TIPS BIJAK URUS HUTANG

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, didalam kesibukan bekerja, sempat jugak saya baca artikel dari portal smart consumer. Saya rasa artikel ini cukup menarik untuk dikongsi bersama..tambah2 bagi mereka yang sedang terperangkap dengan hutang atau bercadang untuk berhutang!

Mungkin ada diantara kita yang kerja siang dan malam bersusah payah hinggakan tidur @ rehat pon x cukup tapi bila tiba masa kita dapat gaji..hampir separuh dari gaji kita dihabiskan hanya untuk membayar hutang!
Musuh paling utama  kita sudah pastinya KREDIT KAD!!!!! (bagi mereka yang mempunyai kredit kad)

 

Percaya atau tidak, kebanyakkan daripada kita hanya membayar jumlah MINIMUM yang perlu dibayar bagi kreditkad tersebut sahaja setiap bulan.  Kemudian, seolah2 tak habis2 kredit kad yang kita bayar tu..betul tak? So kalau buleh..kita perlu la bayar hutang kreditkad tersebut lebih dari jumlah minimum yang dicadangkan oleh pihak bank pengeluar kad kredit tersebut. Kalau tak..entah sampai bila la nak tamat! hehehe..

ok la..jom kita baca sket2 artikel TIPS BIJAK URUS WANG INI..


Untuk mencapai matlamat kewangan, kita sememangnya memerlukan wang. Namun, sekiranya kita mendapatkannya dengan cara senang iaitu melalui jalan berhutang, selalunya pelbagai masalah akan timbul.
Bukan itu sahaja, sudahlah hutang meningkat, diri sendiri juga perlu membayar pinjaman perumahan dan kereta termasuk membayar kos kehidupan seharian.

Persoalan, adakah anda mengalami masalah di atas? Sekiranya ada, anda dinasihatkan untuk mengikuti langkah-langkah di bawah ini sebagai panduan dalam menguruskan bebanan hutang anda:

Tulis dan tampal di dinding
  • Tulis jumlah keseluruhan hutang yang perlu dibayar dan tampal di mana sahaja tempat yang selalu anda gunakan. Contohnya, di cermin almari solek atau papan tanda di rumah atau pejabat. Yang pasti, ketepikan semua perkara selagi hutang yang tertulis itu tidak dilangsaikan. Lupakan impian untuk membeli baju, beg tangan, motor besar, kereta dan lain-lain. Tumpuan kita hanyalah satu iaitu mengurangkan bebanan hutang yang tertulis itu. Apabila kita melihat sekeping kertas yang tertulis amaun hutang kita setiap hari, diri kita sendiri akan memberikan sepenuh perhatian bagi menyelesaikan hutang tersebut.
Bajet


  • Inilah satu daripada rahsia agar proses melaksanakan perancangan kewangan dapat dijalankan dengan baik. Tanpa bajet, kita tidak akan sedar di manakah kelemahan dan kelebihan yang ada pada diri sendiri. Menulis bajet bukan satu hukuman.
  • Apabila kita menulis bajet, kita hendaklah menulisnya dengan tulus ikhlas kerana kita hendak tahu berapa banyak wang yang digunakan setiap bulan.
  • Dengan wang gaji kita dan isteri atau suami kita, setelah ditolak perbelanjaan itu, berapa banyakkah yang boleh kita simpan. Sehingga hutang dilangsaikan, kita hendaklah mengikut bajet yang telah ditetapkan ini.
  • Melalui proses ini juga, kita perlu berterus terang dengan suami atau isteri jika kita mempunyai masalah untuk menyimpan. Antara suami atau isteri, yang manakah lebih cermat. Pilih seseorang yang cermat untuk menyimpan wang simpanan keluarga.
  •  
Potong semua yang tidak penting 


Apabila diri sendiri mempunyai masalah hutang yang disebabkan oleh pembelian menggunakan kad kredit yang berlebihan, kita seharusnya memberikan kad kredit kepada seseorang yang boleh dipercayai sama ada suami atau isteri. Seterusnya, semua transaksi yang ditulis di dalam bajet hendaklah menggunakan wang tunai:
  • Wang tunai diketepikan untuk membayar bil-bil dan membeli keperluan yang penting sahaja. Perkara yang tidak penting dipotong atau ditunda buat sementara.
  • Inilah masa untuk mengikat perut. Makan di rumah atau bawa bekal ke pejabat.
  • Potong semua keahlian kelab sukan dan bersenam di padang permainan berdekatan.
  • Sekiranya menggunakan dua buah kereta ke pejabat, simpanlah sebuah di rumah dan ini boleh mengurangkan perbelanjaan petrol.
  • Apabila wang yang dibajet ini kehabisan, jangan keluarkan wang simpanan. Sabar sehingga anda mendapat gaji bulan hadapan.
Hutang boleh diselesaikan 

Setelah semua perkara di atas berjaya dilakukan dan masih ada lagi hutang yang belum diselesaikan, eloklah kita menulis baki amaun hutang secara terperinci. Apa yang dimaksudkan itu adalah sekiranya kita mempunyai tiga atau lebih kad kredit, tuliskan amaun yang perlu dibayar. Dari sini, kita bayar amaun yang paling kecil dan kemudian tamatkan kad kredit tersebut. Lakukan proses itu sehingga kita hanya memiliki satu atau dua kad kredit sahaja.

Setelah selesai hutang kad kredit, kita perlu menulis semula hutang-hutang yang lain seperti hutang peribadi, hutang ah long dan lain-lain. Perhatikan hutang mana mempunyai kadar faedah yang tinggi. Selesaikan yang itu dahulu. Sekiranya kita terpaksa mengeluarkan wang simpanan, gunakanlah wang itu untuk mengurangkan bebanan hutang kita. Akan tetapi, hendaklah kita berwaspada agar akaun simpanan tidak kosong. Ini kerana kita perlukan wang di saat kecemasan.

Bagi anda yang tidak mempunyai wang simpanan, jangan pula mengambil pinjaman yang lain. Apa yang boleh dilakukan adalah melakukan kerja tambahan atau berniaga di sebelah petang atau malam untuk menambah pendapatan.

 Info dari: http://www.akpk.org.my

Jadi??anda nak meniaga apa?hehe..? Saya dah pilih EMAS sebagai kerja tambahan saya..Anda bagaimana??


4 comments:

Anonymous said...

alhamdulillah..dah berjaya settelkan kad kredit :)

amir on April 23, 2010 at 3:56 PM said...

kredit kad 1.5% sebulan,..kalau setahun?? 18% tuuuu...tu yang x setel2 tu kalau bayar secara minimum je..hihi

Asha said...

kredit kad (cc) yang banyak menjerat anak muda kita ke dalam kancah hutang hingga ade yg muflis aka bankrup dek kerna hutang cc.. nak ade cc boleh, tapi disiplinkan diri.. guna bile perlu dan bayar penuh setiap bulan.. dengan konsep mudah ni insyaAllah boleh elak diri dari bekerja hanya untuk bayar ke bank shj.. alhamdulillah dengan konsep mudah ni x pernah lagi terjebak dalam hutang cc yg cekik darah..

cdanhash on May 5, 2010 at 12:56 PM said...

hutang CC RM3000
int sebulan RM3000 x 1.5% = RM45
bayaran minima sebulan RM50
pokok cuma susut RM5 sebulan...
bila mau habis.....

manfaatkan CC utk perbelanjaan bulanan... settle dlm masa 20 hari sebelum due date... tiada faedah dikenakan....

 

About Me

My photo
Untuk maklumat/info free mengenai emas. Anda hanya perlu sms@call saya 0125853035. Atau tinggalkan sebarang bentuk soalan di ruangan sembang(chat). Saya akan cuba reply secepat yang mungkin. Semoga kita semua beroleh kejayaan..
Inspirasi Emas Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template