Produk Public Jewellery

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Public Gold sekali lagi mengorak langkah setapak kehadapan dengan produk-produk terbaru mereka. Kalau sebelum ni, kita cuma tau, Public Gold jual jongkong emas dan syiling-syiling dinar tapi kali ini, syarikat ini melancarkan produk-produk terbaru mereka Public Jewellery dan Public Silver.

Sebelum saya mengulas lanjut, sekali lagi saya nak maklumkan..Public Gold dan Public Bank bukanlah syarikat yang sama atau anak syarikat Public Bank.

Mungkin masih ada diantara kita yang tidak tahu bahawa Public Jewellery, iaitu anak syarikat Public Fine Gold International Sdn Bhd, telah melancarkan produk-produknya secara rasmi pada 28 Februari 2010.
Anda juga boleh merujuk artikel yg saya post sebelum ini untuk maklumat tambahan.

Diana Danielle,19 telah dipilih oleh syraikat Public Gold sebagai duta. Jom kita baca petikan media dibawah;

Diana kini duta kepada produk barang kemas Public Gold Foto The Star Oleh CHAN TAK KONG
 



Tuah Diana Danielle Jadi Duta Public Gold

BAK kata pepatah, "tuah ayam nampak di kaki tuah manusia tak siapa tahu", walaupun sering dihimpit kontroversi rezeki aktres jelita Diana Danielle, tidak pernah putus.
Dia juga semakin mendapat perhatian bukan sahaja pilihan pengarah-pengarah filem dan drama malah terpilih menjadi jurucakap kepada produk barangan kemas Public Gold.
Pemilihan Diana sebagai duta produk tersebut dianggap sebagai langkah Public Fine Gold International Sdn Bhd (Public Gold) untuk menarik pembeli dari kalangan remaja yang seusia dengannya.
Manakala bagi Diana, dia berbesar hati dipilih sebagai duta kepada barangan kemas yang beroperasi secara online itu.
"Tiga minggu lepas mereka hubungi saya dan tawarkan untuk menjadi duta kepada Public Gold ini. bagi saya ini peuang yang baik.
"Saya juga seorang yang suka kepada barangan kemas, dari kecil saya sudah terbiasa memakai barangan kemas. Tidak ada masalah bagi saya untuk mengayakan barangan kemas di mana-mana majlis," ujarnya ketika ditemui di Majlis Perlancaran Publig Gold, semalam.
Ditanya bagaimana cara untuk mempromosikan barangan ini memandangkan jual beli hanya dilakukan di internet, Diana memberitahu dia akan cuba mengayakan di majlis-majlis keramaian.
"Insya-Allah saya akan mempromosi barangan ini di majlis-majlis yang saya hadiri ataupun mungkin di Facebook melalui gambar-gambar saya," katanya yang sedang dalam proses membaca dan menghayati skrip filem Hanyut arahan U-Wei.
Menurut Diana lagi, tanggungjawab ini tidak akan menggangu kerjaya dan pembelajarannya. Dia juga mengakui terpaksa membahagikan masa sebaik mungkin.
"Walaupun kini saya kurang aktif disebabkan pelajar tetapi itu adalah dari bidang lakonan drama dan filem yang mana mengambil masa yang agak lama dan saya terima tawaran ini disebabkan ia tidak menganggu masa sekolah saya," katanya yang bakal merakamkan single terbarunya berjudul Terburu.
Selain itu juga Syarikat Public Final Gold bakal mengeluarkan beberapa rekaan yang bakal diberi nama 'Diana Danielle Series'.
Pada majlis tersebut juga, Diana sempat menghiburkan tetamu yang hadir dengan menyanyikan dua buah lagu Dan Sebenarnya dan Leaving On a Jet Plane secara akustik.
sumber: mStar Online


Beberapa contoh produk Public Jewellery;










Yang kat bawah ni pula, boleh beli dalam 1 set, cuba klik pada link yang saya sertakan bagi setiap set tersebut

























Cantik tak?eehhe...saya pun xtau la nak kata cantik ke x..sebab saya lelaki..x pandai nak menilai barang kemas ni lawa ke x..tapi yang pasti nya Emas tetap sesuatu yang bernilai dan Cantik..

Kat bawah ni adalah set yang DD pakai masa majlis perasmian hari tu..boleh tahan cantik..Sebenarnya dalam gambar nampak besar gila..tapi sebenarnya takde la besar mana pun...boleh tahan la..tgk DD pakai tu...ok je kan??ehhehe..kalau DD pakai semuanya ok.. =P





Ok bagi anda semua yang nak tau lebih lanjut pasal emas Public Jewellery ni, boleh la call@sms saya 0125853035 atau pun terus rujuk kat website Public Jewellery.Klik je kat perkataan Public Jewellery tu.

Rasailah kehangatan dan aura EMAS...
Sekian dulu, Assalamualaikum...

0 comments:

 
Inspirasi Emas Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template