Ar-rahnu: Bagus atau tidak?

Assalamualaikum pembaca sekelian..terima kasih sekali lagi saya ucapkan sebab anda memang pembaca blog inspirasiemas.com yang sangat setia :) 

Harini nampaknya semakin ramai yang suka dengan emas..Alhamdulillah..

Semakin banyak soalan yang diterima mengenai ar-rahnu dan semakin ramai terpesona dengannya dan ade juga yang menangis kerana nya! Jadi, disini saya terpanggil rasanya untuk membicarakan hal ini (haha..ayat skema la pulak)

Ok ok..kita cakap secara x formal..lagi senang nak paham betul tak?hihi

Sebelum pergi lebih jauh saya nak tambah sikit dari artikel sy sebelum ni mengenai ar-rahnu..sebab ade soalan mengenainya..jadi jom kita tengok bentuk soalan dari si penanya..hehe
“…….nk tanye lg psl ar rahnu.ok,contoh sy pg pajak 1dinar kat agro bank.nilai emas tu akan ikut harga semasa di bank tu ke mcm mana ye?(ada yg sy xclear sket). proses kat agro bank pun sy xtau.dia akan amik resit beli emas tu kan?tu yg xfaham tu,pinjaman tu based on nilai emas semasa atau based on harga beli since die tgk resit tu…..”
Logik jugak soalan ni..kenapa ade sesetengah ar-rahnu nak mintak resit??dia nak bagi pinjaman berdasarkan nilai kat resit tu ke?

Jawapannya: TIDAK

Kalau pajak kat Agrobank, diorang tak ambik resit dan takkan tanya pasal resit.. :) best tak?? Agrobank ni memang antara ar-rahnu yang paling best kat Malaysia ni..tak mintak pon resit..

Apa yang penting??
  1. Emas
  2. Certificate (sijil) emas tersebut
  3. Kad Pengenalan
  4. Ade akaun dengan AgroBank (kalau takde bleh bukak akaun dengan minimum RM20 je..)

jadi, tak kisah walau berape pon harga emas masa kita beli tu..mahal ke murah ke dia xkan ambik tau..
yg dia akan bagi pinjam cuma 70% daripada nilai semasa emas kita..ikut harga semasa di agrobank tu..

kalau x silap sekarang ni utk emas 916 = RM146/gram
1 dinar = 4.25gram
nilai marhun emas 1 dinar tu= 146×4.25 =rm620.50

katakan rm620,
jadi kita cuma dpt pinjam 70% dari 620 tu = RM434.00

Upah simpan
setiap rm100 nilai marhun kena bayar 60sen
jadi..nilai marhun kita tadi rm620

rm620 x RM0.60sen bahagi RM100
=RM3.72 sebulan

jadi untuk 6 bulan kena kali 6 la… rm3.72x6bulan = RM22.32
tu upah simpan yg kita kena byr :)
Ok stop dulu bab tu…


Bagus atau tidak ar-rahnu ni?
Sebenarnya ada baik ade yg tak baik kalau pajak melalui ar-rahnu ni..

Yang bagusnya, ar-rahnu akan berikan pinjaman kepada kita sebanyak 50-75% daripada nilai marhun emas milik kita. Bagus jugak ni sebab kadang2 kita nak pakai duit  tapi duit dalam simpanan kita dah abis. Mana tak abis, asal dok nampak kad ATM je nak pegi cucuk asal nak cucuk je nampak kat ATM..jadi duit dalam simpanan pon pelan dok habis..isk isk isk..baru harini dapat gaji tah esok lusa gaji pon nak abis dah..


Bila ade emas ni, kurang la sket pergerakan klua wang..sebab duit kita dah jadi emas..(bagus jugak simpan emas) tapi..kadang2 tu kita mungkin terdesak nak guna duit. Mungkin sebagai contoh anak2/adik2/kita sendiri nak sambung belajar ke..tapi takde duit..jadi ada 2 jalan keluar untuk dapat kan duit..
bukan mencuri atau merompak..

tapi dengan cara memajak atau menjual balik emas milik kita tu..

Memajak
Memajak memang bes..sebab macam contoh kat atas tadi, kita akan dapat pinjaman 70% dari nilai marhun emas kita tu. banyak gak tu..70%
ok nak bagi nampak lebih jelas..

katakan kita pergi pajak emas 100gram

nilai marhun = 15,900.00
nilai pinjaman = 11,130 (70% dari nilai pinjaman)
upah simpan = RM95.40/bulan (RM572.40 kalau untuk 6 bulan)

Ok, bes tak??bleh dapat pinjam RM11,130.00 banyakkkkkk tu……
tapi bila dah dapat pinjam banyak…jangan LUPA itu duit pinjam…ingat..saya ulangi…itu duit ape??duit PINJAM

jadi kena  la mendisiplinkan diri..untuk bayar balik pinjaman tersebut..bukan ape..pesanan ni saya beri sebab ade yang menangis sebab tak disiplin dalam membayar pinjaman tersebut.. 

macamana nak disiplin kan diri?
pinjaman yang kita dapat tadi RM11,130.00 jadi nak kena setelkan dalam masa 6 bulan.
jadi, 11,130.00/6bulan = RM1855.00/bulan (tak termasuk upah simpan)
jadi mampu kah kita nak bayar sebanyak tu sebulan?

tapi kalau takdapat setelkan dalam masa 6 bulan boleh lagi extend ke 6 bulan dan 6bulan lagi (setahun setengah: ni info terbaru yang saya dapat) maka, total 18 bulan…

katakan 18bulan,
jadi sebulan lebih kurang RM620/bulan.. (harap 18bulan ni mampu la bayar)
tapi igt..yang tadi tu saya kira tak termasuk harga untuk upah simpan..
jadi, kalau rasa membebankan..bagi saya jangan la pergi pajak kalau x mampu untuk bayar balik..risau lak saya..hehe


bukan ape, kalau buleh saya nak semua orang bebas hutang..saya ade pergi dengar ceramah agama baru2 ni..ustaz tu kata..Rasulullah dulu boleh kata hampir setiap hari doa minta agar bebas hutang..tapi masyarakat kita sekarang ni..kalau buleh nak berutang..hehehe memang susah nak lari dari utang ni..beli motor, keta, rumah..semua nya kena berutang kan? tapi..kena selalu berdoa..mudah2an kita bebas dari hutang insyaAllah..mana la tau kan rezeki datang melimpah ruah dari sumber yang tak disangka2..?

Bagi mereka yang x mampu nak bayar atau rasa membebankan, nasihat saya jangan pajak tapi buleh jual emas tu.

Tapi, kalau nak pajak dalam jumlah yang kecil, rasanya kita mampu kot nak bayar balik..insyaAllah..
tapi tahukah anda??

Agrobank memang akan bagi 70% pinjaman..tapi..kalau kita nak guna duit sikit je..kita bleh bagi tau kat diorg…

contoh..

“abang..saya nak pinjam 50% je bleh tak?”


Jadi, takde la membebankan nak bayar balik…melainkan kita betul2 disiplin..
kadang2 kita cakap je kita disiplin..tapi..???
“Ahh..tangguh dulu la bulan ni..malas nak bayar balik..takpe bulan depan aku bayar double..!!”
Kalau anda cakap macam ni…saya raasa baik jangan..Danger!hehehe..
p/s: anda juga kalau takmau bayar tiap2 bulan pon takpe..bulan ke-6 tu buleh bayar penuh sekali gus (cara ni saya tak galakkan)

Ok la..akhir kata dari saya, baik atau tidak ar-rahnu ni semuanya terletak ditangan anda! ar-rahnu sudah tentu satu sistem yang baik utk membantu mereka yang memerlukan wang..tapi semua itu terpulang kepada kita macam mana kita menguruskan pinjaman tersebut! jadi..Berdisiplin kah anda???


Senarai AgroBank ditempat anda
Assalamualaikum..

Amir Firdaus
inspirasiemas@gmail.com
012-5853035

1 comments:

Goldman on November 3, 2010 at 8:43 AM said...

COD Pamp Suisse Lady Fortuna 10 gram.

Untuk harga emas jongkong dan lain-lain yang hebat sila hubungi kami di goldman999.9@hotmail.com.

Harga lagi murah daripada Habib, Poh Kong dan dealer2 lain. Bekalan antarabangsa.

Rebat tunai segera RM 1,000 hingga RM 1, 500.

Harga belian semula yang hebat.

Terima kasih.

 

About Me

My photo
Untuk maklumat/info free mengenai emas. Anda hanya perlu sms@call saya 0125853035. Atau tinggalkan sebarang bentuk soalan di ruangan sembang(chat). Saya akan cuba reply secepat yang mungkin. Semoga kita semua beroleh kejayaan..
There was an error in this gadget
Inspirasi Emas Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template