Perbandingan Gadaian di Ar-rahnu (sambungan)

Seperti yang dijanjikan..kali ni saya nak cerita pasal perbandingan harga nilai gadaian di Agro Bank dan Ar-rahnu YaPEIM.


Pada hari yang sama juga..hari ni la..22hb Feb 2010, sebaik saja saya selesai urusan di Agro Bank..dengan segenggaman duit rm100 yg berkeping2 tu..saya pun pergi cari ar-Rahnu YaPEIM yang berdekatan..



Ar-rahnu YaPEIM ni kat Bayan Lepas, Pulau Pinang
Tel :04-642 5242

Sebaik saje saya sampai kat ar-rahnu ni, saya terus tanya soklan yang sama macam kat Agro Bank tadi...
Kat sini terima x emas Public Gold atau syiling2 emas yang lain??
owhh kami terima..
Cun!!


saya pun apa lagi...terus keluarkan senjata..maksud saya senjata peniaga emas la..ape lagi kalau bukan Gold bar..hehe


Kali ni saya keluarkan senjata kedua saya pulak 50gram gold bar..ehehe
beserta dengan sijil ketulenan emas tersebut x lupa juga ic saya..hehe

kalau nak ikut Agro Bank tadi


  1. Barang untuk digadai tu (Emas)
  2. Kad Pengenalan
  3. Sijil Ketulenan
Tiga-tiga yang tersebut di atas ni..memang agro bank terima..so kalau nak ikut mmg dah LULUS dah saya ni.. tapi smua itu hanya mimpi..sebab ade syarat tambahan!

selain dari syarat-syarat di atas, ade 1 lagi syarat tambahan..

  • Resit pembelian atas nama si penggadai..
si penggadai ni maksudnya nama saya la..sebab saya yang nak gadai..ataupun lebih tepat lagi di kenali sebagai pemilik emas tersebut.

saya pun lupa nak bawak resit..so x jadi la gadai..tp walaupun x jadi...cerita ni x abis macamtu je..
saya sempat la tanya serba sedikit tentang nilai marhun dan nilai upah


Nilai marhun emas tadi pun adalah berdasarkan harga pasaran semasa. Contohnya harini

Isnin, 22hbFeb 2010


  • RM137.00/gram untuk emas 999
  • RM128.00/gram untuk emas 916


Jadi, walaupun syarat tambahan dia satu je, kena ade resit pembelian, tapi harga yang ditawarkan adalah agak tinggi.


ok kat bawah ni pulak kadar upah simpan

Nilai Marhun

Kadar Upah Simpan

RM720

0.5%

RM720-RM2000

0.65%

>RM2000

0.75%


Sekarang jom kita buat calculation:

kalau nak banding..kita ambil 100gram ok..senang nak banding dengan emas yg saya pajak di Agro bank tadi..


Nilai Marhun

= RM137/gram x 100gram
= RM13,700.00

Nilai Pinjaman
= RM13,700.00 x 65%
=RM8,905.00

Jadi, kos upah bagi nilai marhun emas 100g tadi adalah:

=RM13,700.00 x 0.75%
=RM102.75/sebulan = RM616.50/6 bulan

Jadi secara kesimpulannya, perbandingan dapat dibuat macam jadual kat bawah ni;

Agro Bank

YaPEIM

Syarat

· Kad pengenalan

· Emas

· Sijil Ketulenan

· Kad pengenalan

· Emas

· Sijil Ketulenan

Syarat tambahan

· Perlu ada akaun simpanan di Agro Bank

· Tidak perlu resit pembelian

· No siri pada sijil ketulenan mesti sama dengan no siri pada emas

· Tidak perlu ada akaun simpanan

· Perlu ada resit pembelian emas atas nama si penggadai

· No siri pada sijil ketulenan mesti sama dengan no siri pada emas

Nilai Marhun

· Agak rendah

· Agak tinggi

Margin Pinjaman

· 60% untuk permulaan

· Bagi yang dah biasa boleh dapat 65% (regular customer)

· X kisah la regular ke x..memang akan dapat 65%

Upah Simpan

· Berdasarkan margin pinjaman

· 50% = 50sen untuk setiap RM100

· 60%= 60sen untuk setiap RM100

· 70%= 70sen untuk setiap RM100

· Berdasarkan Nilai pinjaman

·

· RM700-RM2000 = 0.65%

· >RM2000 = 0.75%


sebenarnya masing-masing ade kelebihan dan kelemahan tertentu..

Agro Bank pon ok..YaPEIM pon ok..kalau kita tgk kat jadual atas tu..mungkin ade sesetengah pembeli..xde simpan resit pembelian..mungkin dah lama sangat simpan emas tu sampai resit pon tah kemana..so buleh la pilih Agro Bank..

YaPEIM pulak kalau la rasa nak pinjam nilai tinggi..boleh la pergi kat YaPEIM tapi kena ingat..lagi tinggi nilai yang kita pinjam lagi tinggi la bulan-bulan nak kena bayar..tu kalau nak bayar bulan-bulan la..tapi kalau mampu, apa salahnya ;)

Nilai upah kat Agro Bank murah sket..sebab 60sen je tapi kalau YaPEIM 75sen (kalau ikut kes saya tadi la)

Selain YaPEIM dan Agro Bank..sebenarnya ade banyak lagi ar-rahnu. Boleh cek link kat sebelah kiri blog saya ni di bawah tajuk INSTITUSI PAJAK GADAI DI MALAYSIA

ok la..saya harap penulisan blog saya ini sedikit sebanyak dapat beri sedikit idea macam mana nak buat gadaian emas. Kalau nak tau lebih lanjut..boleh contact ar-rahnu tu sendiri..takpun tinggalkan komen anda..saya akan cuba membantu..

Sekian,

Saya sekadar berkongsi info ;) khas untuk pembaca blog dan penggemar emas :)

Rasailah kehangatan dan aura EMAS...

Sekian dulu, Assalamualaikum...

9 comments:

Taufik said...

Dah paham camna nak pajak..hehe!! tapi emas x banyak lagi..camna nak pajak..hehe!! Info yg best, jadi kesimpulannya simpanlah emas..sebab emas ni sangat2 bernilai..

Amir Firdaus on February 26, 2010 at 12:22 PM said...

btul2..kalau terdesak nak pakai duit masa tu..buleh pajak dulu..then bila dah ade duit buleh bayar balik... ;)

eda on February 26, 2010 at 7:03 PM said...

Dah pajak jangan pula guna duit tu utk joli.. Duit tu guna la samada utk beli/tambah emas lagi atau buat modal meniaga..

Pandangan saya yang juga masih cetek ilmu emas :)

Komuniti Taman Skudai Indah on March 2, 2010 at 11:33 AM said...

paklong dah call yapem tapi katanya dinar tak terima..betul ke? kenapa ye?

ami on March 2, 2010 at 2:04 PM said...

hurmm..kalau ikutkan yapeim yg saya pergi baru 1-2minggu lepas dia cakap dia terima jnji ade resit pembelian..tp kalau x terima gak paklong bleh p kat agro bank..kompem dia terima

Haffiz Hamid on March 2, 2010 at 11:09 PM said...

Salam, Tumpang lalu tuan blog. Amir pun da buat Arhnu bagus2 bro good info. Minta kebenaran Tuan blog, Kalau nak tengok 1 dinar digadaikan sila klik link ni http://www.dinar-haffiz.blogspot.com

Amir Firdaus on March 2, 2010 at 11:11 PM said...

hehehe..haffiz..cerita banyak2 sket kat blog..saya nak tumpang baca..update slalu tau! ;)

Haffiz Hamid on March 2, 2010 at 11:18 PM said...

Orait tarahal.

Unknown on April 28, 2010 at 5:45 PM said...

Ar rahnukan dekat bank rakyat pun ok juga.Tetapi macam biasa la kena cek dulu produk kita sama ada mereka terima ke tak. Rate tak jauh beza.Kalau ada kijang emas.... dekat agro bank memang problem sikit klau nak di ar rahnukan tetapi Bank rakyat masih boleh diterima...

 
Inspirasi Emas Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template