Nik Aziz tetap mahu guna dinar emas

Assalamualaikum, 

Pasti ramai pembaca setia tertanya-tanya, kenapa la blog ni dekat 2 minggu tak aktif :) Wujud lagi ke tak si penulis blog INSPIRASIEMAS ni??hehe..

Alhamdulillah, sebenarnya saya baru saya balik dari tanah suci Mekah Al Mukaramah dan Madinah Al Munawarah. Kat sana saya x sempat nak baca paper2 dari Malaysia. 

 

Bes sangat bila dok sana..rasa macam nak pergi lagi je :) 

So, semalam, 15hb saya baru je sampai Malaysia. Masa dalam flight dari Jeddah  ke Kuala Lumpur, saya baru je terbaca berita harian kalau x silap, kisah dinar Emas di Kelantan tapi malangnya saya x berkesempatan nak beli paper tu semalam. Kebetulan harini ada lagi keluar cerita pasal dinar emas di Kelantan. Jadi Jom kita baca

Oleh Khairul Anuar Abdul Samad
krull@bharian.com.my
2010/08/16

Urus niaga guna Ringgit di Kelantan masih diteruskan

KOTA BHARU: Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat semalam, bertegas akan meneruskan menggunakan dinar emas dan dirham perak di negeri ini sebagai satu urus niaga alternatif kepada mata wang Ringgit, walaupun Bank Negara Malaysia (BNM) menegaskan hanya mata wang ringgit sah diperakui bagi bayaran barangan dan perkhidmatan di negara ini. 


Beliau berkata, penggunaan dinar dan dirham itu boleh dianggap sebagai satu keperluan pengguna di Kelantan kerana ia juga mempunyai nilai bagi menjual dan membeli barangan.


“Ia seperti saya ada sebentuk cincin, bolehkah saya menggunakannya untuk membeli kain, membeli kereta. Tidak mengapa (menggunakan dinar dan dirham),” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, petang semalam.

Beliau berkata demikian apabila ditanya sama ada kerajaan negeri akan menarik balik penggunaan dinar dan dirham setelah BNM menegaskan hanya Ringgit menjadi mata wang sah di negara ini.


Nik Aziz ketika melancarkan wang syariah dinar emas dan dirham perak minggu lalu, berkata mata wang itu boleh digunakan di kira-kira 1,000 kedai dan restoran di Kelantan sebagai transaksi perniagaan.


Beliau juga menyifatkan dinar dan dirham ini sebagai alternatif kepada Ringgit Malaysia dan ia tidak bertentangan dengan undang-undang kerana dirangka mengikut peruntukan yang disediakan BNM.

Kelmarin, Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin, menegaskan bahawa dinar dan dirham itu bukan mata wang dan ia bertentangan dengan undang-undang negara seperti perundangan negara mengatakan BNM saja yang berhak mengeluarkan mata wang di negara ini.

0 comments:

 
Inspirasi Emas Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template