Kijang Emas

Assalamualaikum semua, rasanya macam dah setahun saya x tulis blog..hehe..maklum la dah semakin bz sekarang ni. Tapi Alhamdulillah, walaupun bz, sempat lagi saya reply smua soklan2 yang terdapat dlm emel, sms, dan ruangan sembang.

Seperti yang kita semua tau, emas ni merupakan salah satu "aset" yang sangat bernilai/berharga. Tanya je la sape pon..mesti diorg akan kata EMAS mmg sangat bernilai! sangat berharga! betul tak?

Yang bestnya, emas ni x besar mana pon, jadi mudah dibawa kemana2..x macam duit, ok saya bagi satu contoh, katakan kita ade duit RM130,000 cash yang mana nilainya lebih kurang sama dengan nilai emas 1 kilogram...yang mana lagi senang nak bawak?nak bawak RM130,000 cash yang berkepal-kepal tu ke atau nak bawak emas 1kg lebih kurang sama macam berat sekilo gula..hehehe..

Di Malaysia ni, macam-macam emas ade di jual, ade barang kemas la..pamp suisse la, public gold, public dinar, UOB, kijang emas dan lain2..banyak betul..macam2 jenis..

Ok, topic blog kali ni saya nak bincangkan pasal emas kijang emas. Ramai juga yang bertanya soalan pasal kijang emas ni. Jadi, saya nak tulis blog sebagai panduan semua yang masih baru dalam DUNIA EMAS..dan saya juga nak ucapkan SELAMAT DATANG kepada anda semua..hehehe Welcome to da Club!

Ok, Apa sebenarnya kijang emas ni???Haa..jom kita terjah!


SPESIFIKASI



1 Troy ounce
Kijang Emas RM200
Face value: RM200
Gold Purity: 99.99%
Standard weight: 31.105g
Diameter: 37.00 mm

1/2 Troy ounces 1/4 Troy ounces
Kijang Emas RM100 Kijang Emas RM50
Face value: RM100
Gold Purity: 99.99%
Standard weight: 15.550g
Diameter: 28.00 mm
Face value: RM50
Gold Purity: 99.99%
Standard weight: 7.780g
Diameter: 22.00 mm

The purchase and reselling price of Kijang Emas is determined by the prevailing international gold market price. The daily market price is posted on the BNM web site.
The Kijang Emas is minted by the Royal Mint of Malaysia and distributed by Maybank Berhad, which will also entertain further enquiries.

KELEBIHAN

  1. Menarik - Kalau kita tengok emas Kijang Emas ni, agak cantik dan menarik saya pun suka ngan syiling kijang emas ni.
  2.  Harga - harga emas boleh di pantau di website Bank Negara Malaysia (BNM)  http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=12&pg=141
KELEMAHAN
  1. Calar - Syiling kijang emas ni kalau calar diorang x nak beli semula emas kita tu. So kena la jaga betul-betul.
  2. Harga - tak boleh lock harga, contoh kalau kita tengok harga kat website tengah murah, kita x boleh call Maybank dan kata kita nak beli emas mengikut harga yang sedang tertera di website BNM, jadi, kalau tengah-tengah malam kita nak lock harga emas tersebut memang x di LAYAN..
  3. Stok - selalu tiada stok/susah nak dapat stok. Jadi bila harga emas tengah murah agak susah untuk kita dapatkan stok.
  4. Cawangan- diedarkan hanya di 30 cawangan Maybank terpilih di seluruh Malaysia

Cawangan-cawangan tersebut
  
Johor
  • Johor Bahru Main
  • Muar

Kedah
  • Alor Setar Main
  • Pulau Langkawi
  • Sg Petani

Kelantan
  • Kota Bharu Main

Kuala Lumpur
  • Bangsar Baru
  • Bukit Bintang
  • Kuala Lumpur Main

Melaka
  • Melaka Main

Negeri Sembilan
  • Seremban

Pahang
  • Kuala Lipis
  • Kuantan Main
  • Mentakab

Perak
  • Ipoh Main
  • Tanjong Malim
  • Teluk Intan

Perlis
  • Kangar

Pulau Pinang
  • Butterworth
  • Pulau Pinang Main

Sabah dan Labuan
  • Karamunsing
  • Labuan
  • Tawau

Sarawak
  • Miri
  • Sibu
  • Wisma Satok

Selangor
  • Kuala Selangor
  • Petaling Jaya Main
  • Shah Alam

Terengganu
  • Kuala Terengganu
Ade tersenarai x kat tempat2 korang semua?hurmm ok la..untuk sementara waktu ni saya rasa saya stop kat sini dulu..kalau ade ape2 soalan lagi yang mungkin kita boleh kongsi bersama, boleh emailkan kat saya inspirasiemas@gmail.com @ sms ke 012-5853035

2 comments:

Amir Firdaus on May 9, 2010 at 2:48 AM said...

Bagi yang hobi dia suka simpan Emas..ha..Kijang emas ni mmg cantiikkkkk... :)

fadli said...

Sayang.. mudah sangat jatuh harga bila kena sembelih. Jangan la pandai2 pi toreh kijang ni. mau menangis nanti

 

About Me

My photo
Untuk maklumat/info free mengenai emas. Anda hanya perlu sms@call saya 0125853035. Atau tinggalkan sebarang bentuk soalan di ruangan sembang(chat). Saya akan cuba reply secepat yang mungkin. Semoga kita semua beroleh kejayaan..
Inspirasi Emas Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template