Lokasi Public Gold


Assalamualaikum semua...
Ok..rupa-rupanya masih ramai yang x tahu kat mana lokasi Public gold nih..
 Public Gold ni dilahirkan di Pulau Pinang di Bukit Jambul..

Bukit Jambul, atau nama ringkas dia kalau orang Penang panggil BJ la..x pun lebih manja disebut bukit jambui..hehe..BJ ni memang salah satu shoping kompleks yg sentiasa penuh sesak dengan orang..pergi la pukul brapa pun..mesti penuh dengan orang ramai..tambah2 pendatang asing..ramai yg kerja kat BJ kompleks ni..

Teringat lak zaman muda2 dulu masa study kat USM, nak p KOMTAR jauh sangat..so terpaksa la pegi BJ ni..asal dapat biasiswa je..terus perabih duit main boling ngan kawan2...hehehe.. sampai sanggup ponteng kuliah..isk isk isk..jgn amalkan ok!hehe..

Ok..sebenarnya, HQ Public Gold ni terletak betul2 depan BJ..kalau sapa x pernah mai sini, cakap je kat pakcik teksi tu..

"pakcik buleh hantaQ saya p bukit Jambui x?" 
kalau x silap saya lebih kurang 15-20 minit la dari airport x pun bagi yang datang dengan Bas..lebih kurang 10-15 minit je dari Stesen Bas Express Sg Nibong (ala..kat Tapak Pesta Pulau Pinang tu..)

Head Office


Public Fine Gold International Sdn Bhd
12E-1st Floor, Jalan Rumbia,
11900 Bukit Jambul,
Penang, Malaysia.
Ms. Janelle
Mobile: 012-528 2916
Email: liching@publicgold.com.my
Tel: 04-644 9999
Fax: 04-646 4916




Tapi kalau ade yang datang ke Penang dengan Feri,Public Gold kat Bishop la dekat sket..lebih kurang 10 minit je. Bishop Branch ni dekat dengan Padang Kota..x jauh mana pon..hihi..agak2 kalau nak lepak Padang Kota mai la amik stock kat Bishop Branch nih! tengah hari tu buleh p pekena nasik KandaQ Line Clear...hehehe




Bishop Branch


Public Fine Gold International Sdn Bhd
No.84, Lebuh Bishop,
10200 Penang, Malaysia.
Tel: 04-261 9999
Fax: 04-261 2916


Kat KL ni pulak saya dah pergi ade la lebih kurang 3 kali rasanya..mula2 ingatkan susah sangat nak p..rupa2nya..alahai..x sampai 4 jam pun dari Penang ke Bandar Sunway..dalam 3 jam 30minit..


yang ni yang paling senang nak cari..sebab dekat sangat ngan sunway piramid..
bagi mereka yang dah sampai sini..tapi terasa nak bermalam?x payah fikir panjang..kat Bandar sunway ni sendiri ade Hotel budget..hehe..da penah tidur 2 malam.. ;) sekali lagi saya datang tu saya balik hari je..x tido hotel pun..hehehe..saya turun KL ni pun sebab 1st time dengar talk pasal emas..Pokli yang present masa tu..so sempat la kenal otai2 lain.. :) best sangattttt...
rasa nak gigit2 je emas masa tu..hahah








KL Branch


Public Fine Gold International Sdn Bhd
42A, Jalan PJS 8/6 (Third Floor)
Mentari Business Park,
Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya,
Selangor.
Tel: 03-5634 8999
Fax: 03-5634 1916


Kat Ipoh pulak sepatutnya senang nak cari, sebab saya duduk Ipoh 16tahun..sejak kecik lagi..tapi sejak saya pindah ke Penang..mmg x balik2 Ipoh dah..so agak sukar sket la nak cari jalan Yang Kalsom ni..hehe..Ape?terkejut?haaa...saya memang lahir kat Ipoh dulu..skolah St. Michael sejak tadika lagi..cuma sebab da lama x datang Ipoh..so jalan pun da banyak berubah..pening saya...
Saya turun Ipoh ni pun sebab En Syukor ade bagi talk masa tu..



Ipoh Branch


Public Fine Gold International Sdn Bhd
No.45, 45A & 45B,
Jalan Yang Kalsom,
30250 Ipoh, Perak.
Tel: 05-242 8999
Fax: 05-242 8916


Kalau nak tau, orang-orang kelantan, dah x payah susah2 turun Penang@KL macam dulu dah..sebab Public Gold baru je bukak cawangan diorang kat Kelantan kalau x silap saya 8 Februari 2010..hari Isnin..tapi malangnya..saya x pernah sampai kat sana..hehe..lama betul x p Kelantan..last sekali p kelantan masa kenduri kawin kawan raya tahun lepas 2009..ade 2 kenduri lak tu..satu kat tanah merah satu lagi kat pasir mas..tapi saya lepak bermalam kat umah member di bachok.. ;)




Kelantan Branch


Public Fine Gold International Sdn Bhd
Tingkat 1, Lot 257,
Jalan Kebun Sultan,
15000 Kota Bharu,
Kelantan Darul Naim.
Tel: 09-746 2999
Fax: 09-747 8916 

Ok, lepas ni kat Sg Petani pulak...so orang-orang Utara..x perlu susah2 nak turun Penang..boleh amik stok kat Sg Petani je.. Sg Petani ni pun salah satu destinasi saya yang boleh dikatakan hampir setiap bulan..setiap kali dapat gaji je mesti pergi  Sg Petani..bukan ape..nak pegi makan RadixFried Chicken je..hehe
Bagi mereka yang x tau nak hubungi saya camne, atau mungkin no tipon saya da penah bagi..tapi x hafal2 sampai sekarang..so mudah je..pergi kat website Publicgold.com.my then buleh cari kat senarai dealer di Penang..


Alhamdulillah..dalam masa 2 tahun je..Public Gold dah ade 5 buah cawangan...dan agen-agen di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak..Kepada orang Sabah pun jangan risau..sebab kat sana pun ade sahabat saya agen Public Gold..

Sekian dulu...Assalamualaikum

TIPS BIJAK URUS HUTANG

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, didalam kesibukan bekerja, sempat jugak saya baca artikel dari portal smart consumer. Saya rasa artikel ini cukup menarik untuk dikongsi bersama..tambah2 bagi mereka yang sedang terperangkap dengan hutang atau bercadang untuk berhutang!

Mungkin ada diantara kita yang kerja siang dan malam bersusah payah hinggakan tidur @ rehat pon x cukup tapi bila tiba masa kita dapat gaji..hampir separuh dari gaji kita dihabiskan hanya untuk membayar hutang!
Musuh paling utama  kita sudah pastinya KREDIT KAD!!!!! (bagi mereka yang mempunyai kredit kad)

 

Percaya atau tidak, kebanyakkan daripada kita hanya membayar jumlah MINIMUM yang perlu dibayar bagi kreditkad tersebut sahaja setiap bulan.  Kemudian, seolah2 tak habis2 kredit kad yang kita bayar tu..betul tak? So kalau buleh..kita perlu la bayar hutang kreditkad tersebut lebih dari jumlah minimum yang dicadangkan oleh pihak bank pengeluar kad kredit tersebut. Kalau tak..entah sampai bila la nak tamat! hehehe..

ok la..jom kita baca sket2 artikel TIPS BIJAK URUS WANG INI..


Untuk mencapai matlamat kewangan, kita sememangnya memerlukan wang. Namun, sekiranya kita mendapatkannya dengan cara senang iaitu melalui jalan berhutang, selalunya pelbagai masalah akan timbul.
Bukan itu sahaja, sudahlah hutang meningkat, diri sendiri juga perlu membayar pinjaman perumahan dan kereta termasuk membayar kos kehidupan seharian.

Persoalan, adakah anda mengalami masalah di atas? Sekiranya ada, anda dinasihatkan untuk mengikuti langkah-langkah di bawah ini sebagai panduan dalam menguruskan bebanan hutang anda:

Tulis dan tampal di dinding
  • Tulis jumlah keseluruhan hutang yang perlu dibayar dan tampal di mana sahaja tempat yang selalu anda gunakan. Contohnya, di cermin almari solek atau papan tanda di rumah atau pejabat. Yang pasti, ketepikan semua perkara selagi hutang yang tertulis itu tidak dilangsaikan. Lupakan impian untuk membeli baju, beg tangan, motor besar, kereta dan lain-lain. Tumpuan kita hanyalah satu iaitu mengurangkan bebanan hutang yang tertulis itu. Apabila kita melihat sekeping kertas yang tertulis amaun hutang kita setiap hari, diri kita sendiri akan memberikan sepenuh perhatian bagi menyelesaikan hutang tersebut.
Bajet


  • Inilah satu daripada rahsia agar proses melaksanakan perancangan kewangan dapat dijalankan dengan baik. Tanpa bajet, kita tidak akan sedar di manakah kelemahan dan kelebihan yang ada pada diri sendiri. Menulis bajet bukan satu hukuman.
  • Apabila kita menulis bajet, kita hendaklah menulisnya dengan tulus ikhlas kerana kita hendak tahu berapa banyak wang yang digunakan setiap bulan.
  • Dengan wang gaji kita dan isteri atau suami kita, setelah ditolak perbelanjaan itu, berapa banyakkah yang boleh kita simpan. Sehingga hutang dilangsaikan, kita hendaklah mengikut bajet yang telah ditetapkan ini.
  • Melalui proses ini juga, kita perlu berterus terang dengan suami atau isteri jika kita mempunyai masalah untuk menyimpan. Antara suami atau isteri, yang manakah lebih cermat. Pilih seseorang yang cermat untuk menyimpan wang simpanan keluarga.
  •  
Potong semua yang tidak penting 


Apabila diri sendiri mempunyai masalah hutang yang disebabkan oleh pembelian menggunakan kad kredit yang berlebihan, kita seharusnya memberikan kad kredit kepada seseorang yang boleh dipercayai sama ada suami atau isteri. Seterusnya, semua transaksi yang ditulis di dalam bajet hendaklah menggunakan wang tunai:
  • Wang tunai diketepikan untuk membayar bil-bil dan membeli keperluan yang penting sahaja. Perkara yang tidak penting dipotong atau ditunda buat sementara.
  • Inilah masa untuk mengikat perut. Makan di rumah atau bawa bekal ke pejabat.
  • Potong semua keahlian kelab sukan dan bersenam di padang permainan berdekatan.
  • Sekiranya menggunakan dua buah kereta ke pejabat, simpanlah sebuah di rumah dan ini boleh mengurangkan perbelanjaan petrol.
  • Apabila wang yang dibajet ini kehabisan, jangan keluarkan wang simpanan. Sabar sehingga anda mendapat gaji bulan hadapan.
Hutang boleh diselesaikan 

Setelah semua perkara di atas berjaya dilakukan dan masih ada lagi hutang yang belum diselesaikan, eloklah kita menulis baki amaun hutang secara terperinci. Apa yang dimaksudkan itu adalah sekiranya kita mempunyai tiga atau lebih kad kredit, tuliskan amaun yang perlu dibayar. Dari sini, kita bayar amaun yang paling kecil dan kemudian tamatkan kad kredit tersebut. Lakukan proses itu sehingga kita hanya memiliki satu atau dua kad kredit sahaja.

Setelah selesai hutang kad kredit, kita perlu menulis semula hutang-hutang yang lain seperti hutang peribadi, hutang ah long dan lain-lain. Perhatikan hutang mana mempunyai kadar faedah yang tinggi. Selesaikan yang itu dahulu. Sekiranya kita terpaksa mengeluarkan wang simpanan, gunakanlah wang itu untuk mengurangkan bebanan hutang kita. Akan tetapi, hendaklah kita berwaspada agar akaun simpanan tidak kosong. Ini kerana kita perlukan wang di saat kecemasan.

Bagi anda yang tidak mempunyai wang simpanan, jangan pula mengambil pinjaman yang lain. Apa yang boleh dilakukan adalah melakukan kerja tambahan atau berniaga di sebelah petang atau malam untuk menambah pendapatan.

 Info dari: http://www.akpk.org.my

Jadi??anda nak meniaga apa?hehe..? Saya dah pilih EMAS sebagai kerja tambahan saya..Anda bagaimana??


Berkongsi pengalaman..Kenapa simpan emas??

Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah, sebab saya berkesempatan nak tulis blog lagi kali ni..ramai yang suruh sy update blog slalu,..hehe sori la..agak bz sejak akhir2 ni..mana tak nya..minggu lepas pergi Sabah seminggu..minggu ni pulak da start kerja.

Bagi yang x tahu lagi...saya sebelum ni x sesibuk macam sekarang ni..sebab bulan Januari-Mac lepas saya agak free sebab cuti..so x jadi masalah untuk sy turun kl-ipoh-kedah-sabah-dan penang untuk hantar stok emas..tapi disebabkan dah mula kerja 12hbApril2010, so agak bz sket..x sempat nak update blog..tapi jangan risau, saya tetap akan luangkan masa untuk anda semua..


ha..yang bewarna MERAH tu kawasan-kawasan yang saya dah pergi hantar stok..fuh..penat..
InsyaAllah next week saya akan ke Kedah untuk hantar stock lagi.. :)

Segala bentuk soalan pasti saya akan jawab. Anda smua boleh juga emelkan soalan-soalan anda ke inspirasiemas@gmail.com insyaAllah, saya pasti akan reply..

ok..kali ni saya nak kongsi bersama anda semua..RAHSIA kenapa saya menyimpan emas&berniaga emas. Khas untuk anda smua pembaca setia blog ini.


"abg2, kakak2, adik2, pakcik makcik..saya nak tanya..tau x emas tu ape???"
 Bila bercakap tentang EMAS saya yakin..100% semua orang pasti tahu apa itu emas. Jadi, x susah untuk saya terangkan apa itu emas kepada semua..sebab??sebab semua orang dah tau ape itu emas..emas sejenis logam yang berharga..baik laki perempuan melayu cina india xkira apa bangsa sekali pun..semua umat manusia dah kenal emas tu..semua bersetuju EMAS adalah sejenis logam yang amat bernilai..

kalau x percaya..kalau anda ada emas..cuba campak tepi jalan..kalau orang nampak??orang nak kutip x?ke orang akan tengok je emas tu..xbuat ape2?ehhehe..tapi nasihat saya...kalau nak campak emas tu..jgn campak merata2..buang je kat kawasan umah saya..buleh saya ambik simpan.. ;)

Untuk pengetahuan semua..bagi yang kenal saya..mungkin diorg dah tau..saya ni jenis yang x banyak cakap..kalau org tu sy x kenal..jadi saya mmg x banyak cakap..So sesuai ke saya nak berniaga ni?ehehhe..jadi..bagi yang ade jenis2 perangai macam saya ni..jenis yg x banyak cakap kalau x kenal orang..tapi minat gila nak ceburi bidang perniagaan..hah..ni la satu jenis cabang perniagaan yang sesuai untuk anda..kenapa??


Sebab..berniaga emas ni, takperlu susah susah nak bercerita panjang..semua orang dah tau ape itu emas..

Pernah tak anda tengok macam mana kehidupan tokei EMAS?? macam mana kehidupan diorg? naik kereta mewah umah diorg lak besar2..best betul..kenapa semua ni berlaku??kaya sangat ke diorg ni?? ha..ini la rahsia tokei emas...rahsia perniagaan emas..

Harga emas sentiasa naik, lagi lama stock emas tu lagi tinggi la keuntungan yang tokei emas dapat..maksud saya..kalau 10 tahun dulu tokei emas ni beli emas dengan harga lebih kurang USdollar 300 untuk satu auns, sekarang harga emas dah berapa?? contohnya sekarang ni..tahun 2010 harga emas untuk satu auns (Oz) dah lebih kurang USdollar 1160..huh..dekat 400% tu keuntungan tokei emas ni..

tak percaya??haa..percayala..itu la kenyataan..itulah realiti..anda buleh rujuk sendiri harga emas tersebut di www.kitco.com


Jadi, walaupun emas tersebut tak terjual , tokei emas x pernah rugi..sebabnya?sebab kalau orang x beli sekarang, orang akan beli hari-hari akan datang atau tahun2 akan datang..jadi kenapa tokei emas nak risau??hehehe..betul x??tapi kalau saya berniaga benda lain??kalau x laku..tahun2 akan datang harga barang tu akan naik x?ambik contoh jualan henpon la..kalau dulu2 henpon besaq gila..macam tongkoi kayu..tapi kalau henpon tu saya jual sekarang?ade ke orang nak beli???hehehe..hah..itu point ke 2..
Stock emas yang harganya sentiasa naik dalam jangka masa panjang.. 
Kalau anda semua nak tahu...salah satu sebab kenapa saya nak jadi agen Public Gold sebab perkataan kat bawah ni..

"Berniaga Sambil Melabur"

macam mana tu??haa..macam keadaan tokei emas tadi la..diorg ni seolah-olah berniaga sambil melabur..emas-emas yang diorg ada tu..kalau ade orang nak beli diorg jual le...tapi kalau xde orang nak beli...diorg x kisah pon..xpayah nak pening2 kepala..sebab??sebabnya..emas tersebut tetap akan naik harga..jadi KENAPA NAK PENING KEPALA? ini la yang dinamakan pelaburan..xbuat ape2 pon emas tu naik harga..hehehe..best x?

Emas ni sentiasa ade permintaan, x kisah harga tengah mahal ke...harga tengah murah ke..mmg kompem orang akan beli..percaya x?sebagai contoh..Sifu Emas En syukur ade cakap...

katakan harga emas tengah naik,
" Eh sayang...abang rasa kita tangguh dulu la perkahwinan kita..abg x mampu la beli rantai emas sayang..mahal sangat la,..harga emas dah melonjak naik ni..kita tunggu harga emas turun ye sayang..baru kita beli barang2 kemas sayang.."

perghhh..sanggup tangguhkan perkahwinan semata-mata harga emas naik?ade ke??haaa...
tapi kalau harga emas tengah rendah...memang berduyun-duyun orang akan tempah stok..sebab ape?sebab diorang nak kaut untung lebihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....

jadi kat sini...xde istilah orang x beli emas time emas harga mahal..dan tambah xlogik kalau xde orang nak beli emas time emas murahh...

ok la sahabat semua..nanti ada masa lagi saya bagi tips2 dan pengalaman2 lain.. :)
hubungi saya 012-5853035 jika ade sebarang persoalan..

Assalamualaikum...

Berminat menjadi Agen Public Gold?




Best tak kalau ade emas banyak macam tu? aha..mesti best punya...mustahil sangat la kalau ade orang x nak emas banyaaaaaaaaaaaaaakkk macam tu kan?Cuba anda teka brapa nilai semua emas kat atas tu??hehe..

Okla..alhamdulillah..bermula awal bulan April baru2 ni, saya dah dilantik sebagai Master Dealer..syukur kepada Allah dengan rezeki yang telah diberikanNya..



Jadi, kepada anda semua yang berminat nak jadi Agen, boleh la telefon saya 012-5853035 atau boleh hantarkan email anda semua ke inspirasiemas@gmail.com

Sehingga kini saya baru ada seorang agen di Sabah. Jadi saya masih perlukan lebih ramai agen di seluruh Malaysia.

Terima kasih juga saya ucapkan kepada semua pembeli-pembeli emas dari saya. Sebahagian dari mereka telah saya berikan hadiah sebagai ucapan terima kasih..dan sebahagian pembeli yang lain jangan risau..pasti akan menyusul juga hadiah tu..

Bagi mereka yang masih belu dapat hadiah tu, boleh tinggalkan alamat untuk saya hubungi ke no telefon saya 012-5853035.

Sekian dulu..
Assalamualaikum...

Seminar Public Gold


Assalamualaikum...




Apa khabar smua? dalam minggu ni saya agak sibuk sket sebab bercuti2 di Sabah..hari pertama sampai Sabah saya stay dirumah sahabat saya di Sandakan..then keesokan harinya sempat la pergi makan angin di Kota Kinabalu..Best jugak bercuti kat KK ni..tapi masa saya berjalan2 agak terhad sebab ade masa 2 hari ni je kat KK. Masa saya banyak habis bershopping so x sempat nak berjalan.



Nak tau saya shopping ape?haha..dah mengalahkan perempuan lak saya ni..saya shoping mutiara & kristal..ramai yang kirim..tp kepada kawan2 yg kirim kat saya tengah2 malam tu, saya mintak maaf ek..sebab x sempat nak singgah Pasar Filipina tu tgh malam..maaf sangat2..

Antara gelang-gelang yang sy sempat amek gambar..


Ok2..stop dulu citer pasal Sabah..Actually sy nak bgtau..lepas ni ade lagi seminar berkaitan emas ni..

Bagi yang berminat nak tau lebih pasal emas ni..ade lagi seminar yang akan disampaikan oleh En Syukor kita..

So, kalau nak wat tempahan tempat duduk..buleh la call@sms saya 012-5853035..Ape?jauh ke Kelantan tu?hehe..kalau nak pergi yang dekat Penang punya..buleh gak contact saya. Then kalau ramai org, saya akan arrange satu tarikh yang sesuai supaya semua dapat hadir..


Sekian dulu untuk sementara..
Assalamualaikum

Sabah Negeri Di Bawah Bayu...

Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah, semalam lebih kurang jam 6.30petang saya telah pun sampai di Sandakan Sabah,negeri dibawah bayu ini. Akhirnya complete seluruh Malaysia telah saya jelajah..Jadi lepas ni kalau orang tanya, dah pergi Sabah?Sarawak?Terengganu?Kelantan?Johor?Melaka?N9?ahahha..semua itu saya dah pergi...hoooreyyy...

Harini dalam pukul 7.00pagi nanti insyaAllah akan bertolak ke Kota Kinabalu, jadi kepada sesiapa yang terbaca blog ini kalau teringin nak mutiara Sabah..boleh la call saya 012-5853035. Saya bukan la nak meniaga mutiara..tapi sekadar tolong belikan..Orang kata mutiara kat Sabah ni murah..kalau kat Sabah dijual pada harga lebih kurang RM30 kat semenanjung mungkin dalam RM100..haa..jauh beza kan harga dia?

Contoh-contoh mutiara..



Tapi terus terang saya cakap..saya memang x pandai nak pilih..sebab ape?sebab saya lelaki..hehehe..tapi insyaAllah kepada customer (perempuan) yg pernah beli emas dengan saya, saya akan cuba hadiahkan mutiara Sabah ni..tapi kalau x cantik jgn komplen pulak..hahaha..so jgn lupa..emelkan saya address untuk saya poskan mutiara-mutiara ni..(inspirasiemas@gmail.com)

Hadiah ni jugak adalah sebagai penghargaan dari saya sebab berurusniaga dengan saya..tanpa pelanggan..siapalah saya :)Ha lupa..kat sini subuh awal..dalam jam 530pagi syuruk lak dalam kul 615am fuhh awal betul..ehhe

Oklah..sekian dulu untuk masa ini..
Assalamualaikum..

Dinar Emas

Salam sejahtera semua..penulisan blog kali ini adalah untuk menerangkan kepada semua, kenapa perlunya matawang bersandarkan kepada Emas.

Dinar Emas merupakan sejenis matawang logam yang berbentuk kepingan syiling. Di mana Saidina Umar al-Khattab telah menggariskan satu standard iaitu dinar emas diperbuat daripada emas tulen 22 karat atau emas jenis 916. Berat dinar juga telah ditetapkan, 4.25gram iaitu berat 7 dinar emas mestilah bersamaan berat dengan 10 dirham.

Sejak dahulu lagi jual beli adalah bersandarkan kepada emas sehinggalah pada tahun 1971 dimana Presiden Nixon (Presiden Amerika Syarikat) telah memutuskan hubungan emas dengan wang kertas. Maksud saya disini, wang kertas yang kita gunakan sekarang tidak lagi bersandarkan kepada emas. Sistem kewangan dunia mulalah terumbang ambing dan sentiasa diselubungi pelbagai masalah dan kesulitan apabila mengamalkan sistem mata wang yang dikatakan 'terapung' pada tahun 1973. Sistem kewangan seperti inilah yang menyebabkan banyak negara-negara yang mempunyai ekonomi yang kecil semakin tertindas.

Masih ingat lagi x anda semua terhadap apa yang pernah berlaku di negara-negara Asia sekitar tahun 1997?
Saya yakin, pasti ramai diantara anda yang masih teringat akan kejadian di mana negara-negara asia ketika itu dilanda krisis kewangan yang teruk. Krisis ini berlaku sekitar bulan Mei 1997 disebabkan penyelewengan dalam sistem kewangan antarabangsa lebih lebih lagi berkaitan perdagangan mata wang.

Anda kenal George Soros?Seorang spekulator mata wang antarabangsa. Beliau bersama-sama spekulator dari dalam dan luar negara telah memperniaga dan memanipulasi Ringgit Malaysia hingga berlakunya susut nilai sebanyak 65 peratus di mana pada masa yang sama juga matawang Rupiah Indonesia telah mengalami susut nilai sebanyak 620 peratus. Kesan serangan ini menyebabkan negara-negara ASEAN mengalami susut nilai matawang dan ekonomi yang sangat teruk. Thailand misalnya, mengalami kerugian sbanyak USD20billion, peso Filipina USD2 billion, dan Malaysia RM9billion. Kenapa semua ini berlaku? Krisis ini jelas hanyalah mainan spekulator semata-mata di mana matawang negara tertentu boleh dijual beli dengan sewenang-wenangnya tanpa sekatan. Kerana apa?kerana WANG KERTAS TIDAK BERSANDAR KEPADA EMAS. Nilai yang ada pada wang kertas tersebut hanyalah bersandarkan pada nombornya sahaja. Dan kini, matawang hanya bersandarkan kepada US dollar. Kebergantungan hanya kepada dolar Amerika (USD) sudah pasti membuka pintu manipulasi yang boleh membawa banyak keburukan.

Namun, mungkin juga ada hikmahnya terhadap apa yang telah berlaku.  Umat Islam mula dapat merasakan keburukan sistem matawang yang  bersandarkan kepada US dollar ini. Seolah-olah kita telah diperkotak-katikkan dengan sistem kewangan yang menggunakan wang kertas ini (tidak bersandarkan kepada emas).

Rentetan itu, Tun Dr Mahathir Mohamad (mantan Perdana Menteri Malaysia) telah menyarankan agar masyarakat dunia amnya dan Asean khasnya untuk mencari jalan untuk melepaskan kebergantungan kepada mata wang US dollar dalam urusniaga. Beliau juga telah membuat saranan untuk merealisasikan penggunaan dinar emas di Malaysia. Oleh itu, wujudnya pelbagai usaha dari Dewan Perniagaan Islam Malaysia (DPIM), the Royal Mint of Malaysia (Royal Mint), Islamic Mint Sdn Bhd, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) dan beberapa lagi pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan yang lain dalam usaha untuk merealisisasikan usaha tersebut.


Oleh yang demikian, saya amat berharap agar kita semua dapat merealisasikan usaha tersebut iaitu penggunaan dinar emas sebagai matawang dan tidak lagi bergantung kepada US dollar. Cukup lah penindasan ekonomi yang telah berlaku sekitar tahun 1997 dahulu..

rujukan:
  1. Dinar Emas Realiti Semasa Penggunaannya di Malaysia, Salmy Edawati Yaacob, Ab. Mumin Ab Ghani, Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd
  2. Malaysia Sedia Kembalikan Kegemilangan Dinar Emas, Zuhaimy Ismail, Berita Harian, 29 Januari 2004

Sekian dari saya untuk masa ini..
Assalamualaikum..
 

About Me

My photo
Untuk maklumat/info free mengenai emas. Anda hanya perlu sms@call saya 0125853035. Atau tinggalkan sebarang bentuk soalan di ruangan sembang(chat). Saya akan cuba reply secepat yang mungkin. Semoga kita semua beroleh kejayaan..
Inspirasi Emas Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template