Nak Pilih Emas Yang Mana?

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, setelah hampir sebulan saya tak bercerita dalam blog ni, hari ni saya nak cerita sket. Target untuk penulisan saya kali ini adalah kepada mereka yang baru nak mula, yang baru nak kenal emas ni. ok?? So kepada otai2 emas yang lain yang membaca artikel ni harap beri komen kalau ade nak tambah pape..hehehe

Ramai yang tanye, ke mana menghilang? hehee..saya x menghilang pon, bisnes emas tetap berjalan macam biasa cuma blog je x sempat nak update. Maklumla..bz dengan persiapan kenduri kawen adek perempuan saya :) lepas tu berjalan sana sini pulak ke kenduri kawan2..

Emas Public Gold

Banyak customer yang call saya akan tanya,

nak beli emas yang mana cik amir? yang mana bagus ye?

emas petak (gold bar/jongkong) ke emas bulat-bulat (syiling dinar)???

Ok, soklan ni memang antara soklan hot dari customer2 dan bakal2 agen baru..baik, jom kita tgk harga emas kat bawah ni ha..



ok dah tengok kan harga emas kat atas ni ha? Jom kita tengok perbezaan harga jual dan beli bagi setiap emas tersebut.

Bagi emas 10gram
RM1679.00 (harga beli emas dari PG/Agent) - RM1545.00 (harga jual balik kepada PG/agent)
=RM134 (8%)
Bagi emas 20gram
RM3326.00 - RM3126
=RM200 (6%)
Bagi emas 50gram
RM8,277.00 - RM7,822.00
=RM455 (5.5%)
Bagi emas 100gram
RM16,477.00 -RM15653.00
=RM824 (5%)
Kalau kita tengok dari segi spread (perbezaan harga beli dan harga jual balik), lagi besar ataupon lagi berat emas tersebut maka lagi rendah la spreadnya..

Nampak menarik kan? Beli emas bersaiz besar, akan untung cepat sikit la maksudnya.

Tapi, tak semua orang mampu memiliki emas yang bersaiz besar. Ok bagi mereka yang suka emas yang bersaiz kecil ni pula, anda sebenarnya boleh juga mendapat untung dari segi penyimpanan emas ni. Nak tau macam mana?

Teknik jual balik secara ansur-ansur

Sebenarnya teknik ni ada dalam artikel saya yg lepas. Tapi takpa, mai nak cerita balik.

Katakan saya ada emas 1 Dinar sebanyak 30 keping yang nilainya RM20,000.00 (Modal awal saya)

iaitu lebih kurang RM670 sekeping 1 dinar.

Kemudian, selepas 1 tahun saya simpan, emas saya naik sebanyak 25% (RM5000.00)

Maka, nilai emas saya ni akan jadi RM25,000.00

iaitu lebih kurang RM840.00 (25%)

Jadi, apa yang saya buat, untuk ambil untuk RM5000.00 tu saya akan jualkan emas saya sebanyak 5-6 keping 1 dinar

Katakan saya jual 6 keping 1 dinar = RM840 x 6pcs = RM5040.00

Kalau saya jual 6 keping emas 1 dinar tadi, emas saya akan berkurang. Sekarang dah tinggal 24keping. Tapi kawan2, walaupun bilangan emas tadi dah menyusut..dari 30keping 1 dinar dah jadi 24keping 1 dinar, nilai emas 24 keping 1 dinar tu masih lagi lebih kurang RM20k :) betul tak?? sebabnya, kita just jual 6keping 1 dinar yang nilainya lebih kurang RM5k tu (untung kita selepas kenaikan harga emas sebanyak 25%)

Pendek kata, kita cuma ambik untung saje..modal permulaan 20k masih ade. kalau kita jual lagi 24keping tu, kita dapat la 20k betul tak?hehehe..harap2 paham la ye..

Tapi, kalau kita ade 3 keping 10 dinar? agak susah la nak guna teknik diatas betul tak? oleh yang demikian, ada kelebihan dan kelemahan la kalau nak beli emas yang bersaiz besar ni.

Baiknya adalah spreadnya rendah. Kelemahanya, tak brapa boleh nak guna teknik diatas. Melainkan kalau dia ade berkeping2 emas 10dinar tu..

**kenaikkan harga emas 25% tu tak dijanjikan, saya hanya bercerita berdasarkan kenaikkan harga emas tahun2 sebelum ni :)




Kalau ditanya emas petak ke emas bulat2 yang bagus?

Semua ni sebenarnya bergantung kepada individu, ada yang suka emas petak-petak. Ade setengah orang x suka yang petak, dia suka yang bulat--bulat. Mata orang yang tengok ni berbeza-beza.

Tapi kalau dari segi ketulenan, emas 999 lebih tulen [emas petak-petak tu...], lebih lembut :)

Emas bulat-bulat tu (syiling dinar) adalah emas dengan ketulenan 91.6% ataupon orang panggel emas 916. Kebanyakkan barang kemas (rantai ke gelang ke cincin ke) guna emas 916.

p/s: graf harga emas tu nampak macam tengah turun je? Haa..untuk maklumat, time macam ni la paling sesuai nak beli emas. Sebab?? Sebab, harga emas sebelum ni dah mahal..semua orang cakap mahal kan? So time harga emas jatuh ni la kita sepatutnya cakap

"wah murahnya harga emas!!! hehehe..."

Tapi yang bestnya, bila harga emas tengah murah cam sekarang ni, sebab tengok graf tengah jatuh sket;

"Macam mana kalau lepas beli, harga emas jatuh lagi?"

ok, kalau emas jatuh lagi, kalau ade duit beli lagi. Kemudian boleh gunakan teknik pemurataan harga.
takpon antara soklan yang agak hot lagi,

"bila harga emas nak jatuh cik amir? saya igt nak beli emas ni.."

hurm, kalau tanya saya soklan ni memang agak sukar untuk saya jawab, tapi adalah lebih baik kita buat keputusan segera iaitu dengan membeli emas bila ade je duit..sebab??sebabnya, nak tunggu harga emas turun, kita taktau bila dia nak turun, tapi nak tunggu harga emas naik??memang kita dok tau dah, emas memang naik harga :)

Jadi, berfikirlah secara bijak. Bertindak sekarang..Kena beli dulu seketul sekurang2nya, kemudian baru boleh rasa apa yang saya rasa sekarang :) Rasakan Aura Emas...

Sekian, Assalamualaikum

Amir Firdaus
Master Dealer (A0348)
012-5853035
inspirasiemas@gmail.com

Dealer-dealer terkini inspirasiemas.com :)

Assalamualaikum,

Salam sejahtera saya ucapkan kepada semua pembaca blog ini. Terima kasih saya ucapkan kerana tanpa sokongan anda, blog ini tak akan sampai ketahap ini sekarang. Dengan jumlah pembaca yang kian meningkat, dengan jumlah soklan yang membanjiri email saya, ada yang saya sempat balas ada yang masih dalam proses untuk reply.

Harini secara ringkasnya, saya nak update senarai dealer2 dan rakan2 inspirasiemas.com


Jadi kepada mereka yang berminat nak tau pasal emas/ nak beli emas ni bolehlah contact mana2 agen berhampiran dengan kawasan anda. InsyaAllah mereka akan beri maklumat berkaitan emas ni kepada anda seperti yang anda inginkan :)
Walaupun terlalu banyak company yang jual emas sekarang ni, maklumla bila dah maju mesti banyak pesaingkan :) tapi apa yang pasti, buatlah pilihan yang tepat.

Sekian, Assalamualaikum :)



Amir Firdaus
inspirasiemas@gmail.com
012-5853035

Update - Seminar Perniagaan Emas

Assalamualaikum..

Terutama sekali saya nak minta maaf pada semua peminat blog ni..sebab x sempat nak update..baru hari ni saya baik dari demam..alhamdulillah masih panjang umur :)

Tapi tak sangka pulak, dalam tengah demam pon jualan emas berjalan lancar..dalam demam pon Allah bagi rezeki..syukur :)

Harini saya nak update sikit, tentang jadual seminar akan datang. Mungkin ada yang dah tulis dalam diari masing2 takpun ade yang tulis atas kertas dah..tapi entah kertas tu kemana dah pegi..hihi biasa la tu..sama la macam saya blaja kat universiti dulu..benda2 penting semua tulis atas kertas..bila kertas tu ilang..memang pening la jadinya :P

Ok, semalam saya ada dapat panggilan daripada staf Public Gold, dia cakap ade seorang cuustomer nak jumpe saya lepas seminar tu..sebenarnya memang seminar semalam di bishop memang ada dalam jadual saya. Tapi malangnya saya x berapa sehat..minta maaf sangat2..so saya harap kepada customer tersebut..jangan lupa sms @ call saya ya..harini saya dah sembuh sikit..so insyaAllah boleh jumpa nanti..cuma kena set masa dan tempat je :)



So esok hari ahad ade seminar kat Seremban tau..pergi ramai2..jgn x pergi..sebab masuk percuma...!!

Ok, pergi seminar ni memang bes..saya x tipu..kalau x caya bleh tanye org2 yang dah pegi..mesti diorg cakap nak pergi lagi..betul tak?memang tak ngantuk kalau ngantuk pon mesti terus terjaga..haha..

ok la..kalau nak pergi boleh bagitau saya atau datang terus ke sana ok.. kalau bagitau nak datang 2 orang tapi tiba2 ade 5 orang nak datang, tak salah...datang je...

kalau cakap nak datang 2 orang tapi tiba2 sorang pon x datang pon xpe..tiada paksaan :)

apa2 boleh bagitau saya ye..
  1. nama penuh
  2. tempat seminar
  3. no telefon
ok, sekian dulu..Assalamualaikum


Amir Firdaus
Master Dealer (A0348)
inspirasiemas@gmail.com
012-5853035

Ordering Suspension during Chinese New Year

Assalamualaikum..

Harini saya nak update semua tentang tempahan product Public Gold.

Bagi yang membuat order/tempahan melalui internet/panggilan telefon/sms atau apa2 cara sekali pon terus kepada Public Gold, sila buat tempahan tersebut sebelum 1 Februari 2011 atau selepas 10hb Februari 2011.

Ini adalah berikutkan penutupan sementara production sempena tahun baru cina.

produk-produk tersebut ialah:
1) Public Gold Bullion Bar 20g (Au 999.9)
2) Public Gold Bullion Bar 50g (Au 999.9)
3) Public Gold Bullion Bar 100g (Au 999.9)
4) Public Gold Coin 50g (Au 999.9)
5) Public Gold 1 Dinar 4.25g (Au 916)
6) Public Gold 5 Dinar 21.25g (Au 916)
7) Public Gold 10 Dinar 42.5g (Au 916)

walaubagaimanapun, produk2 yang tak disenaraikan boleh order macam biasa ye..

tapi kalau nak order kat agen2 mana tau kot diorg ade stok ke..masih boleh diteruskan ye..
Gambar sekadar hiasan

english version

Due to the production shut down on 1st to 10th Feb 2011 for the celebration of Chinese New Year, we will suspend the products below from ordering effective from 1st to 10th Feb 2011, dealers and customers will not be able to make any order during this period. However, the products that not listed below will not be affected, dealers and customers can make order as usual.

Products to be suspended from ordering
1) Public Gold Bullion Bar 20g (Au 999.9)
2) Public Gold Bullion Bar 50g (Au 999.9)
3) Public Gold Bullion Bar 100g (Au 999.9)
4) Public Gold Coin 50g (Au 999.9)
5) Public Gold 1 Dinar 4.25g (Au 916)
6) Public Gold 5 Dinar 21.25g (Au 916)
7) Public Gold 10 Dinar 42.5g (Au 916)

Jadual Pengambilan stock Januari 2011

Assalamualaikum semua,

Seperti biasa, setiap bulan Public Gold akan keluarkan jadual bagi pengambilan stock. Jadual ini bertujuan bagi membahagi / mengagih-agihkan stock emas kepada customer dan juga dealer.

Dengan kesungguhan dan keyakinan yang diberikan oleh Public Gold menyebabkan terlalu ramai orang yang pada asalnya hanyalah sekadar "customer" tetapi kini telah teruja untuk menjadi "dealer"

Atas sebab itulah, jumlah dealer yang telah mencecah 4000++ seluruh Malaysia, Singapore dan Brunei (tak pasti pulak kat indon ade ke tak)..menyebabkan terlalu banyak emas yang di'order' dari Public Gold.



Jadi, bagi mengagihkan emas tersebut dengan sempurna, saya nasihatkan kepada mereka yang telah membuat tempahan, lihat jadual tersebut dan bagitau staff public gold bila nak ambik untuk mereka simpan stok terebut pada kita ok? jangan la lepas tempah terus pegi..memang kompem tak dpt..sebab Que panjang sangat..

tapi yang bestnya, walaupun lepas 1-2minggu baru ambik stock, harga tetap maintain pada harga yang di 'LOCK'

Sekian, Assalamualaikum..



Amir Firdaus
Master Dealer (A0348)
inspirasiemas@gmail.com
012-5853035

Tokei emas memborong!!

Assalamualaikum,

Seronok tengok harga tengah rendah sekarang? Ha, bagi mereka  baru nak kenal emas ni..atau baru tengok website saya ni..Saya nak bagitau, harga sekarang tengah murah :)

Sebab ape saya cakap murah??sebab harga sebelum ni pernah cecah sehingga harga untuk 1 dinar RM670++
saya hanya sempat rekodkan harga sehingga RM665 saje..tapi sebenarnya lebih dari angka tersebut


Nampak tak??tu harga masa 30hb Disember 2010. Seperti yang saya pernah katakan sebelum ni, harga emas ni ade turun naik, tapi dalam jangka masa panjang..memang harga emas akan naik..

[klik sini] untuk baca artikel bagi mereka yang baru nak kenal emas

Jadi kepada mereka yang nak mula membeli emas tu..beli la dari sekarang..jangan tunggu lagi..memang susah nak dapat harga secantik sekarang ni





Nampak tak harga sekarang macamana? murah tak?? Kalau pembaca2/customer2 semua nak tau..masa harga macam ni la tokei2 emas memborong. Sebab harga tengah murah..then bila harga naik nanti masa tu la diorg akan jual pada customer..amacam?untung tak berniaga emas ni?hehe...

tu baru rahsia kecik2 je..banyak lagi rahsia tokei emas ni..strategi tu penting :)

[klik sini] untuk baca rahsia tokei emas

tambah2 pulak, banyak news/berita cakap harga emas dijangka naik sehingga USD1500/auns.

sumber: kosmo 7 Januari 2011, halaman Niaga
Jadi tunggu apa lagi..jom kita borong emas sekarang!! sebelum harga emas naik balik..boleh call mana2 agen inspirasiemas terdekat ok!
Sekian, Assalamualaikum


Amir Firdaus
Master Dealer (A0348)
inspirasiemas@gmail.com
012-5853035
 

About Me

My photo
Untuk maklumat/info free mengenai emas. Anda hanya perlu sms@call saya 0125853035. Atau tinggalkan sebarang bentuk soalan di ruangan sembang(chat). Saya akan cuba reply secepat yang mungkin. Semoga kita semua beroleh kejayaan..
Inspirasi Emas Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template