Skim Pelaburan Emas..

Assalamualaikum smua...

Hingga ke hari ini, entah dah berapa kali saya dengar pasal pelabur emas tertipu...pelabur emas alami kerugian..pelabur emas bla..bla..bla...

Kadang-kadang kesian jugak dengar..dan kadang-kadang rasa takut pun ade..

Mungkin ada diantara pembaca penah terbaca keratan akhbar ini, atau mungkin ada diantara kita yang terlepas untuk membaca akhbar harian metro bertarikh 22 Mac 2010.


Jom kita baca sama-sama terlebih dahulu..





petikan akhbar harian metro ni saya petik dari jutawanemas.com 

Apa sebenarnya yang berlaku ni?  Eh?skim Pelaburan Emas?Abistu yang selama ni aku dok beli emas tu?bukan pelaburan emas ke?

Saya yakin, ramai pembeli/pelabur emas masih keliru..yang membezakan emas Public Gold dan kes di atas adalah Public Gold hanya membuat jual beli emas. Emas yang dijual tu adalah dalam bentuk jongkong/syiling (ade jugak barang kemas skrang ni) yang mana jongkong dan syiling emas tadi adalah salah satu cara lain bentuk penyimpanan/pelaburan. Sebab apa?sebab emas jongkong dan syiling yang dijual oleh Public gold adalah mengikut harga pasaran antarabangsa. Jadi, bila harga emas antarabangsa naik..harga emas PG pun naik jugak la...

Habis tu?ape bezanya PG dengan kes kat atas tadi?Nampak macam sama je....??Pelaburan emas jugak tu??hishhh..

Ha...soalan yang bagus..ni yang saya nak cerita ni...kalau tuan/puan perhatikan betul2..syarikat macam contoh kat atas tadi..memang jual jongkong emas jugak..tapiiiiiii...

Harga jongkong Emas yang diorg jual x ikut harga pasaran malah lebih tinggi dari harga pasaran (RM150/gram)..sedangkan harga emas waktu tu..lebih kurang RM130++/gram.

Betul ke mahal?habis kalau mahal kenapa diorg beli??
 Ha..itu la pasal..sebenarnya..pelabur-prlabur mungkin tertarik dengan tawaran yang syarikat itu buat..


di mana bagi setiap 100 gram yang dibeli, mereka dijanjikan pulangan tetap RM300 sebulan selama 8 bulan Syarikat tu jugak memberikan jaminan akan memulangkan modal diorg ni lepas tamat kontrak.
Tapi apa yang jadi problem sekarang ni, x sempat nak tamat kontrak..syarikat tu ada masalah aliran tunai..sebabtu la x buleh nak bagi seperti apa yang dijanjikan..
Ini la yang kita namakan sebagai SKIM PELABURAN, SKIM pelaburan ni..bila kita beli emas..diorg akan janjikan pulangan yang menarik setiap bulan..
So, sapa x mau beli/join...?beli emas je tiap2 bulan dah dijanjikan duit masyukkk..ehehe..tak tertarik ke???

Tapi kita kena ingat la..saya selalu pesan kat semua, BELI EMAS..DAPAT EMAS..bukannya beli emas..emas dapat separuh..atau mungkin x dpt langsung..yg dapat cuma duit tiap2 bulan..hish..kan ke susah macam tu..syarikat tu bankrup..ape pon kita x dpt..lain la kalau beli emas dapat emas..kalau bankrup pon..EMAS tu ade kat tangan kita. anytime buleh dapat duit balik..sebab emas ditangan..kita nak jual ke..nak gadai ke..nak lebur ke..smua buleh..sebab apa??haa...sebab BELI EMAS..DAPAT EMAS..

Jadi, kesimpulannya sekarang...beza skim pelaburan emas vs pelaburan emas yang betul

Skim pelaburan emas menjanjikan PULANGAN SETIAP BULAN
Pelaburan emas yang betul tidak menjanjikan ape2 pulangan, tapi untung ikut harga pasaran

Skim pelaburan emas JUAL EMAS X IKUT HARGA PASARAN
Pelaburan emas yang betul jual emas ikut harga pasaran

Skim pelaburan emas BELI EMAS, BELUM TENTU DAPAT EMAS
Pelaburan emas betul beli emas..dapat emas..

Kenapa saya cakap skim pelaburan emas belum tentu dapat emas? Sebab mengikut pengalaman yang sahabat-sahabat saya ceritakan..Emas yang diorg beli tu..

  • Emas tersebut ada yang perlu serahkan balik kepada syarikat tersebut..kononnya emas tu syarikat akan tolong dagangkan..then untung akan diberi kepada pelabur.
  • Emas yang diorg beli tu perlu digadaikan, lepas tu..hasil gadaian tu beri pada syarikat..(tu dalam perjanjian dengan syarikat) Huish..x pelik ke?emas kita punya..tapi hasil gadaian kena bagi kat syarikat tu balik..pelik sungguh..then kita pulak tersangkut dengan hutang..hutang sebab nak tebus balik emas tu.



So kepada semua pembaca blog ini, walau dari sesiapa sekali pun anda semua beli emas..pastikan anda beli emas..anda dapat emas..harap penulisan blog kali ni sedikit sebanyak dapat menyedarkan atau mengurai segala kekeliruan SKIM PELABURAN EMAS vs PELABURAN EMAS


Jadi..kenapa nak pilih SKIM pelaburan emas?sedangkan banyak lagi cara pembelian emas yang lebih selamat ada..sebarang persoalan/pandangan boleh la emailkan soalan anda kepada saya..supaya kita boleh kongsi ilmu bersama..
emel saya : inspirasiemas@gmail.com


Sekian dulu dari saya..
Assalamualaikum...

4 comments:

Anonymous said...

kenapa masih ramai yang sertai skim pelaburan?? sebab nak untung cepat?kenapa pihak atasan x pantau semua ni?

Unknown on April 1, 2010 at 1:40 AM said...

Assalamualaikum,

Ini semua ada kaitan dengan ceteknya ilmu pelaburan yang ada pada pelabur baru.Sepatutnya tak payah sertai mana-mana skim pun boleh dapat untung kalau melabur dalam emas.Untung juga mereka ini kena tipu, kalau tak mereka tak terasa untuk belajar dan ambil tahu.Jangan gemarkan sangat dengan keuntungan yang cepat ini.Itulah hasil yang mereka dapat..

Sekian terima kasih

amir0125853035 on April 1, 2010 at 9:23 AM said...

Waalaikumsalam zam,
Sejak akhir-akhir ni mmg seringkali kita dengar pelabur banyak kerugian akibat terlibat dengan skim cepat kaya ni..yang herannya..semakin banyak berita mengenai pelabur ditipu oleh skim cepat kaya tapi semakin ramai pulak yang nak join..hurmm pelik tu..
nasihat saya..jangan la melabur dalam skim pelaburan yang menjanjikan pulangan tertentu setiap bulan..bila diorg habis modal pusingan..hah ape lagi..diorg pun lariiiiiii...!!!
jadi..ingatlah..beli emas dapat emas..simpan emas dan guna emas..

Sekian..

Howard Finance on September 30, 2015 at 2:39 PM said...

Adakah anda memerlukan pinjaman ??
Adakah anda sedang mencari bantuan kewangan, adakah anda sangat memerlukan dana?
Hammer syarikat kewangan berada di sini untuk menyediakan anda jumlah pinjaman yang diminta selagi anda akan dapat membayar balik pinjaman.
Kami memberi pinjaman pada kadar yang standard sebanyak 3.7% Hubungi kami hari ini melalui am_credit@outlook.com
Kami menawarkan pelbagai jenis pinjaman termasuk: Pinjaman Perniagaan, Pinjaman peribadi, pinjaman rumah, pinjaman kereta, pinjaman pelajar, pinjaman penyatuan hutang, pinjaman tanpa cagaran, modal teroka
Adakah anda ditolak pinjaman oleh bank atau institusi kewangan untuk apa-apa sebab ??. Jika Berminat? Hubungi kami hari ini melalui am_credit@outlook.com com dan mendapatkan pinjaman legit dan mudah hari ini

 
Inspirasi Emas Copyright © 2009 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template