Syarikat dipercayai ambil deposit haram kena serbu

Salam...

Haish..entah ni kali yang ke berapa tah..Kan ke da cakap..jangan masuk SKIM..sabaq2 la sat..smua orang nak kaya..saya pon nak kaya..tapi jgn la ambik jalan mudah nak kaya..SKIM ni..tiap2 bulan akan dijanjikan pulangan..tapi sampai bila?kan ke elok kalau kita beli emas..then tunggu je harga emas tu naik..pastu baru jual emas tu..bukan ke tu pun bentuk pelaburan yang bijak? Bukan la niat saya nak marah kat orang yang join SKIM ni..tapi..saya kesian je..baru nak mula kaya tapi dah sangkut..sebab ape?sebab syarikat tu ambik DEPOSIT secara haram..haduh..Saya berharap sangat kepada pelabur-pelabur emas..atau pelabur2 yang lain..jgn libatkan diri dlm SKIM cepat kaya..takut cepat KAYAP je..huhu..

Allah da janjikan rezeki kepada kita kalau kita rajin berusaha..jadi USAHA kan TANGGA KEJAYAAN..cuma lambat atau cepat je..tapi perlulah dari jalan yang betul..

 Jom kita baca..ape la pulak yang berlaku kali ni...Zaassss..

Gambar hiasan


KUALA LUMPUR: Bank Negara menyerbu pejabat The Gold Label Sdn Bhd, di sini, sebuah syarikat yang dipercayai mengambil deposit secara haram berjumlah berjuta ringgit membabitkan pelaburan emas dengan dijanjikan pulangan yang tinggi.

Difahamkan, serbuan yang dilakukan kelmarin, dibuat susulan beberapa aduan dan pertanyaan orang ramai mengenai kesahihan syarikat itu yang menjanjikan pulangan pelaburan 2.5 peratus sebulan atau 30 peratus setahun. 

 
“Difahamkan syarikat itu menerusi ejennya menawarkan pelabur membeli emas dan mendapat rebat 2.5 peratus. Selagi pelabur menyimpan emas dan kontrak, dia akan mendapat 2.5 peratus pulangan setiap bulan. Bagi mendapatkan pulangan itu pada bulan seterusnya, pelabur dikehendaki menunjukkan emas dan memperbaharui kontrak,” kata sumber berkenaan. 

Bank Negara dalam kenyataannya semalam pula memaklumkan pihaknya sedang menjalankan siasatan terhadap syarikat yang berpangkalan di Mid Valley itu kerana disyaki menjalankan aktiviti pengambilan deposit tanpa lesen dan pengubahan wang haram.

Siasatan dibuat mengikut seksyen 25(1) Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan 1989 serta Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA).

“Serbuan dilakukan di pejabat The Gold Label Sdn Bhd di premisnya di Northpoint Offices, Tower A, Mid Valley City, Kuala Lumpur. Sejumlah aset dan dokumen syarikat berkenaan dirampas untuk tujuan penyiasatan,” kata kenyataan itu.

Serbuan terhadap syarikat itu adalah yang ketiga tahun ini selepas Dencomm Sales & Services Sdn Bhd dan Semangat Teknologi Gagah Sdn Bhd pada 21 April kerana disyaki melakukan kesalahan sama. 



Sehubungan itu, Bank Negara mengingatkan orang ramai supaya mengelak daripada mendepositkan wang mereka dengan syarikat tidak berlesen. Orang ramai boleh menyemak senarai institusi berlesen yang dibenarkan mengambil deposit menerusi laman web www.bnm.gov.my dan laman web Amaran Penipuan Kewangan di http://fraudalert.bnm.gov.my.

Baru-baru ini, Berita Harian mendedahkan 150,000 pelabur menanggung kerugian lebih RM300 juta kerana sikap tamak mereka mendapat ‘wang besar’ dengan menyertai skim cepat kaya atau skim pelaburan haram di seluruh negara sejak tahun lalu.

Sejak Januari tahun lalu, sembilan kertas siasatan dibuka untuk menyiasat aktiviti pengambilan deposit tanpa lesen mengikut Akta Bank dan Institusi Kewangan dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram.

Dalam tempoh sama, empat syarikat dan mereka yang disyaki mengendalikan aktiviti skim cepat kaya dihadapkan ke mahkamah. Syarikat berkenaan adalah Gemilang Mirza Sdn Bhd, Noradz Travel & Services Sdn Bhd, Buluhmas Enterprise Sdn Bhd dan Eastana Farm Industries Sdn Bhd. 


Jadi??Camne ni...huhuhu..saya tau..dalam keadaan ekonomi yang x menentu ni mmg ramai yang nak cepat kaya..perlukan duit segera..tapi BERINGAT la..nasihat saya..x kisah la anda semua nak join ape ape bentuk bisnes pon..saya nasihatkan..survey dulu..kaji dulu..baru join satu satu bisnes tu..smua bisnes akan cakap benda yang UNTUNG saje..bagi kita kelabu mata..bagi kita rasa terawang2 macam JUTAWAN. tapi betul ke ape yg dikata tu?Jadi, tanya la orang2 berkecuali..ape baik buruk sesuatu biz tu sebelum join ape2 biz pon..ok?InsyaAllah..Kalau diizinkan Allah..usaha+tawakal=rezeki+berjaya..Aminnn..

2 comments:

Goldman on May 9, 2010 at 12:22 PM said...

COD emas tulen 999.9 Pamp Suisse Lady Fortuna 10 gram, harga semasa RM 1370.

Untuk harga emas jongkong dan lain-lain yang hebat sila hubungi kami di goldman999.9@hotmail.com.

Harga lagi murah daripada Habib, Poh Kong dan dealer2 lain. Bekalan antarabangsa.

Rebat tunai segera RM 1,000 hingga RM 1, 500.

Harga belian semula yang hebat.

Terima kasih.

KampungChelsea on May 13, 2010 at 3:45 AM said...

helo bro,bro minat bola,world cup nak start dah bulan 6 nih,ape kate bro join blog bola gua versi piala dunia ni di http://kampungpialadunia.blogspot.com ,ok bye

 

About Me

My photo
Untuk maklumat/info free mengenai emas. Anda hanya perlu sms@call saya 0125853035. Atau tinggalkan sebarang bentuk soalan di ruangan sembang(chat). Saya akan cuba reply secepat yang mungkin. Semoga kita semua beroleh kejayaan..
Inspirasi Emas Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template