ke duti setem ke. 40k tu memang harga emas yang anda beli..Beruntung sungguh jadi Agen Public Gold..!! :) Lebih beruntung kalau jadi Agen Public Gold dibawah team inspirasiemas!! 
Kepada mereka yang nak jadi agen dibawah inspirasiemas, saya akan bantu anda buat blog! Lebih senang nak promosi..btul tak? Saya akan bantu anda buat blog yang mana basic kandungan blog tu ada. Then untuk posting anda boleh post ape2 pon yang anda mahukan.. :) 


Jadi, kepada yang berminat, anda boleh lah emelkan details @maklumat diri anda seperti nama penuh, no k/p dan no contact untuk saya hubungi anda. Saya akan berikan cadangan kepada anda, emas apakah yang sesuai untuk anda beli.
Email saya : inspirasiemas@gmail.com
No Tel : 012-5853035
Atau anda bolehlah tinggalkan sebarang komen anda dibawah posting ini.
Kepada mereka yang tinggal dikawasan UTARA, saya amat alu-alukan anda join team inspirasiemas..!!
Sekian, Assalamualaikum..

 
Inspirasi Emas Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template